Monday, December 5, 2011

2012 Penuh Kejutan, Hinggakan Ada Yang Semakin Semput Dan Sesak Nafas!

Assalamualaikum ...




Kejutan! Memang ada kejutan yang dinantikan oleh semua penjawat Kerajaan tahun depan, 2012. Semua kecoh pasal SSBPA (Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam) yang akan bermula Januari 2012. Yang hebat dikecohkan sangat adalah tentang skim gaji baru. Dengar kata ada kenaikan?? Masing-masing sibuk mengira gaji ura-ura yang baru. Nak gelak pun ada. Tapi aku tumpang dengar. Nak komen?? Jawab aku tunggu sahaja pengumuman rasmi.


2012 penuh kejutan buat penjawat awam, termasuk aku yang berada di agensi. Tempias juga kalau ada khabar indah diumumkan. Cuma, tak perlu nak dikecohkan sangat. Tak perlu ada andaian dan spekulasi sana sini. Tak perlu! Kerja macam biasa dan jangan bawa khabar angin apa-apa. Tunggu sahaja pekeliling yang akan dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tidak lama lagi.


Kenapa mesti mahu penat kepala memikirkan berapa jumlah kenaikan gaji?? Kenapa?? Itu kerja JPA, dia tahu apa yang dia buat. Jadi kita sebagai penjawat Kerajaan ... menerima. Jika banyak, Alhamdulillah ... boleh dikongsi beramai. Jika sedikit pun Alhamdulillah, ada juga kenaikan daripada tiada. Kerja macam biasa dan tingkatkan produktiviti. Jangan heboh sangat pasal kenaikan gaji sampai lupa tugas depan mata!


Tak perlu semput-semput ya, bila Pekeliling dah diumumkan ... kita terima baik dan buruk yang ada dengan hati terbuka. Harap ada berkatnya! Amin ...



Madah Pujangga : Kebijaksanaan menjanjikan kejayaan dan kebahagiaan tetapi jika disalahgunakan akan mewujudkan penderitaan.






CK : Aku tidak kenal siapa RARA ZIKRY, siapapun dia ... Al-Fatihah aku hadiahkan dan semoga rohnya ditempatkan di kalangan hamba-hambaNya yang beriman. Amin!


Pasal SSBPA, ada yang kecoh sampai lewat makan ... aku pula yang terpaksa tunggu dan akhirnya lapar! Aisssh ...

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!