Assalamualaikum ...
Friday, August 30, 2013
BACKYARD MONSTERS AND DINOSOURS ARE BACK!
Posted by
Cik Puan Kocik
Posted by
Cik Puan Kocik
at
5:09 PM
No comments:
Label Suka Suki
Acara Putrajaya,
Info Bergambar
MERDEKA!
Assalamualaikum ...
Salam Jumaat ... aish, kejap je dah hari Jumaat. Begitu cepat masa berlaku. Hari ini dah 30 Ogos. Malam nie ada sambutan Ambang Merdeka dekat Marina Putrajaya (Pusat Maritim) Presint 5 yang berdekatan dengan Pullman Lakeside Putrajaya tu. Jalan kat Putrajaya pun dah banyak tutup, Nasib baik tadi datang kerja senang je ... tunggu petang nie mesti dah banyak tutup rasanya.
Esok dah 31 Ogos. Kita dah Merdeka 56 Tahun. Selamat Menyambut Hari Kebangsaan. Tema kemerdekaan tahun ini ... Malaysiaku Berdaulat ; Tanah Tumpahnya Darahku. Tapi esok Sabtu. Takdelah cuti umum bagai. Kalau 31 Ogos jatuh hari Ahad, hari Isnin tu dah boleh cuti. Iloike!
Sapa-sapa yang rajin nak datang Putrajaya malam nie boleh la datang. Sambut Ambang Merdeka kat Presint 5. Majlis Ambang start jam 8.00 malam. Tetamu VVIP, Y.A.B Perdana Menteri Malaysia dan Y.A.B. Timbalan Perdana Menteri Malaysia....
Besok plak korang boleh pergi ke Dataran Merdeka KL. Tengok perarakan hari merdeka nie. Aku tak pernah pergi. Selalu je terbangun lambat. So, layan tv ajelah. Nak tahu maklumat lanjut mengenai hari kemerdekaan nie, korang boleh rujuk kat sini <-----
CK : Harap kekallah kemerdekaan di Malaysia nie. Amin ...
Posted by
Cik Puan Kocik
Posted by
Cik Puan Kocik
at
9:26 AM
1 comment:
Label Suka Suki
Acara Putrajaya,
Hari Kebangsaan,
Info Menarik
Thursday, August 29, 2013
KERAJAAN UMUM NAMA KONGSI GELAP
Assalamualaikum ...
Kongsi gelap. Aku tahu juga sikit-sikit pasal kongsi gelap nie. Selalu dengan budak-budak lelaki office borak. Geng 36 la ... Geng 08 la ... Geng 3 Calit la ... haish ... macam-macamlah dorang nie.
Geng-geng yang keluar berita hari ini ..
Geng 007
Tiga Line
Geng 30
Geng 24
Geng 18
Geng 36
Geng 21
Pintu Merah
Krokop ....
dan lain-lain lagi yang aku tak rajin nak type
Geng 007
Tiga Line
Geng 30
Geng 24
Geng 18
Geng 36
Geng 21
Pintu Merah
Krokop ....
dan lain-lain lagi yang aku tak rajin nak type
Apa yang aku harapkan Malaysia terus aman. Taknaklah bergaduh berbunuhan sana sini. Nak hidup dalam keadaan tenang aje. Bukan hidup dalam ketakutan. "Ya-Allah, selamatkanlah semua penduduk Islam di muka bumi ini. Amin ..."
CK : Moga semuanya selamat dan aman sahaja
Posted by
Cik Puan Kocik
Posted by
Cik Puan Kocik
at
8:00 PM
1 comment:
Label Suka Suki
Geng 3 Calit,
Geng 36,
Kongsi Gelap
TEMPAHAN KUIH MUIH
Assalamualaikum ...
After raya nie aku ada juga dapat tempahan buat kuih muih bagi open house raya.
Malangnya, semua tempahan tu aku terpaksa tolak atas sebab aku sibuk dengan urusan masa depan.
Bukan rezeki aku. Walaupun aku suka je nak buat semua tu. Aku harap, tahun depan aku boleh menerima tempahan semula. Sikit-sikit pun tak pe. Bukan nak full time bisnes. Just suke-suke je.
Dapat juga duit tabung. Manalah tahu kot penuh tabung travel aku nanti. Bleh la pi Australia ;p
Ada juga yang pujuk aku untuk terima tempahan, tapi terpaksa aku menolak dengan baik.
Ada banyak urusan peribadi yang belum settle. So, tak dapatlah nak concentrate semua nie
Kang tak sedap plak masak ... he he he *macam bagus la jerk ..kuikuikui*
CK : 2 bulan nie ... byk urusan sendiri yang nak kena settle dengan cepat.
After raya nie aku ada juga dapat tempahan buat kuih muih bagi open house raya.
Malangnya, semua tempahan tu aku terpaksa tolak atas sebab aku sibuk dengan urusan masa depan.
Bukan rezeki aku. Walaupun aku suka je nak buat semua tu. Aku harap, tahun depan aku boleh menerima tempahan semula. Sikit-sikit pun tak pe. Bukan nak full time bisnes. Just suke-suke je.
Dapat juga duit tabung. Manalah tahu kot penuh tabung travel aku nanti. Bleh la pi Australia ;p
Ada juga yang pujuk aku untuk terima tempahan, tapi terpaksa aku menolak dengan baik.
Ada banyak urusan peribadi yang belum settle. So, tak dapatlah nak concentrate semua nie
Kang tak sedap plak masak ... he he he *macam bagus la jerk ..kuikuikui*
CK : 2 bulan nie ... byk urusan sendiri yang nak kena settle dengan cepat.
Posted by
Cik Puan Kocik
Posted by
Cik Puan Kocik
at
4:35 PM
1 comment:
Label Suka Suki
Tempahan Kuih
CARA MOHON RUMAH MESRA RAKYAT (RMR) 1 MALAYSIA
Assalamualaikum ...
Aku cuma nak sebarkan info menarik ... untuk korang yang ada tanah dan ingin buat rumah. Sumber nie aku dapat dari blog Phat Corner. Sama-sama kita share ... rumah dia pun aku tengok cantik dan simple. Kadar pun agak murah je ;p ... murah je, oit oits ... mcm orang kaya-kaya je cakap camtu. Macam beli rumah nie timbang kilo je.
Aku suke design simple camnie ... |
Cara apply rumah mesra rakyat (RMR) 1 malaysia.
1. Wajib ada tanah sendiri
2. Pergi SPNB
3. Ambil borang dan isi.
4. Apply kat SPNB nak design ni.
Kalau nak print gambar ni silakan.
Harga - rm60k
Subsidi kerajaan - rm20k
Yang perlu dibayar - rm40k
Kalau buat loan 20 tahun - rm150 bulan2
Korang boleh lawat laman web SPNB untuk maklumat lanjut.
CK : Aku harap urusan aku mencari dan nak beli rumah nie akan dipermudahkan. Cuma rumah sekarang nie mahal bebenor.
Wednesday, August 28, 2013
OVERSEA
Assalamualaikum ...
Semua orang ada impian nak melawat negara luar. Nak luaskan pemandangan dan pengalaman hidup. Tapi sebenarnya bukan semua orang berpeluang untuk berbuat demikian. Semuanya ada kekangan. Kekangan kewangan, kekangan masa ... dan lain-lain kekangan yang sewaktu dengannya.
Macam aku, memang dari dulu mempunyai impian nak ke oversea. Nak merasai musim sejuk ... nak main gelungsur salji tu, nak rasa musim bunga ... nak tengok bunga yang cun-cun kat sana. Nak juga merasai musim luruh. Semua musimlah yang ada. Walaupun aku tahu, dok Malaysia nie lagi untung sebab banyak musim. Musim durian, musim hujan, musim panas, musim kemarau ... musim rambutan ... bla bla bla.
Sekarang nie aku sedang merancang ... merancang nak pergi Australia tak pun New Zealand. Pergi jalan-jalan bukannya shopping pun. So, aku bagi masa pada diri sendiri dan keluarga aku nanti tempoh 1-2 tahun untuk kumpul duit. Kenalah kumpul duit sakan kan ... Ini cuma salah satu impian hidup aku. Nak juga merasai pengalaman macam abang aku yang boleh travel ke luarnegara. Best je tengok dia. Dah la pi oversea ditaja. Tak perlu kuar duit sendiri dengan banyaknye.
Jadi tetamu Allah pun impian aku juga ... aku rasa impian semua orang juga, Tapi yang nie kenalah penuhkan ilmu di dada dulu. Bukan sebarang tempat, tempat mulia nie. Jadi kena betul-betullah. Aku selalu cakap ngan si teman, "saya nak pergi menunaikan haji dengan awak suatu masa nanti ....!". Ini impian hidup aku dengan dia. Harap-harap adalah rezeki kami nanti ;)
#tetiba petang2 nie cerita pasai oversea ... mulalah nak berangan. hu hu
CK : Kenapa dorang nie semakin2 menjadi2 busuk hati .... sedihnye aku ;(
Posted by
Cik Puan Kocik
Posted by
Cik Puan Kocik
at
5:24 PM
1 comment:
Label Suka Suki
Impian,
Matlamat,
Melancong,
Oversea
ANAK
Assalamualaikum ....
