Thursday, February 3, 2011

Bila Earning REDMUMMY.com RM12K...

Assalamualaikum....


Bosan-bosan dok kat rumah, saya terjah dari blog ke blog. Nak keluar jalan-jalan...dah 'patah kaki' sebab MYbee takdo. So, dok ajelah kat rumah. Layan TV dan layan blog. Itu ajelah. Nak masak? Mood belum mendatang...

Terjah punya terjah. Terjumpa entri menarik kat blog REDMUMMY. Siapa tak kenal Kak Red kan...BLOGGER JUTAWAN! Kak Red memang hebat [buat saya teruja dengan dia]. Walaupun sekarang dah jadi jutawan, tapi entri blog dia amat 'merendah diri'. Dia nampak biasa-biasa sahaja. Sebab tulah saya suka. Mungkin dia pun boleh dijadikan sebagai semangat untuk blogger-blogger baru mcm kita utk terus berblog!

[inilah Kak RED...]

Eanings Kak Red untuk bulan Januari 2011 sahaja dari Encik Nuffnang lebih kurang RM12K! Earning Churp-Churp plaks RM1500! Hebatkan....Itu income sebulan tuh. Tapi jangan fikir Kak Red tu dapat semua ini mcm semua benda turun dari langit. Korang kena baca entri dia...dan kesungguhan dia menjadi seorang blogger yang berjaya....jutawan tu!! Kalau korang nak tengok buktinya...sila terjah ENTRI INI kat blog Kak Red. Kak Red pun bagi tips2 kat korang. Respectlah Kak Red ini....berblog sampai 2-3 pagi. erghhh korang sanggup ke??

Tak ada kejayaan datang bergolekkan! Dalam hidup ini untuk mendapat sesuatu yang kita inginkan kita perlu berusaha, bersungguh-sungguh, berdoa dan bertawakal pada Allah. Apapun kita kena balik kepada niat asal kita berblog....untuk apa dan kenapa? Itu terpulang pada diri masing-masing. Apapun Kak Red tetap jadi idolaku....huhuhu....




CK : Kesungguhan Kak Red buat saya teruja!

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!