Assalamualaikum....
Sharing is caring! Jom layan petua diet pengurusan berat badan. Sape nak kurus...sila amalkan...
+++++++++++++++++++
1. Nikmati banyak buah-buahan, sayuran, makanan bijirin penuh dan kekacang. Makanan sebegini mempunyai massa banyak tetapi tenaganya kurang padat dan membantu anda berasa kenyang lebih lama.
2. Makan dengan kadar sederhana makanan seperti daging kurang lemak, ikan, tenusu rendah lemak dan lain-lain protein. Makanan jenis protein paling berkesan untuk mengenyangkan kita. Sekali-sekala makan dengan sukatan sederhana makan makanan yang mengandungi tenaga padat. Anda mungkin berasa terkilan jika langsung tidak dapat menikmati makanan jenis ini. Jadi, rancangkan saat-saat untuk menikmati makanan ini tanpa berasa bersalah, kemudian teruskan dengan diet seimbang yang dirancang dengan baik.
3. Pengambilan sajian makanan dan snek kerap dapat mengelakkan anda bermakan dengan keterlaluan. Sukatan makanan harus diawasi. Kajian menunjukkan sukatan makanan semakin meningkat dalam tempoh 20 tahun lepas dan mungkin menjadi punca utama pemakanan yang berlebihan.
Kredit : Pak Ngah Farit Ismeth Emir
CK : Bilalah nak kurus nie? Rasa makin chubby adalah....ermmm
pernah jugak nak try diet..tapi tak leh la..nafsu makan tu kuat sangat..hehe :D
ReplyDelete