Even aku takda anak, tak beerti aku tak tahu jaga anak. Aku kadang tak selesa bila kawan-kawan sendiri bercakap soal anak, sampai aku rasa sentap. Hei, cakap pandang kiri kanan la ... aku pun ada perasaan. Fine, memang aku takda anak ... tapi tak beerti aku tak reti menjaga baby or budak kecil. Aku dah lalui semua tu dari anak buah aku umur sebulan sampai lah umur dah dekat 6 tahun. Bukan sorang aku pernah jaga .. tapi 3-4 orang.
Kawan-kawan aku majoriti dah kahwin. Dah ada suami dan ada anak. Rezeki korang. Tapi aku belum melalui rezeki macam korang. Aku single. Takda suami. Takda anak. Belum rezeki. Dalam proses tu ..
Even aku takda anak, tak beerti aku tak tahu jaga anak. Aku kadang tak selesa bila kawan-kawan sendiri bercakap soal anak, sampai aku rasa sentap. Hei, cakap pandang kiri kanan la ... aku pun ada perasaan. Fine, memang aku takda anak ... tapi tak beerti aku tak reti menjaga baby or budak kecil. Aku dah lalui semua tu dari anak buah aku umur sebulan sampai lah umur dah dekat 6 tahun. Bukan sorang aku pernah jaga .. tapi 3-4 orang.
Memang aku bukan seorang ibu. Tak pernah melahirkan. Tapi aku ini ibu saudara. Ibu saudara yang tahu rasa tanggungjawab. Aku pernah jaga anak-anak buah aku siang malam. Masa sakit demam. Hantar dan amek dari nursery. Bawa bercuti (kadang-kadang). Melayan karenah macam-macam. Memang tak sama anak saudara dan anak sendiri ... tapi bila keluarkan kenyataan aku mengharapkan kawan-kawan aku memahami dan tahu menjaga hati manusia macam aku.
Tipulah kalau aku tak terasa tengok kawan-kawan ada anak. Main-main dengan anak bagai. Tapi takkanlah aku nak ikut hati dan perasaan meraung tak bertempat sebab belum ada anak. Kalau aku meraung bagai nak giler sekalipun, akan adakah seorang anak kecil yang jatuh dari langit untuk aku? Tentu tidak bukan? Ini bukan zaman sakti sakti bagai. Aku belum kahwin pun. So, nak datang anak dari mana?
Sapa-sapa yang ada isteri/suami ... ada anak (walaupun sorang) bersyukurlah ... daripada orang lain yang takda suami/isteri dan juga takda anak. Jagalah anak tu elok-elok, didiklah sebaiknya. Cumanya janganlah sampai perlekehkan orang lain yang takda anak. Jangan anggap orang takda anak nie takda perasaan kasih sayang kat budak-budak (walaupun ada juga manusia yang tak kasih budak-budak). Jaga dan hargai juga pasangan tu baik-baik.
Si suami, hargailah isteri yang melahirkan zuriat kamu. Ucaplah terima kasih ... atau tak pun sekurang-kurangnya hadiahlah sejambak bunga bila dia melahirkan zuriat untuk kamu dengan susah payah. Si isteri pasti akan tersenyum walau hanya setakat terima kasih dan sejambak bunga sahaja ....
"hye mommy ....!" |
Jangan ingat orang yang takda anak nie tak tahu langsung bab-bab jaga anak! Aku cuma tak melahirkan anak, tapi menjaga anak ... In Shaa Allah ... aku boleh. Aku dah lalui pengalaman itu ... walaupun hanya sekadar beberapa peratus daripada 100% yang ibu-ibu lain lalui.
Aku sedih sangat bila orang lain mengeluarkan kenyataan yang benar-benar menyentuh hati aku bab-bab anak nie. Mak aku selalu pesan, jangan terlalu bangga sangat dengan apa yang kita ada ... sebab apa yang kita ada ini semuanya pinjaman dari Allah Ta'ala. Bila-bila masa Dia boleh ambil balik. Jadi, hati-hatilah bila berkatakan tentang sesuatu.
Tipulah, kalau kata aku tak tersentuh hati ... bila melihat sebuah keluarga bersama anak-anak kecil. Kadang sampai aku bisik kat hati sendiri, "bilalah aku akan berada dan lalui pengalaman indah itu .... bila?"
*lap airmata yang menitis laju kat pipi sendiri*
CK : Aku juga punya hati dan rasa .... jadi hati-hati bila bersuara
Posted by
Cik Puan Kocik
Posted by
Cik Puan Kocik
at
4:00 PM
2 comments:
Label Suka Suki
Anak,
Baby,
Kawan-kawan,
Luahan Hati
TURN AKU PLAK MELAYAN CHEESEKUT!
Assalamualaikum ...
Recipe? Okeh ... hari nie malas bebenor nak share recipe. Next time la. Kalau korang tak sabar nak buat, silalah google resepi cheesekut ini. Sure tak menyesal punyalah ....
Recipe dia kalau aku rajin, aku update ... kalau tak rajin, korang googlelah memasing ye ;)
CK : Puashati dapat cuba .... kalau tak asyik mimpi siang malam.
Aku tahu musim cheesekut belum habis lagi. Korang bercheesekut, aku pun nak cheesekut juga. Ingat korang je bleh ... ahkak pun boleh tau! he he he ini kes dengki tengok bloggers jelitawan dok siar masuk cheesekut memasing dalam blog.
So, ahkak apa lagi pulunlah buat cheesekut semalam. Susah payah cari cream cheese, akhirnya jumpa juga ;p. Girang tak terkata bila jumpa cream cheese. Sanggup balik rumah time lunch semata-mata nak buat cheesekut nie. Hendak seribu daya .... kalau dah suka jangan dok cakap apa.... ha ha ha ha berpantun 2 kerat la plak!
Cheesekut ahkak yang sama comel cam ngan ahkak. Uweeek sila jangan muntah hijau. Kalau rasa nak muntah ... jauh-jauh sket yek. he he he Rupanya cheesekut nie memang selesa dengan tekak aku. Nak-nak makan tika sejuk. Rasa mabeles ... superb semua ada. Dah la nak buat senang bangat! Pejam mata pun dah siap. Pejam mata dah siap nie kalau orang lain yang tolong buatkan ler ;p
Recipe? Okeh ... hari nie malas bebenor nak share recipe. Next time la. Kalau korang tak sabar nak buat, silalah google resepi cheesekut ini. Sure tak menyesal punyalah ....
Recipe dia kalau aku rajin, aku update ... kalau tak rajin, korang googlelah memasing ye ;)
CK : Puashati dapat cuba .... kalau tak asyik mimpi siang malam.
Posted by
Cik Puan Kocik
Posted by
Cik Puan Kocik
at
1:13 PM
3 comments:
Label Suka Suki
Belajar Masak,
Cheesekut,
Menu Best
MAJUK KE KAK?
Assalamualaikum ...
Skang nie aku blogwalking weekend je tau .... tak dapat dah nak bw macam selalu. Korang tengoklah, aku update blog pun dah tak menentu. Time ikut suke sendiri. Dulu sehari 4 entry, skang nie 4 hari 1 entry ...ish, ada ke patut camtu?
Kalau aku tak comment blog korang, maknanye aku jadi silent reader terhormatlah tu ... hu hu hu ;p
Akak merajuk ke? Kenapa nak merajuk pulak? he he he ini persoalan Cik Puan Rara dalam komennye. Rara cakap akak blogger yg sorang nie tak singgah masuk blog dia. Aloolooo jangan cakap camtu. Tengok Rara dah komen akak merajuk la pulak ... ish, takde apa yang nak dirajukkan la ;=)
Untuk pengetahuan Rara, akak hari-hari masuk blog safura.online.diary tu. Setiap kali Rara update akak akan singgah. Tapi time office, jarang sangat nak sign in blog. So, setakat baca camtu ajelah. Macam silent readers yang lain-lain. Sebab itu akak banyak tahu perkembangan Rara.
Actually Rara nie antara blogger yang rajin bertegur sapa masa aku mula-mula jadi blogger. Masa tu blog Rara dah ramai followers. Dari Rara bujang ... sampai dah kahwin (dia siap antar kad kahwin dia kad aku dan malangnye aku tak dapat hadir sebab ada kursus) dan sampailah dah ada princess sorang, aku still baca blog dia. Weekend husband and wife yang masih muda belia. Jauh lebih muda dari aku.
Kad Kahwin Rara yang aku masih simpan ... thanks ye Rara jemput akak ;p |
Aku nie banyak jadi silent reader. Singgah masuk blog jarang sangat meninggalkan komen. Bukan taknak komen, tapi kekangan masa. Nak-nak office aku nie jenis tak friendly sangat bab blog. Nak komen amek masa. So, kebanyakan komen aku tinggalkan pun masa blogging kat rumah ajelah. Kebanyakan blog yang ada dekat list aku, memang aku akan singgah. Then aku akan cari sapa followers aku untuk aku terjah. Walaupun bukan hari-hari dapat buat semua tu, tapi aku akan usahakan juga untuk terjah blog korang semua. In Shaa Allah ....
Setakat ini, belog yang rajin komen kat belog aku dan aku akan hadap balik blog dia ... cam senarai kat bawah tu. Try la tekan ... manatahu kot-kot tu belog korang kan kan ... he he he. Mari tengok sapa yang bertuah.
BELOG
BELOG
BELOG
BELOG .......
.....
.....
.....
