Wednesday, February 2, 2011

Le Tour De Langkawi 2011

Assalamualaikum...

Akhirnya saya selamat bersiaran kembali....huhu! Rindunya kat blog nie! 4 hari bercuti-cuti Malaysia kat utara sana. Entri pasal cuti-cuti Malaysia ke 4 buah negeri di utara akan disiarkan nanti. Gambar-gambar tengah edit. Entri malam ini pun agak terlambat, sebab sebelum cuti saya amat busy sekali!

Malam ini nak ajak korang semua layan gambar2 LE TOUR DE LANGKAWI 2011 yang melalui Putrajaya pada Jumaat lepas....28 Januari 2011. Semua gambar-gambar ini hasil dari Incik Babah...sbb saya cukup rendah untuk panjat segala amik gambar. Skang nie keje-keje amik gambar semua saya longgokkan pada Incik Babah aje....senangkan [Terima kasih Incik Babah]!! hu hu


Hadapan Istana Kehakiman, Persiaran Perdana Presint 3, Putrajaya

Event LTDL 2011...baru je tamat semalam...1 Februari 2011

Ramai juga mat salleh dan minah salleh...meriah sangat!

Siap ada band lagi tuh!

Kalau korang nak tahu....mereka ini kayuh basikal laju giles!

Sempat lagi mamat baju biru tu menogak air!!

Time ni dah rasa teruja tengok....



Persiaran Perdana Presint 3 yang dilanda pelumba2 basikal...

Kemon...kemon...

Pelumba MALAYSIA!!

Antara yang hadir memberi sokongan!!



1st time tengok LTDL secara live! Rasa macam kagum semacam. He he he...maklumlah tak pernah nengokkan. Selalu nengok kat kotak TV kecik je. Kali ini dapat nengok live. Memang best...memang tak rugilah berpanas. Rasai pengalaman yg bukan selalu boleh dapat....



CK : Dalam sibuk2 masih sanggup berpanas kat Persiaran Perdana....huhu

4 comments:

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!