Sunday, December 18, 2011

MUSIM ??

Assalamualaikum ...



Seminggu nie, walau aku asyik jelajah jalan, order dan makan, aku juga agak penat bekerja dan berfikir tentang macam-macam perkara tentang aku dan masa depan kami. Tambahan pula keadaan diri aku yang tidak sihat tanpa diketahui sebab. Tanda-tanda yang pelik bila batuk aku berterusan selama 3 minggu sejak aku tidak sihat tempoh hari. Balik kerja lewat setiap hari sejak seminggu lalu, buat aku jadi letih. Emosi aku jugak tidak berapa stabil dari biasa. Entah apa yang melemahkan diri aku di penghujung tahun 2011 ini?


Aku rasa amat tidak selesa dengan kesihatan aku ketika ini. Asyik batuk dan batuk. Malam tidak cukup tidur kerana aku perlu bangun untuk batuk! Bila aku meluahkan soal kesihatan pada mereka, ada yang cakap ia adalah MUSIM. Musim apa? Musim durian atau batuk-batuk berlarutan. Jangan musim bolasepak Piala Dunia sudahlah. Ada yang lambat masuk pejabat. Ada yang samakan aku seperti anak mereka pula, "anak saya pun batuk juga!". Aku ini anak kecilkah?


Sejak aku agak baik dari demam tempoh hari, ada tanda-tanda yang tidak kena dengan diri aku. Terutamanya soal batuk yang berlarutan (walau dah makan ubat) dan sakit tekak yang perit bila menjelang malam. Alahai mulalah aku fikir bukan-bukan sebab aku tak pernah lalui keadaan ini seumur hidup. Adakah ini ujian Tuhan untuk hamba yang lemah macam aku? Fikir positif semula.


Hinggakan kadang-kadang aku tak mampu jawab call dan malas bangun ambil hp untuk reply bila ada sms masuk. Lemah! Tapi, kadang aku memang dah tertidur. Macam mana nak jawab call atau sms.



Nasib baik mood aku masih pada blog ini. Kalau tak ..... memang musim abaikan bloglah jawabnya! 







CK : Kalau boleh aku ingin menyenangkan dan membantu semua pihak, tapi aku tak mampu. Yang aku tak mampu tolong tu, sorry! Jadi korang carilah yang mampu tolong pula ya.

3 comments:

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!