Ini belog yang rajin komen kat entry aku. Ada lagi, tapi untuk hari ini aku up yang ini dulu .... belum masuk lagi belog yang tak komen langsung tapi aku tetap terjah sebab entry dia best ... dan bila aku baca boleh buat aku hilang stress. Setakat ini blog paling sempoi (sebab dia banyak sentuh isu semasa bukan gossip retis, pastu dia selalu up story yang selama ini aku tak tahu pun pasal benda yang dia up kan tu) dan bila aku baca blog dia buat aku berfikir sama apa yang dia tulis. Aku belum jumpa lagi pesaing dia .... hu hu .... nak tahu sapa, inilah blogger tu <------ Blogger biasa-biasa, tapi entry dia buat aku rasa, "a'ahhh betul juga yek ...!".
Kalau aku tak masukkan link korang, jangan la majuk plak....jangan la unfollow plak belog aku...heheheh sbbnye aku perasan followers aku dah kurang sorang. Dua hari lepas 1348, tadi tengok dah 1347. Aish, baru nak berangan dapat followers sampai 2K sampai ujung tahun nie. Tak kesampaianlah nampaknye! hu hu
Kalau aku tak comment blog korang, maknanye aku jadi silent reader terhormatlah tu ... hu hu hu ;p
CK : Sampai satu tahap dah tak tahu citer apa nak share lagi. Kagum dengan bloggers yang up entry superb!
Posted by
Cik Puan Kocik
Posted by
Cik Puan Kocik
at
8:30 AM
2 comments:
Label Suka Suki
Blogger,
Blogging,
Blogwalking
MATA
Assalamualaikum ...
Dah dekat 1.00 am
Mata tak mau pejam lagi.
Takkan takmau tidur sampai esok pagi kot
Kes parah nie ....mahu esok tidur kat meja lagi nie ...
Parah camnie! Sok ada appointment plak tuh ...
Mata cepatlah mengantuk ... esok nak bangun awal.
Pleaseee
CK : Penyakit bila jauh dari kampung ... susah nak tido
Dah dekat 1.00 am
Mata tak mau pejam lagi.
Takkan takmau tidur sampai esok pagi kot
Kes parah nie ....mahu esok tidur kat meja lagi nie ...
Parah camnie! Sok ada appointment plak tuh ...
Mata cepatlah mengantuk ... esok nak bangun awal.
Pleaseee
CK : Penyakit bila jauh dari kampung ... susah nak tido
Tuesday, August 27, 2013
CPUV LAGI ... REZEKI SYAWAL
Assalamualaikum ...
Alhamdulillah .... senyum senyum sambil menulis blog! he he he
Terima kasih NUffnang.
Posted by
Cik Puan Kocik
Posted by
Cik Puan Kocik
at
9:00 AM
7 comments:
Label Suka Suki
CPUV,
Nuffnang
TAKDA IDEA
Assalamualaikum ...
Takda idea sangat nak update ape
Tapi nak juga log in blog ... hu hu
Selamat pagi Selasa korang
Moga hari ini lebih baik dari semalam ....
Okey ke update cenggini je?? he he he
CK : Nampak sangat sengal pepagi nie... ;p
Takda idea sangat nak update ape
Tapi nak juga log in blog ... hu hu
Selamat pagi Selasa korang
Moga hari ini lebih baik dari semalam ....
Okey ke update cenggini je?? he he he
CK : Nampak sangat sengal pepagi nie... ;p
Monday, August 26, 2013
CARA AKU KEKALKAN KESEGARAN DAN KEHIJAUAN DAUN SUP DAN DAUN BAWANG
Assalamualaikum ....
Sekian, tips di dapur aku hari ini. Selamat beramal ... he he he happy reading yaaaawwww!!
Aku suka makan daun sup. Kalau buat ulam sedapnyelah hye. Daun bawang pun aku suka juga, kalau goreng mee segera, aku memang potong daun bawang masukkan sekali. Sedap. Wangi. Kalau beli dekat Pasar Awam Presint 8, daun bawang dengan daun sup nie ... mahal sangat aku rasa.
Semalamkan aku pi mydin, so nampak daun bawang dan daun sup yang hijau dan segar. Murah plak tu. Tak sampai singgit pun rege dia. Rasa yummie sangat dengan kehijauan dan kesegaran daun tu. Tapi kan ... kadang tak boleh simpan lama. Cepat rosak. Nak-nak, bila terus masuk fridge ... 2-3 hari daun dia dah layu. Nak makan pun macam dah tak sedap kan?
So, kat sini aku nak share cara aku simpan daun bawang dan daun sup tapi still maintain hijau dan segar juga. Boleh la tahan dalam seminggu. Okeylah tu daripada 2-3 hari dah buruk kan ...
Pertama sekali, korang kena make sure bila beli daun bawang dan sup ini ... jangan bagi pekedai tu lipat masuk plastik. Nanti batang dia patah. Dah tak boleh nak simpan lama. Biar tegak je masuk plastik. Selalu orang beli daun bawang dan sup nie kan tak banyak kan ...
Bila dah sampai rumah apa yang korang perlu buat adalah, cuci sket kesan tanah pada akar dia. Please jangan potong akar dia hokeh! Bersih kan sket-sket dah le. Hati-hati juga jangan bagi batang daun-daun ini patah ye ;p
Bila akar dia dah bersih sikit, rendamkan keseluruhan tubuh badan daun sup dan bawang ini ke dalam besen yang berisi air. Rujuk gambar kat atas. Rendamlah dalam 30 minit camtu, bagi dia segar balik. Bila korang dah rendam dalam air ... daun ini akan kembali segar dan menghijau. Beli daun sup dan daun bawang jangan ambil yang busuk or buruk, memang takleh simpan lama lah. Pilih yang cun-cun aje tau.
Kemudian, ambil bekas minuman yang tinggi (rujuk gambar) masukkan sedikit air. Air nie sekadar tenggelamkan akar daun sup dan daun bawang sahaja. Jangan letak air banyak. Nanti rosak akarnye. Agak-agak dalam seinci air ... cukup lah kot. Pastu korang masukkanlah daun sup dan daun bawang dalam bekas minuman yang tinggi tu. Letaklah kat mana-mana sudut di dapur. Cari bekas yang tinggi adalah untuk menyokong batang daun-daun ini yang sedia maklum ianya mudah patah kerana kelembikan.
Aku selalu buat camnie. Selalunya bertahan jugalah 7 hari sampai habis masaklah aku guna. Nak beli selalu kan malas nak ke pasar. Sekali beli buat stok 4-5 hari. Sama juga dengan serai, aku rendam sket bahagian bawah dia tu tak kasi kecut. Tapi sampai berakarlah serai tu. Kalau ada tanah memang aku dah tanam dah tu.
CK : Tak menahan bagi tips kat korang ... cam baguihlah sangat. he he he
Posted by
Cik Puan Kocik
Posted by
Cik Puan Kocik
at
4:30 PM
2 comments:
Label Suka Suki
Sharing is Caring,
Tips Di Dapur
BILA NAK KAHWIN?
Assalamualaikum ...
Perempuan yang dah lebih umur 30-an ... sering diajukan soalan cepu emas, gangsa, perak ... platinum ini.
"Bila nak kahwin?"
Aku rasa dalam dunia nie banyak lagi soalan yang boleh direkacipta oleh si penyoal. Tapi malangnya, hanya soalan ini sahaja yang dorang hafal. Pelikkan? Susahlah aku nak jumpa orang yang jumpa manusia yang belum kahwin lagi dan dia akan cakap ...
"Saya doakan awak dipercepat dan dipermudahkan jodoh ...
moga awak dimurahkan rezeki juga ;)"
Cubalah kita jadi orang Melayu dan Islam yang keluar dari kotak. Bolehkan? Menjaga hati hamba Allah yang lain itu penting. Kita tak tahu sama ada dia terasa hati (mungkin) dengan persoalan kita.
CK : Aku lebih suke senyum dengan soalan sebegini. Rahsia Allah, ada ke yang tahu??
Posted by
Cik Puan Kocik
Posted by
Cik Puan Kocik
at
1:21 PM
2 comments:
Label Suka Suki
Andartu,
Jodoh,
Kahwin Lambat,
Perkahwinan
BERJIWANG DENGAN CHOMEL
Assalamualaikum ...
Apa yang chomel nie?
Apa yang chomel nie?
Nak cerita sikit tentang seorang penyanyi dari Singapore nie. Buat aku tertawan giler dengan suara dia. Sedaplah sangat. Cuma suara dia yang sedap tak boleh dimakan ajelah ..... maybe korang semua dah kenal dengan dia, aku je baru nak kenal. Penyanyi Chomel ... muke pun comel gak la. Kiut miut ... suke aku tengok muke smiley dia. Suara dia pun suwet.
Lagu Chomel sumer lagu jiwang. Buat aku teringat zaman-zaman sekolah dulu. Aku nie stok jiwang gak kadang. Dululah, skang dah kurang banyak bab jiwang nie. Lagu jiwang pun dah jarang nak dengar dah. Sekali ko, terjumpa plak lagu-lagu si Chomel nie, terus terjiwang sekejap. Mengimbau nostalgia lama dan dan tu juga! haish .... mulalah teringat zaman cinta monyet dan zaman kenal dengan si teman.
