Tuesday, December 6, 2011

Aku Yang Jadikan Hidup Ini Simple, Berlalu Ikut Masa

Assalamualaikum ...




Hidup ini indah. Dan ia juga amat simple and sangat ordinary untuk orang macam aku. Macam aku. Malas nak fikir lebih-lebih. Malas nak serabut. Malas nak lanjutkan hal remeh-temeh. Cuma kadang-kadang aku jadi terlebih cerewet. Terutama pasal kereta kotor dan tak dapat basuh sebab hari-hari hujan. Dan untuk itu hari-hari juga aku akan menyanyi soal kereta yang kotor. Itulah aku!


Aku sorang. Dan masih sorang. Cuma halnya aku tak ribut sangat macam orang lain. Tambah-tambah terfikir soal nikahkahwin. Kena sebut nikahkahwin. Sebab ia satu ikatan suci murni bagi mata hati aku. Sekali seumur hidup bagi manusia yang waras dan rasional tentang nikmat Allah yang satu nie! Nikahkahwin lebih dari satu, tapi nikmat kehidupan, keadilan, kebahagian dan ketenangan tiada. Buat apa? Takda nikmat hidup. Untuk lelakilah, sila waras dan rasional walau poligami dihalalkan Islam, tapi kena benar-benar berlandaskan hukum Allah. Bukan ikut suka dan ikut hukum sendiri!


Orang pelik tengok aku. Pelik yang dibuat-buat. Dan pelik kerana cuba menyibuk. Manusia macam nie, kalaulah daki boleh dikikis. Kalau kudis aku dah letak ubat biar mati sampai ke akar! Itu aku. Bab-bab menyibuk tepi kain orang memang aku tak berapa gemar. Dengar-dengar hal orang sekali sekala itu lumrah, sebab aku ada telinga. Tapi masuk ikut kiri keluar ikut kanan. Aku malas nak tahu kesudahan cerita orang .... busan! Tambah-tambah gossip office. Bodoh orang yang sibuk menyebar gossip dan scandal orang office. Letaklah diri kat tapak kaki! Jijik sangat.


Aku bukan mulia, tapi aku malas nak sesakkan kepala aku dengan masalah gossip dan scandal orang lain. Bukan sebab aku pun antara sebahagian yang menjadi bahan cerita. . Tapi hidup manusia ini ada batas, ada sempadan ... ada hak orang lain yang perlu kita hormat. Bukan kita hukum membabi buta! Hingga sekarang aku suka hidup yang simple dan berlalu ikut masa. Rasa nak buat, aku buat ... rasa tak perlu, aku tinggal! Lagi satu, aku nak ucap terima kasih kepada stalkers tak berbayar sebab panjang-panjangkan kisah cinta lama aku. Terharu. Lagi satu, encik/puan stalker ... kau dah tahu ke kisah baru aku dan dia?


Jangan fixedkan kepala dengan sesuatu perkara untuk jaminan ia kekal selamanya. Jangan! Sebab benda kat dunia ini .. yang bernyawa dan tidak bernyawa ... tak pernah dan tidak akan kekal! Jadi, hiduplah dengan ala kadar. Sesimple mungkin sehingga kau rasa tenang. Hingga kau rasa hidup ini sangat best!


Soal ketuhanan, soal kerohanian ... belajarlah cari sendiri dan amal. Dalam kau gelak ketawa ... kawan-kawan hanya dunia. Bekalan esok-esok tiada siapa yang akan tolong. Termasuk aku. Sebab aku nak tolong diri aku sendiri pun tak mampu. Sendiri fikir!


Tak semua benda yang kau kejar kat dunia ini boleh dibawa ke sana.


Sebab itu ... aku suka hidup simple ini. Biar sibuk jangan menyibuk. Biar tenang walau tak senang!

Peace!



Madah pujangga : “Kita mesti pastikan hari ini adalah milik kita kerana kita belum pasti adakah hari esok kita masih diberi peluang"





CK : Aku tak tahu apa yang aku merepek nie ... luah rasa aku di FB1. Ada yg tersirat di hati aku pasal manusia sekeliling. Aku kecewa dengan mereka, sepertimana mereka kadang2 kecewa dengan aku!!


No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!