Hari dah petang. Ya, semua orang tahu waktu sekarang memang dah petang. Lantai-lantai ciptaan Maha Kuasa di Putrajaya baru sahaja dibasahi oleh hujan rahmat yang tidak selebat mana. Alhamdulillah.
Hari ini aku tidak rajin sangat bekerja, memang santai dalam ketawa. Usik sana sini. Happy kot! Sebab hari inikan semua penjawat awam dapat bonus 1/2 bulan gaji. Aku yang separa awam pun dapat bonus jugak. Alhamdulillah. Nak buat apa dengan bonus tu? Nanti-nantilah cerita.
Petang ini, MB ajak aku teman ke mesyuarat masyarakat kampung. Kampung selalu buat mesyuarat malam hari. Siang kebanyakan sibuk mencari rezeki. Mesyuarat untuk program kemasyakatan pada 26 Disember akan datang. Sehari selepas Krismas. Aku pula, malas!
Bila aku cakap malas nak ikut. Dia seakan monyok. Malam ini mesyuarat. Esok malam pun dia mesyuarat lagi dengan pihak BTN. Sehinggalah program itu selesai pada 26 Disember ini, barulah dia akan rehat. Tapi betul ke dia akan rehat? Rasa aku tidak, seakan dia bekerja siang malam kadang-kadang.
Bila aku merungut, dia cakap, "awak kena terima saya macam ini, saya berkhidmat untuk masyarakat!". Huu, ye aku tahu. Pilihan di tangan aku. Aku yang terima maka aku harus menerima dia bukan untuk aku sebagai kawan, teman dan sahabat malah dia juga untuk masyarakat.
Kalau aku cakap pada dia macam ini, "awak juga harus terima saya, sebab kadang-kadang saya malas untuk ikut sama". Sesuai tak aku cakap macam itu? Adakah dia akan monyok macam tikus mondok??
Ha ha ha ha .....
CK : Oke ... jom balik
x nk blanje notami ke dpt bonus stengah gaji! hehe..
ReplyDelete@Notami ha ha ha ha ha
ReplyDelete