Mula-mula jatuh cinta pandang berkali-kali ngan si teman, dia ada tujukan lagu kat aku. hah, kelakar siot bila ingat balik. Aku plak jenis yang tak reti nak berkias-kias, dan tertanya napelah dia asyik dok nyanyi satu lagu nie memanjang. Rupanya dia dah bagi hint dalam diam. Uweeekkkkk jangan korang muntah hijau dah le. Ini semua kenangan mula-mula kenal dia. Bila terkenang boleh senyum sowang-sowang.
Pestime dia dok nyanyi lagu nie kat aku, Seribu Bayangan-Damasutra .... antara lirik yang dia suka sangat dok nyanyi. Mula dia nyanyi lagu nie masa dekat Pulau Pangkor 8 tahun lepas rasanya. Masa tu family day. Time tu aku cuma kawan se'office' yang takda perasaan cintan cintun pun ngan dia. hu hu dululah .....
"Kau masih menduga sehingga kini
Andai ku bersenda dengan teka teki
Seribu bayangan aku gambarkan
Masih lagi kau tak mengerti"
Andai ku bersenda dengan teka teki
Seribu bayangan aku gambarkan
Masih lagi kau tak mengerti"
Pastuh, bila dok kenyit-kenyit mata manjang ... dok i love u - i love u celah-celah pintu office sampai kantoi ngan boss, dia bagi lagi satu lagu. Nasib baik dapat boss sporting. Masa dia dok i love u dekat pintu office, time tu juga aku cuma officemate dia je. Takde feeling hape pun. Aku ingat dia main-main le ngan aku. Gurau kawan-kawan, takdelah aku amek serius yang dia tu ada hati ngan aku. Sebab serasanya masa tu dia dah ada GF. Tak beranilah potong line orang. Jadi kita wat tatau ajelah walau berlonggok lagu pun dia bagi. Lagu yang dia bagi nie cam best jugalah layan. Suatu Masa-M.Nasir.
"Bagaimanakan ku mula
Dan apakah kata-kata
Yang indah untuk diabadikan
Tiap wajah berkisah
Tiap madah bererti
Manakah ilhamku
Cahaya di matamu
Senyum di bibirmu
Mengukir seribu tanda pertanyaan
Mungkinkah kau jua dalam kerinduan
Di saat begini aku merindukan
Berhelai-helai surat
Terbiar di depanku
Tak dapat aku utuskan
Ku ramas semua
Dan ku buangkan
Jauh dari pandangan
Lalu aku kesal
Ku kumpul semula
Tak dapat ku nyatakan apa yang ku rasa
Jika engkau tahu di dalam hatiku
Mungkinkah kau sahut jeritan batinku
Dengarkanlah panggilanku
Dengarkanlah lagu untukmu
Angin lalu kau sampaikan
Rasa rindu yang membara
Kepadanya
Warna-warna cintaku
Kian pudar bersama
Malam yang gelap gelita
Entahkan kau rasakan
Apa yang aku rasa
Atau kau tak endah
Tapi ku percaya
Semua telah tertulis
Dan niat suciku takkan disiakan
Dan di suatu masa
Di hari yang indah
Ku hulur tanganku
Lalu kau terima"
Dan apakah kata-kata
Yang indah untuk diabadikan
Tiap wajah berkisah
Tiap madah bererti
Manakah ilhamku
Cahaya di matamu
Senyum di bibirmu
Mengukir seribu tanda pertanyaan
Mungkinkah kau jua dalam kerinduan
Di saat begini aku merindukan
Berhelai-helai surat
Terbiar di depanku
Tak dapat aku utuskan
Ku ramas semua
Dan ku buangkan
Jauh dari pandangan
Lalu aku kesal
Ku kumpul semula
Tak dapat ku nyatakan apa yang ku rasa
Jika engkau tahu di dalam hatiku
Mungkinkah kau sahut jeritan batinku
Dengarkanlah panggilanku
Dengarkanlah lagu untukmu
Angin lalu kau sampaikan
Rasa rindu yang membara
Kepadanya
Warna-warna cintaku
Kian pudar bersama
Malam yang gelap gelita
Entahkan kau rasakan
Apa yang aku rasa
Atau kau tak endah
Tapi ku percaya
Semua telah tertulis
Dan niat suciku takkan disiakan
Dan di suatu masa
Di hari yang indah
Ku hulur tanganku
Lalu kau terima"
Dia pernah cakap ngan aku, "saya selalu nyanyi lagu nie tapi awak nie tak paham-paham jugakkan?". Ler aku ingat hobby dia memang menyanyi ke hape ke. Manalah aku nak faham. Cer jangan nak berkias. Aku nie walaupun stok jiwang tapi bab luahan hati, direct to the point ajelah senang. Aku ingat lagi Cikgu Bahasa Melayu aku masa kat form six dulu kat Sek. Men. TM. Nama cikgu tu, Cikgu Abu Hassan, dia kata "orang Melayu nie banyak sangat berkias ... cuba tengok orang nak meminang, pantun sana pantun sini ... cuba direct je cakap, SAYA SUKA AWAK, SAYA NAK KAHWIN DENGAN AWAK!".
Akhirnya aku couple gak ngan dia selepas 2 tahun kenal. Masa tuh, dia dah single. Pastu kitaorang pun kena tukar department lain-lain. Padan muke. Kisah cinta kitaorang macam drama dah, sampai dipukul gelombang, hanyut dan karam bagai. Pasang surut dalam hubungan tu semua aku dah rasa. Sampai satu tahap aku dah redha bila tak berjodoh ngan dia. Sooobssss sooooobssss. Nak cerita pasal penyanyi Chomel je, tapi melalut sampai kisah cinta aku plak. hua hua hua ... over gedebas aku nie. Sila jangan muntah hijoo ye.
Inilah lagu yang Chomel nyanyi buat aku jatuh hati terlampau. Andai Hatiku Bersuara. Suara dia dah la sedap. Lirik lagu nie best sangat. Lagu nie kalau dengar time aku putus cinta dolu-dolu sure berkotak-kotak tisu habis rasanya ;p
Meh layan lirik lagu nie plak. Pepagi aku suruh korang jadi jiwangkan. Sorrylah, entry pagi nie terpanjang plak. Autopublish nie. Malam tadi aku dah siap karang dan dok ulang dengar lagu si Chomel nie. Sentap jiwa ahkak okeh.
Andai Hatiku Bersuara
Oh Tuhan, berikanlah aku,
Kekuatan menempuhi dugaanMu,
Aku percaya ada hikmahnya,
Di setiap dugaan yang ku terima.
Andainya hatiku bersuara,
Pastinya ia akan berkata,
Cukuplah sayang aku tidak berdaya,
Mengharungi segala sengsara.
Berapa kali harus aku terluka,
Barulah kan ku sedar,
Cintaku tidak layak untuk dirinya,
Mengapa masih aku setia disisinya,
Tidak ku mengerti, tidak ku fahami.
Seperti insan biasa ku ingin bahagia,
Menyintai dan dicintai tiada duanya,
Andai terlampau permintaanku ini,
Maafkanlah kasih.
Komposer: Rya Rahman
Oh Tuhan, berikanlah aku,
Kekuatan menempuhi dugaanMu,
Aku percaya ada hikmahnya,
Di setiap dugaan yang ku terima.
Andainya hatiku bersuara,
Pastinya ia akan berkata,
Cukuplah sayang aku tidak berdaya,
Mengharungi segala sengsara.
Berapa kali harus aku terluka,
Barulah kan ku sedar,
Cintaku tidak layak untuk dirinya,
Mengapa masih aku setia disisinya,
Tidak ku mengerti, tidak ku fahami.
Seperti insan biasa ku ingin bahagia,
Menyintai dan dicintai tiada duanya,
Andai terlampau permintaanku ini,
Maafkanlah kasih.
Komposer: Rya Rahman
Dah-dah layan jiwang. Jom sambung keje. Happy reading yaaawwww!
CK : Akhirnya bakal bersatu juga ... after bertahun2 lamanye. Betul orang cakap, jodoh tu semua kerja Allah swt. Manusia hanya ada hak untuk berusaha sahaja.
Posted by
Cik Puan Kocik
Posted by
Cik Puan Kocik
at
8:00 AM
3 comments:
Label Suka Suki
Cerita Artis,
Hiburan,
KamooKamie,
Kisah Cinta Kami,
Penyanyi Chomel
Sunday, August 25, 2013
BERBUKA PUASA DENGAN CHICKEN CHOP MYDIN
Assalamualaikum ...
Hari ini aku sambung puasa 6 di bulan Syawal. In Shaa Allah, kalau habis hari ini aku ada lagi 2 hari nak habiskan puasa sunat nie. Kemudian baru buat puasa ganti. Aku dah macam terbalik, orang buat puasa ganti dulu sebab wajib, ini tak pi buat yang sunat dulu. Aish ... sapa ajaq?
Arini nie berbuka puasa dengan chicken chop mydin walaupun sebenarnya takde plan pun nak makan chicken chop. Dah nampak cam sedap je dok tayang ... apalagi kasi rembatlah satu bekas. Tak mahal pun dalam RM6.99. Eh, genap teruslah jadi RM7.00 ..... senang! Kat office aku kalau chicken chop nie rege RM8.00, kalau kat Selera Laman Perdana RM9.00 kot. Dah lupe.
