Monday, February 7, 2011

Safee Sali Ke Indonesia...

Assalamualaikum....

[MOHD SAFEE SALI - - - - jersi 10]


Confirm!! Mohd Safee Sali yg merupakan pemain bolasepak Selangor akan bermain dengan Kelab Bolasepak Indonesia iaitu PELITA JAYA!. Betul jugak dia cakap...umur dia dah 27 tahun, so bila lagi dia nak timba pengalaman. Satu keputusan yang baik bagi SAFEE SALI untuk timba pengalaman dengan kelab bolasepak luar! Buletin Utama TV3 dah siarkan pengesahan ini sebentar tadi.

Mungkin sebelum ini menjadi tanda tanya Safee Sali jadi ke tidak berhijrah ke kelab bolasepak Indonesia. Dengar khabar Safee telah dirisik oleh 3 kelab bolasepak Indonesia iaitu Persib, Bandung, Pelita Jaya dan Persiba Balikpapan. Akhirnya Pelita Jaya menjadi pilihan....

Safee dirisik oleh Indonesia setelah membantu Malaysia merangkul Piala Suzuki AFF Disember 2010. Dia nie penjaring terbanyak tau...

Tapi nak tahu juga kenapa Pelita Jaya yang menjadi pilihan? Dengar cerita Pelita Jaya ini kelab tercorot....ermmmm betul ker? Ada sesape tahu pasal ni...komen sket...



CK : Semoga berjaya Safee!!

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!