Walhal kat rumah tu ada je ikan kembung, sotong dan sayur semua ada dalam fridge. Namun apakan daya penyakit M tetiba mendatang. Nak-nak aku plak merajinkan diri pi office test print design kad yang aku buat. Kuar office pun dah jam 3pm ... pergi mydin ajelah walaupun sebenarnya lecehnye nak ke mydin Presint 15. Leceh sebab susah parking. Pastu yang menyampahnya ... sikap orang Malaysia nie, suka sangat nak dok menunggu kat tepi jalan depan lot-lot kedai tu walaupun tahu parking dah penuh, sah-sah jalan jadi sempit. Ko turunkan isteri beli barang, blah la pi cari parking. Jauh sket pun takpelah janji tak menyesakkan lalulintas. Aku rasa polis trafik tak pun penguatkuasa patut ambil tindakan kat pemandu-pemandu yang takda kesedaran sivik nie. Kompoun je dorang! Ingat senang dorang je, walhal menyusahkan ramai orang. Geram neh ... grrrrrr. Aku kalau pi mydin ngan si teman, aku suruh dia turunkan aku je ... pastu suruh dia blah cari parking. Dah siap membeli, aku call je suruh dia datang jemput depan mydin tu. Senang.
Aku yang puasa nie 2 kali tawaf Presint 15 baru dapat parking. Itupun jauh dari mydin, parking depan Domino Pizza. Menapaklah patah balik ke mydin. Jauh jugalah. Tapi takpe ... biar diri sendiri susah daripada menyusahkan orang lain. Sampai aku perasan ada satu kereta tu parking betul-betul traffic light simpang empat dekat mydin ... jadi double parking plak tu. Itu belum campur yang parking atas siarkaki lagi. Nak senanglah katakan. Kalau dalam mydin tu boleh parking, semua berebut nak parking dalam mydin tu aku rasa.
Masuk mydin, aku borong segala biskut, susu pekat, susu segar ... bajet nak buat cheesekut. Sekali cari cream cheese non-hado plak kat mydin nie. Aiyak! Spoil betullah. Terus aku cari barang dapur yang lain, beli ayam, sayur, mee segera, sausage ... dok pusing-pusing dalam mydin ternampak chicken chop yang siap dimasak tunggu dimakan. Eh, macam sedaplah pulak. Nak masak aku memang takda mood. Takde plan nak masak sangat pun. Bolehlah angkat satu chicken chop nie buat buka puasa, bisik hati kecil ini ;p. Try best ke idak ...lalu plak depan ayam BBQ mydin, terliur plak tengok ayam terkangkang tu. Tapi dah amek chicken chop ... so ayam BBQ tu next time la.
Chicken chop nie baru dimasak. Kalau tak puasa memang aku dah makan dalam kereta dah. Tapi disebabkan puasa, tunggu azan maghrib lah ye. Jap lagi boleh panaskan aje ayam nie. Buat air teh hijau tu satu jag, pastu melantaklah dengan sopan chicken chop nie. Terliur dah! Biasalah orang puasa nie tengok air putih kuar dari fridge pun dah rasa sedaplah sangat ;p
Okeylah aku nak get ready untuk berbuka puasa ... menyempat aje berblog! Sambil menyelam minum airlah katakan ... he he he ... happy reading ye!!
CK : Rasanya esok pun sambung puasa lagi sampai hujung minggu depan. Senang ....
Posted by
Cik Puan Kocik
Posted by
Cik Puan Kocik
at
7:18 PM
2 comments:
Label Suka Suki
Chicken Chop,
Hari Minggu,
Menu Best,
Mydin,
Shopping
MARI MASAK DENGAN MAGGI MAGIC MEALS
Assalamualaikum ...
#kalau kita sibuk nak memusuhi orang, buat hati jadi busuk je. abaikan orang yang anggap kita musuh, buang masa je melayan orang cmnie. Kalau kita gatal pi layan, kita pun sama bodoh ngan orang yang memusuhi kita tu. Ye dok? - takde kena mengena ngan entry nie ;p
Asal weekend je, bangun pagi teringat blog. Terus rasa nak update. Kalau hari kerja tak dapat buat macam nie. Update blog kat office kang ramai pula mata yang memandang. "Hey ... tak buat kerja ke? Ngadap blog je!". Takut juga kena sergah camtu ... he he he. Di office kalau nak update pun kena tunggu time rehat tak pun time semua orang dah berambus balik umah around 5.30pm. Hari minggu camnie mai kite layan blog sambil-sambil buat kerja lain. Satgi nak kuar jap ...
Masa puasa aritu aku dapat maggi magic meals. Alah perencah untuk masak ayam cam iklan dalam tv tuh. Masak ayam yang gaul dengan rencah maggi perasa ayam kicap berempah, ayam beraroma masak merah ngan ayam apa ntah satu lagi. Dah lupa. Gaul-gaul ayam dalam rempah, pastu masuk dalam plastic then masukkan pula dalam periuk nasi. Kiranya masak 2 dalam 1 lah nie. Untuk species yang tiada banyak masa nak masak. Taknaklah cakap malas, aku pun tak cukup sangat kerajinannye. he he he. Aku jarang masak guna rencah segera nie, kecuali masak mee segera ajelah.
Memandangkan maggi magic meals nie ada kat rumah, apasalahnye try kan? Excited nak tahu sedap ke rasanya. Cuma aku tak ikutlah instuction dekat pembungkus tu. Sebelum tuh, meh aku tunjuk rupa maggi magic meals yang semua orang dah tahu.
Nie maggi magic meals ayam kicap berempah. Tapi aritu aku masak tak guna ayam pun. Stok ayam dah habis. Sekali tengok dalam fridge ada ikan kembung. Ah, bolehlah ... kita ubah style. Disebabkan aku tak makan nasi, so takdelah nak follow sebijik-sebijik ajaran maggi nie. Kita buat sendiri ajelah.
Mula-mula, aku gorengkan dulu ikan kembung tu. Lebih kurang macam nak masak ikan siakap sweet sourlah. Pastu rencah magic meals nie aku bancuh dengan 2 cawan air putih. Gaul sebati, then tumiskan sampai rencah tu masak. Kenalah alter-alter sket ye ... letak garam ke, gula ke hape. Sebabnya rencah magic meals ayam kicap berempah nie bau rempah dia kuat la pulak. Tak selesa aku dibuatnye. Maybe sebab kalau guna ayam kan kite gaul je ayam tu dengan rencah. tak perlu nak bancuh-bancuh bagai. Tapi sebab aku guna ikan, so kenalah bancuh dan tumis.
Korang boleh bancuh rencah tu lebih kurang dalam gambar kat bawah nie. Letak air banyak sikitlah, sebab rencah dia nie bila kita dah tumis dia jadi pekat semacam je. Make sure kacau sebati, kalau tak ia berketul-ketul dalam kuali korang.
Gambar No. 1 tu adalah plastic yang sepatutnya korang masukkan ayam yang dah dipotong dadu. Aku guna ikan, so takdelah nak pakai plastic tu. Lagipun aku tak masak nasi pun. Main tumis-tumis camtu je. Gambar No. 4 tu bila rencah dah dicampurkan dengan air. Pastikan gaul sebati. Kalau tak ia akan berketul-ketul dalam kuali nanti. Pengalaman akulah tu .. ;p
Hasil masakan ikan kembung magic meals. Dari ayam kita tukar kepada nama ikan kembung kicap berempah magic meals. Ok jugalah. Nak kata sedap sangat rempah nie tak sangat la. Bagi lidah aku yang tak berapa nak prefer masakan yang guna rencah segera nie ... biasa-biasa ajelah rasanya. Boleh makanlah.
If takde masa tu bolehlah guna rencah nie. Kat rumah aku nie ada lagi sekotak maggi magic meals pelbagai perisa. Hye ... entah bilalah nak masak. Orang bagi aku amek ajelah. Benda free. Rezeki takkan nak tolakkan? Prinsip aku, rezeki jangan ditolak ... musuh pulak jangan dicari, tapi kalau orang nak buat aku musuh dorang, ikut suka pi la kat dorang. Apa ada halkan? Bukan masalah aku. Next time bila ada masa aku akan share recipe lain pulak. Maybe guna ayam juga kot. Baru kesedapan dia menjilat jari. Agaknyelah .. ;p
#kalau kita sibuk nak memusuhi orang, buat hati jadi busuk je. abaikan orang yang anggap kita musuh, buang masa je melayan orang cmnie. Kalau kita gatal pi layan, kita pun sama bodoh ngan orang yang memusuhi kita tu. Ye dok? - takde kena mengena ngan entry nie ;p
So, untuk haritu ... last week aku rasa, aku makanlah ikan kembung masak kicap berempah dan sayur bayam tumis sebagai menu untuk lunch. Semangkuk sayur bayam aku. Untuk sape-sape yang diet boleh tiru style aku. Walaupun korang diet, kenalah juga pelbagaikan menu ye. Jangan sekat-sekat makan. Aku nie cuma tak makan nasi aje pun ... lain-lain aku makan je dengan penuh berhemah dan sopan santun ;p. Bukan tak makan nasi langsung, makan juga seminggu sekali. Itupun kalau mengidam sangat ataupun bila pi kedai dah takde menu lain selain nasi ... so hadap la juga.
Kalau rasa nak try magic meals nie bolehlah mendapatkannye di kedai-kedai runcit atau pasaraya berhampiran anda ... he he he he
CK : Sejak 2-3 menjak nie, malam minggu je mesti susah nak tidur. Dah 2 malam aku tidur 3.00am ... dah tu bangun pun lewatlah dari biasa. Nak kena lempang diri sendiri juga rasanye!hah ....
Posted by
Cik Puan Kocik
Posted by
Cik Puan Kocik
at
9:59 AM
3 comments:
Label Suka Suki
Ayam Masak Kicap Berempah,
Belajar Masak,
Maggi Magic Meals,
Menu Best,
Menu Diet,
Produk Maggi,
Recipe
Saturday, August 24, 2013
"EH, KAK ... KO DAH KURUS SIKIT!"
Assalamualaikum ...
Tajuk di hari minggu yang memang tak boleh blah sangat. Kembang semangkuk bila adik aku tegur, "eh ... kak, ko dah nampak kurus sikit la!". Nasib baik semangkuk, kalau setalam kembang ... mahu lupa diri sat! keh keh keh. Ermmm ... kurus ke? Aku gagal capai target 50kg. Sebab utamanya, aku terstop atkins dengan sengaja dan nak start balik bukan main susah.
Sekarang nie, aku bedal semua mee, bihun, air manis ... kuih muih bagai kecuali nasi je aku ambil seminggu sekali. Yang lain semua aku bedal tak hengat dunia. Cuma baiknye aku nie, makan ikut time ... takdelah sepanjang masa aku mengunyah. Disebabkan tanpa sebab yang nyata aku terstop atkins, makanya kenalah aku cari alternatif lain untuk maintainkan berat aku nie. Harap maklum, berat aku 55kg dari berat asal 65kg. Tapi tak boleh nak berbangga lebih sangat sebab target 50kg tu tak sampai-sampai lagi. 5 kg je pun lagi, apalah susah sangat kak oooiii!!
Aku dah hadap semua benda kecuali nasi tapi dalam kuantiti yang sedikit tapi kerap. Aku makan sehari lebih kurang 4-5 kali. Aku kurangkan makan jajan, kurangkan makanan dan minuman yang bergula. Aku tetap lebihkan protein serta air suam/mineral dalam hidangan aku. Karbohidrat seperti mee, bihun, spaggethi, kuih muih aku start ambil dah, cuma kuantitinye sikit ajelah. Alhamdulillah, walaupun aku terstop atkins nie ... berat aku still maintain antara 55-56kg dalam tempoh 7 bulan nie. Fhuuuh lega .... 7 bulan tu aku tak disiplin atkins. Nak kena lempang ke?
Normally, breakfast aku akan ambil 1L air suam, bihun goreng separuh, telur goreng dan ayam goreng. Tak pun roti telur sekeping. Lunch aku prefer makan bun sausage atau bun tuna. If tak sempat beli kat cold storage, hadap makanan kat cafe ajelah ... bihun sup separuh ayam lebih, ikan goreng, sayur, ayam goreng, laksa atau apa sahaja selain nasi. Kuantiti cukup setakat kenyang. Aku dah amalkan konsep berhenti makan sebelum kenyang. Konsep nie aku berjaya amalkan dengan jayanye ;p
Then dinner plak, kadang aku ambil kadang tak ... bergantung kepada kelaparan perut aku nie macam mana. Kalau lapar aku akan makan. If tak lapar, cukuplah minum air suam je dan makan buah. Better makan kurma 3 ketul. Sebab kurma mudah mengenyangkan perut. Biasanya dinner nie aku akan makan benda yang memang aku mengidam nak makan. Contoh maggi goreng ayam mamak. Tak pun maggi goreng udang yang aku buat sendiri. Macam dalam gambar nie ... last week punya menu. Baik punye!!
Rupa bentuk maggi goreng udang yang terlebih kicap indo ... |
Ini pulak maggi goreng telur pecah dengan serunding halia bilis. Memang sedap! |
Aku tak katalah korang makan maggi ... eh, maksud aku mee segera nie korang boleh kurus ye. Aku makan nie sebab teringin sangat. Bulan puasa asyik melantak mee kolok je keje aku neh. Super sedap mee kolok dari Dapur Sarawak tu. Aritu pi Sarawak, order mee kolok sampai ke sudah .... tak sampai-sampai ke meja pun. Hampeh la!
Sekarang ini, aku masih juga dalam usaha nak turunkan berat aku dalam 2-3kg lagi within 2 months. Actually kalau aku loyal dengan atkins nie, 3 minggu je dah dapat turun 5 kg. Nak dapatkan feel mulakan balik tu agak payah. Ntah nape entah .... cuma aku bersyukurlah yang aku taklah nak mengadap nasi sampai hari-hari. Makan nasi pun 2-3 kali je sebulan. If teringin sangat nak makan nasi aku prefer untuk makan nasi arab atau nasi beriani Pakistan dekat Mr. Kabab & Biryani, Presint 15 Putrajaya. Chicken Biryani Paskitani kat situ super sedap!! Masa last puasa dekat Putrajaya aritu, aku makan sepinggan nasi habis sorang je. Takdanye nak share-share. Hai, nasib baiklah tak melantak nasi hari-hari ... kalau tak mahu naik balik berat badan nie ;p
Sebenarnya aku skang struggle nak kempiskan perut je, sehari sampai 2x dok sapu losyen susut perut medik herbs. Pagi dengan malam. Aku rasa medik herbs ni lagi baik dari losyen mustajab. Sebab bila ko terlebih makan, tetiba losyen nie boleh jadi panas je. Tuh aku suke .... dah 2 weeks sibuk dok sapu, baru turun 1 inci saja maaaaaaaaaaaaaaa!! Bila nak kempis plus langsing camnie??
Malam nie nak lompat bintang sampai lembik ... pastu sambung sit up! Ooooo mampukah aku??
#Ada sorang Hamba Allah nie pernah ngata kat aku, "ko diet tak nampak cam kurus pun ...". Dia sorang je cakap camtu, walhal orang lain dah sibuk ckp aku kecik sket dari sebelumnye. Memanglah aku tak kurus langsung cam Dynas ke Fazura ke ... Ko tak nampak aku kurus pun takpe, sekurang-kurangnye aku dah leh pakai baju lama aku 2-3 tahun lepas la. Sep duwet weh!! Manusia nie selalu je pendengki kalau orang buat benda baik, aku nak kurus ko plak sibuk lebih! Aku sibuk diet ko plak yang rasa lapar. Lempang kang!
CK : Jangan lepas nie jadi pemalas nak diet dan senaman sudah la. Berat tak turun pun takpe, asal kekal cam skang ... he he he ayat penyedap hati
Sebenarnya aku skang struggle nak kempiskan perut je, sehari sampai 2x dok sapu losyen susut perut medik herbs. Pagi dengan malam. Aku rasa medik herbs ni lagi baik dari losyen mustajab. Sebab bila ko terlebih makan, tetiba losyen nie boleh jadi panas je. Tuh aku suke .... dah 2 weeks sibuk dok sapu, baru turun 1 inci saja maaaaaaaaaaaaaaa!! Bila nak kempis plus langsing camnie??
Malam nie nak lompat bintang sampai lembik ... pastu sambung sit up! Ooooo mampukah aku??
#Ada sorang Hamba Allah nie pernah ngata kat aku, "ko diet tak nampak cam kurus pun ...". Dia sorang je cakap camtu, walhal orang lain dah sibuk ckp aku kecik sket dari sebelumnye. Memanglah aku tak kurus langsung cam Dynas ke Fazura ke ... Ko tak nampak aku kurus pun takpe, sekurang-kurangnye aku dah leh pakai baju lama aku 2-3 tahun lepas la. Sep duwet weh!! Manusia nie selalu je pendengki kalau orang buat benda baik, aku nak kurus ko plak sibuk lebih! Aku sibuk diet ko plak yang rasa lapar. Lempang kang!
CK : Jangan lepas nie jadi pemalas nak diet dan senaman sudah la. Berat tak turun pun takpe, asal kekal cam skang ... he he he ayat penyedap hati
Posted by
Cik Puan Kocik
Posted by
Cik Puan Kocik
at
12:11 PM
6 comments:
Label Suka Suki
Atkins,
Beauty Arcade,
Diet,
Kurus,
Menu Diet,
Mr. Kabab & Biryani,
Tips Diet,
Tips Kurus
Friday, August 23, 2013
KESEDARAN IBUBAPA ZAMAN SEKARANG TENTANG MENABUNG UNTUK ANAK-ANAK
Assalamualaikum ...
Itu ajelah kot aku nak share dengan korang. Moga dapat beri manfaat bersama ...happy reading!
Aku baru lepas balik dari bank in duit dalam ASB. Alhamdulillah, ada rezeki lebih sket masa dapat gaji semalam. So, dapatlah aku menabung lebih dalam akaun ASB aku. Asyik dok mengorek je, menimbunnya jarang ... bukit pun boleh rata nanti. Akaun Tabung Haji je aku amat jarang korek, nak menimbun pun kadang-kadang juga. Gaji aku sekadar selesa je (Alhamdulillah, cukuplah menampung diri sendiri dan mak ayah sket-sket), nak bermewah tu memang tidaklah. Kalau ada OT lebih, dapatlah aku menabung tuk masa depan ... tak pun bagi mak ayah sket-sket.
Memandangkan ASB aku tu makin susut, aku decide nak top up balik dengan rezeki lebih yang aku dapat masa bulan puasa aritu. Dan masa kat PNB (Perbadanan Nasional Berhad) sambil dok tunggu no. gililiran, terus terniat dan berazam dalam hati ... "lepas nie nak top up terus duit ASB, berdikit pun tak apa ... nak janji dengan diri sendiri takmoh korek-korek lagi akaun nie mcm akaun Tabung Haji. Azam neh!".
Sambil dok tunggu giliran aku dipanggil, aku tengok ramai mak ayah yang nak simpan duit raya anak-anak dalam akaun ASB. Aku dulu tak lalui zaman-zaman camnie. Aku ada ASB masa dah sekolah menengah. Tu pun aku buka akaun kat sekolah. Yelah, sekolah kampung. Mak ayah pesawah. Apalah sangat kesedaran dorang tentang menabung nie kecuali dengan membekalkan tabung buluh serta tabung ayam kat aku dengan abang je masa tu. 1st akaun aku dengan Bank Simpanan Nasional. Jenis menabung yang style tampal setem 20 sen dekat kad BSN tu. Bila kad BSN tu dah penuh, ko boleh la bagi dekat van BSN bergerak yang datang kat sekolah. Nanti kerani BSN akan update buku akaun bank. Sebab itulah, masa sekolah dulu kalau ada duit lebih aku akan beli setem untuk tampal dekat kad menabung BSN. Kat rumah plak, mak ayah dah siapkan tabung buluh sorang satu kat aku dengan abang. Masa tu aku takde adik lagi rasanye, merasalah jadi anak bongsu dekat 5 tahun juga. Tuh yang manja semacam sampai ke tua. Bila dah ada adik, takleh terima hakikat kena jadi kakak ... apalah!
Ibu bapa sekarang nie, bila anak lahir je terus buka buku akaun bank. Terutamanya ASB dan Tabung Haji. Aku tengok majoriti kawan-kawan aku yang ada anak, mesti anak dorang dah ada buku akaun bank. Paling koman pun sorang satu. Macam adik aku, anak dia 3-3 orang sekali ada buku akaun bank. Umur sebulan dah ada duit ratus-ratus dah dalam akaun. Adik aku siap buka akaun ASB, ASN dan Tabung Haji untuk anak-anak dia. Duit raya semua longgok dalam tu. Pastu, untuk akaun Tabung Haji plak ... adik aku suami isteri buat potongan gaji sorang RM20 sebulan untuk masukkan dalam akaun anak-anak dia. Nampak sket, tapi kalau dah simpan sampai 20 tahun campur dividen lagi, mestilah jadi banyak. Itu belum campur collection duit raya lagi. Budak-budak sekarang nie yang jenis ibubapa ada kesedaran menabung sure duit dah ribu riban dalam akaun. Walhal belum keje pun lagi. Umur pun belum cukup 12 tahun, tapi duit dah banyak dari orang dah keje. Akulah tu ... asyik korek je! muahahahahahha
Sebulan RM20 x 12 bulan x 20 tahun ... dah berapakan? RM4,800.00 ... belum campur dividen .... belum campur duit raya ... belum campur duit anak-anak yang menabung sendiri hari-hari lagi. Cukup umur 20 tahun dah ada dalam RM20K. Eh, okeylah kalau golongan sederhana cam kita, anak-anak ada duit sebanyak tu. Tak yah kot nak sibuk pinjam duit PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) lagi. Tak yah sibuk nama kena blacklist sebab tak bayar duit PTPTN. Nasib baiklah aku belajar dulu loan dengan JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam). Hui ... selamat sket, Alhamdulillah. Bayar loan JPA pun ikut sukahati je, tapi tetiap bulan memang aku konsisten bayar la. Hutang weh, boleh dibawa mati ... dah pandai pinjam kenalah reti membayar!
Itu bab ibubapa yang sedar tentang pentingnye menabung untuk anak-anak. So, nak menabung nie korang kenalah belajar atau cari tips bijak berbelanja dan cara mudah untuk menabung. Kenalah belajar set matlamat. Kena ada ilmu juga menabung nie. Jangan main hentam sajalah! Carilah cara mudah untuk menabung. Bukan masa depan korang je, tapi masa depan anak-anak juga ;)
Sesape yang belum menabung untuk anak-anak terutama untuk pendidikan anak-anak, silalah mulakan dari sekarang. Senang masa depan korang dan anak-anak nanti. Aku tertarik membaca tips menabung tabung bunian dari blogger Eyriqazz. In Shaa Allah, bila aku ada anak nanti ... aku akan follow tips dari Eyriqazz nie. Amat berguna!
Dan sekarang ini, konsep aku menabung lebih kurang sama dengan Nurul Jamian. Tapi dia lebih sikitlah dari aku. Aku kurang daripada dia. he he he. Boleh tengok sini tips menabung cara Nurul Jamian.
Itu ajelah kot aku nak share dengan korang. Moga dapat beri manfaat bersama ...happy reading!
CK : Aku ada tabung dekat rumah dan juga office. Semua duit seringgit dan syiling aku tabungkan ... tabung nak travel tu. Guna saki baki belanja hari-hari je
Posted by
Cik Puan Kocik
Posted by
Cik Puan Kocik
at
1:38 PM
4 comments:
Label Suka Suki
ASB,
ASN,
Menabung Untuk Anak-Anak,
PNB,
PTPTN,
Tabung Ayam,
Tabung Buluh,
Tips Menabung
Wednesday, August 21, 2013
CPUV BULAN SYAWAL ... TERIMA KASIH NUFF!
Assalamualaikum ...
Tengahari tadi aku buat luahan perasaan kat blog nie. Serius rasa lega dan berlapang dada sedikit. Syukur pada Mu! Kadang keluh kesah nie datang untuk lihat kematangan diri kita. Kadang untuk mengingatkan apa yang kita lupa. Dalam keadaan sekarang, aku tahu aku perlukan semangat. Semangat untuk aku tidak mudah kalah. Itu cerita tengahari tadi. Biarkan ia berlalu sebentar ...
Malam nie pula, ada cerita yang gembira tentang blog aku. Alhamdulillah, Encik Nuffnang bagi CPUV baru sempena Syawal nie. Rezeki bulan Syawallah nampaknya. Bagi blog picisan nie, sekarang ada 2 CPUV yang tengah running. Alhamdulillah ... ada juga dua daripada tak ada langsungkan ;p
The Mortal Instrument yang belum ada amount lagi ... |
Setakat nie DiGi Prepaid Rider paling banyak earning aku dapat. Syukur. Aku tak pernah dapat sponsored post, sebab UV aku belum pernah capai 1000UV sehari pun lagi. Dulu sekali capai dekat 800UV, lepas tu aku down sket berblog ... sekarang nie mampu sehari 400UV je. Itu pun turun naik. Takpelah, janji aku happy berblog. Nak tumpu 100% pada blog setakat nie memang aku tak mampu walaupun aku pernah berazam berbuat demikian ... he he he
Apapun, aku syukur padaMu sebab ada juga hasil blogging nie. Sebab ada hasil dari blogging nie ler aku elak dari tulis gossip sangat-sangat. he he he. Takut tersalah gossip, jadi fitnah plak. Baik tulis pasal diri sendiri ... blog nie kan dah macam diary aku. Diary yang boleh share dengan korang untuk baca ;p. Selalunya diary nie adalah rahsia, ye dak? Anggaplah macam jurnal harian, walaupun aku bukan hari-hari update.
Sekarang nie aku tengah kumpul duit Nuffnang nie untuk beli mixer baru, senang nak nak buat kuih raya. Aku dah tak larat dah guna hand mixer yang ada tu. Lenguh tangan. Itupun aku dah kena bambu dengan si teman, sebabnya dulu dia nak belikan mixer yang siap ada mangkuk tuh, tak perlu nak pegang-pegang bagai tapi aku poyo lebih sangat ... cakap oke je pakai hand mixer ... dekat 2 tahun pakai, tangan pun dah lenguh semacam. Mulalah cari alasan malas nak buat kek ngn kuih. Alasan poyo aku camtulah ... manalah tak asyik kena marah manjang dengan dia. ha ha ha
So, Encik Nuffnang ... demi impian aku nak ada mixer baru yang semat dan canggih, silalah lambakkan CPUV sebanyak mungkin kat belog ai nie ... kekekekeke
#tips : bila dapat CPUV, rajin-rajinlah update blog ... earning korang akan menimbun bila mana ada iklan dr CPUV keluar dan time tu pula ada UV masuk dengan banyaknye! Untung woooo ... lagi untung kalau ada yang sudi klik. he he he
CK : Si teman skang nak jadi pengumpul kasut dah .... aiyak ....
Posted by
Cik Puan Kocik
Posted by
Cik Puan Kocik
at
7:50 PM
2 comments:
Label Suka Suki
Blogging,
Blogging Tips,
CPUV,
Nuffnang
AKU, FACEBOOK DAN BLOG
Assalamualaikum ...
Aku selalu luahkan perasaan aku dekat facebook dan blog. Sebab aku rasa ia lebih senang, lebih senang untuk aku luahkan apa yang terpendam. Sebenarnya perasaan aku ini banyak menderita dengan apa yang orang dah buat pada aku. Orang sekeliling. Nak luahkan pada orang, tak semuanya akan faham. Kadang apa yang aku cakap akan disalahtafsirkan. Maksud sebenar tu tak sampai. Dan lebih memburukkan keadaan ia boleh menjadi sengketa. So, aku ambil keputusan menjadikan facebook dan blog sebagai teman kala aku 'duka'. Walaupun ia tidak menyelesaikan kekusutan hati, tetapi sekurang-kurangnya aku rasa lega bila ia terluah dan tidak bersarang dekat hati sendiri.
Aku suka hidup yang happy. Aku tak suka fikirkan masalah. Sebab itulah bila orang sakitkan hati aku, lukakan hati aku, atau khianati kasih sayang aku ... aku boleh baik balik jika aku tahu sebab musababnya. Aku boleh terima kesalahan sesetengah orang sebab aku tak suka cari musuh. Aku boleh maafkan dengan rela hati sebab aku bukan seorang pendendam. Aku suka kehidupan yang sentiasa buat aku senyum ... walaupun aku tahu, kehidupan itu ada turun naiknya, ada dugaannya yang tersendiri. Cuma kadang bila orang pulaukan aku tanpa sebab atau aku tak tahu di mana salah aku ... memang aku akan blah dari hidup orang tu. Sebab tak worth it nak menjadikan orang-orang ini kawan aku. Buang masa!
Aku suka kawan atau teman yang boleh give and take dan menerima diri aku baik buruk seadanya! Yang boleh terima diri aku yang kadang garang, kadang cakap banyak, kadang pendiam, kadang malas, yang suka blogging, yang suka luahkan rasa dekat facebook, yang suka menangis bila kena marah, yang tak suka tension, yang tak suka menipu, yang suka merengek, yang asyik nak buat muke serius, yang tak boleh bergurau kasar kadang-kadang ... bla bla bla bla .... ermm aku sebenarnya takdelah baik sangat pun.
Dari kecik, aku memang suka pendam perasaan aku sendiri. Sebab aku rasa orang tak akan faham sikap dan perasaan aku. Kadang-kadang aku pendamkan apa yang aku suka, minat dan pilihan semata-mata nak tengok orang-orang aku sayang bahagia dan gembira. Sejujurnya aku kurang memberi perhatian kepada hati sendiri kerana aku tidak mahu orang terluka dengan keputusan dan kehendak hati aku. Sebab aku taknak orang lain sedih bila aku buat keputusan itu ini yang dorang tak suka tapi aku suka.
Lagi satu, aku tak suka kena marah atau kena hentam bila keputusan yang aku ambil menjadi pertikaian sesetengah orang. Kalau aku salah buat keputusan, cakap baik-baik dengan aku. Bukan hentam atau marah. Sebab aku akan jadi manusia yang paling down sangat-sangat bila benda tu berlaku. Dan bila aku terlampau tertekan kadang-kadang aku boleh tertinggi suara dengan orang tanpa aku sengaja. Benda nie aku selalu elak, tapi kadang-kadang ia terjadi. Amat jarang jadi, tapi sesekali ia tetap berlaku.
Disebabkan teknologi yang sekarang nie ada facebook dan blog ... inilah tempat yang aku selalu luahkan rasa hati aku. Apa yang aku pendam. Aku nak orang faham aku macam mana aku sentiasa berusaha untuk faham orang lain. Aku layan apa sahaja kehendak orang lain sebab aku sayang. Tak kira mak ... ayah ... adik-adik atau si teman sekalipun. Sampai satu tahap aku tak kisah pun aku penat. Tapi aku tetap juga cuba penuhi kehendak mereka yang aku sayang. Aku suka tengok orang-orang yang aku sayang tersenyum bila apa yang dorang nak dorang dapat atau hajat dorang dipenuhi.
Aku tahu, hidup aku pun sekejap ... kalau boleh aku nak bahagiakan dorang semua. Itu adalah salah satu impian aku dalam kehidupan ini. Selagi mana orang-orang yang aku sayang tidak mencederakan diri aku, maka aku akan cuba layan sebaik mungkin.
Siapa sahaja termasuk aku, mahukan urusan hidup dipermudahkan Dia. Dan diakhiri dengan kebaikan.
Cuma kadang aku fikir ... sampai bila aku nak pendamkan perasaan aku? Sampai bila aku tidak boleh buat pilihan atas kehendak hati sendiri? Sampai bila aku perlu makan hati atau terasa hati ...
Aku nak juga orang beri pandangan bila aku minta ... bukan mengiyakan segalanya yang aku kata. Macam mana aku selalu bagi pandangan bila orang lain minta sampai mereka puashati dengan apa yang mereka pilih. Tapi aku tak faham kenapa situasi itu tidak berlaku pada aku?? Aku sedih sangat .... tapi dalam sedih aku sentiasa harap Allah menyabarkan aku. Kalau tiada siapa faham aku, mungkin cukup Allah swt sahaja yang mengerti derita hati aku. Aku tahu aku akan kuat hadapi segala situasi. Aku tahu Allah swt sentiasa memudahkan urusan hidup aku dan akhirkan semuanya dengan kebaikan.
Aku tahu, suatu masa nanti ... dorang akan faham aku, sikap aku, kehendak aku, walau mungkin bila dorang faham ketika itu, aku dah takda kat dunia ini. Siapa tahukan?
"saya bukan pengganti sesiapa ... saya adalah saya, jadi terima saya sebagaimana diri saya yg sebenarnya ...!" |
CK : Aku sayang semua orang, aku bersyukur Allah swt bagi aku peluang untuk jalani kehidupan baru nanti.
Posted by
Cik Puan Kocik
Posted by
Cik Puan Kocik
at
1:44 PM
3 comments:
Label Suka Suki
Aku Sedih,
Doa Mohon Kemudahan Dalam Segala Urusan,
Luahan Hati
Monday, August 19, 2013
KENAPA PEREMPUAN, SELEPAS KAHWIN AKAN BERISI?
Assalamualaikum ...
Isteri : Kenapa perempuan, selepas kahwin akan berisi?
Suami : Biasalah perkara macam tu, Saidatina Aisyah RA pun selepas kahwin semakin berisi. (Dari hadith yang diceritakan oleh Saidatina Aisyah RA, diawal perkahwinan dengan Rasulullah SAW mereka berlumba lari, Saidatina Aisyah RA menang. Selepas beberapa ketika usia perkahwinan, Rasulullah SAW mengajak isterinya untuk berlumba lari dan berjaya mengalahkan isterinya. Lalu Saidatina Aisyah RA menceritakan bahawa ketika itu beliau sudah berisi.)
Nampak 'hikmahnya'.
1. Suami tidak meletakkan isu wanita hamil atau bersalin dan menyusukan anak sebagai alasan isteri menjadi gemuk kerana Saidatina Aisyah RA tidak memiliki zuriat (tidak hamil atau menyusukan anak).
2. Suami memandang kecantikan seorang isteri bukan pada fizikal, tetapi disebalik yang tersembunyi iaitu kecantikan dalaman seperti sifat keibuan, penyabar, penyayang dan santun dengan keluarga.
3. Seorang suami apabila melihat keindahan akhlaq seorang isteri, akan melihat nur di wajah isterinya yang mana akan mencantikkan wajah isteri dengan sendirinya. Kerana rupa yang cantik tidak menjanjikan akhlaq yang cantik namun akhlaq yang indah insyaAllah akan membiaskan nur di wajah isteri.
[sumber dari sini <----]
Bagi aku, berisi atau tidak itu bukan persoalan dalam mencipta bahagia dalam rumahtangga asalkan setiap orang menerima seadanya pasangan masing-masing dengan penuh rasa syukur, In Shaa Allah rumahtangga akan rukun damai. Kalau kau kurus, langsing ... muka cun, putih melepak tapi pemalas nak mam***, nak masak tak tahu, basuh baju malas, rumah bersepah ... harap jaga muke ngan badan je memanjang ... suami pun give up! Tapi kalau kau cantik plus rajin melampau ... kira bonuslah tu.
Kalau tak cantik mana pun, tak yahlah risau sangat. Bagi aku bukan semua lelaki memandang fizikal dan luaran. Ada juga saki baki lelaki yang tahu hargai keluhuran dan keikhlasan hati wanita yang sanggup susah payah dalam jalani kehidupan bersama. Kadang lelaki nie, dapat wife punyalah baik ... jaga dia cukup sempurna tapi maybe gemuk sket ajelah, terus nak cari lain. Sekali bila dapat yang lawo ... apa pun tak bleh, tak perfecto cam isteri sebelumnya! Kan dah nyesal tinggalkan isteri yang baik. Aku juga perasan lelaki nie kadang masa dia mude hensem bergaya je sibuk ngayat perempuan lain, tapi bila dia dah tua ... tak larat dah itu ini, dia akan balik kepada isteri yang boleh menjaga dia. Apsal dia tak patah balik kat binis dia yang lawo tu? Sorry lelaki, aku tulis berdasarkan kenyataan depan mate.
Berisi atau tak ... hargailah pasangan kita. Kalau dia berusaha menjaga kita dengan baik, sempurna ... kenapa kita tidak menjaga dia dengan baik dan sempurna juga? Ingatlah pasangan yang baik itu adalah anugerah Allah swt yang tidak terhingga nilainye. Sekali kita abai, perginye mungkin tak kembali lagi. Tak ke menyesal nanti.
Eh, fikir sendirilah kan ....
CK : Emo plak ....
Posted by
Cik Puan Kocik
Posted by
Cik Puan Kocik
at
8:00 AM
4 comments:
Label Suka Suki
Facebook,
Isteri Solehah,
Perkahwinan,
Rasulallah SAW,
Saidatina Aisyah RA,
Sharing is Caring
Subscribe to:
Posts (Atom)