Friday, December 23, 2011

CURANG

Assalamualaikum ...



Aku tak rasa berbaloi kalau kita menjadi manusia yang curang kepada pasangan. Entah kenapa aku nak up entry sebegini. Soal perasaan. Soal kasih sayang. Pengalaman. Kecurangan antara perkara paling ngeri yang aku minta jauhkan tapi aku dapat juga suatu waktu dulu sebagai pengalaman. 


Pengalaman aku, tapi aku rasa segalanya telah dibalas Tuhan. Setahu aku, sesiapa yang melukai hati dan perasaan aku pasti Tuhan membalas bukan aku. Kot? Aku tidak berdoa untuk mereka dibalas, tapi mungkin doa kebaikan  orang teraniaya dimakbulkan Tuhan Yang Maha Esa!


Tak perlu fikir soal doa, sekarang Tuhan bayar "cash". Hari ini kau curang pada kekasih kau, esok lusa kekasih yang kau kejar-kejar sangat akan curang dan tinggalkan kau. Balasan juga, bukan??


Jujur aku cakap dari dulu, aku memang benci manusia curang tak kira dia lelaki atau perempuan. Rasa macam pasangan curang patut sahaja dihempuk kepala dengan batu besar. Semoga dia faham, kita ini setia dan mengasihi diri dia. Tapi, tak berbaloi pun nak hempuk macam itu. Doa agar dia dibuka jalan kebaikan aku rasa kaedah paling selamat bagi kedua-dua pihak.


Paling aku tak boleh terima bila lelaki curang dan pasangannya si perempuan pun curang juga. Dan begitulah sebaliknya. Alasan, "kalau dia boleh buat, kenapa saya tak boleh buat macam itu?"!. Serius aku jijik mendengar kata-kata sebegini. 


Hari ini, aku masih meneruskan doa aku, semoga Tuhan jauhkan aku daripada mendapat teman hidup yang curang serta lidah bercabang-cabang. Sini dilayan, sana ditatang. Cukuplah pengalaman yang dah berlalu. Perit dan rasa bisa pun belum habis. 


Kalau korang nampak, pasangan korang menjawab panggilan telefon dalam keadaan menimbulkan perasaan syak wasangka .... hati-hatilah! Pengalaman mengajar aku tentang segalanya. Tiba-tiba bunyi handphone, si dia menjauhkan diri sebentar dari korang, selidik cepat berdasarkan fakta! 


Cuma bagi aku, si dia yang pernah curang .... kembali bertaubat dan benar-benar berubah!  Manusia jahat yang berubah menjadi baik, adalah lebih baik daripada manusia baik berubah menjadi jahat. Fikir-fikirkan sama ada untuk menerima semula atau tidak. Pilihan di tangan kita .


Untuk mereka yang sedang menjadi pasangan curang, silalah kembali ke pangkal jalan. Ingatlah sebelum insan yang menyayangi kita, yang berkorban untuk kita, yang menemani senyum ketawa dan duka kita .... hilang dari pandangan mata buat selamanya! Hargai sementara ada. Kenang bila tiada, tidak akan membawa erti apa-apa dan ia cara yang paling sia-sia.


Jangan bila dia sudah bukan dengan kita, baru kita ingin berkata, "aku rindu dia, dia baik .... dia memang faham aku!". Hentikanlah ..... dulu, siapa suruh curangkan ... kan ... kan ....


Bila seseorang menyayangi kita ... menjaga dan berkorban untuk kita, jagalah dia baik-baik, maruah dan dirinya! Sebab bukan semua orang akan dapat peluang kedua bila terlepas peluang terbaik yang pertama. 


Tak usahlah rasa ingin mengejar pelangi selepas hujan, indahnya sekejap ....  tapi, hilang dari pandangan mungkin lama. Tak perlulah rasa diri itu mempunyai saham yang tinggi ketika muda, semuanya tak kekal lama. Dunia ini sementara .... cinta manusia jua sementara tapi ia fitrah dan kesejatian dalam cinta itu tetap ada.


Kalau rasa ingin robek hati seseorang, usahlah mudah ucapkan rasa cinta dan sayang dan jauhkan untuk memberi harapan membina mahligai impian. Takut-takut kebencian yang datang memusnahkan segala kehidupan.


Hati-hati, cinta boleh menjadi wangi dan cinta juga boleh menjadi duri!


Peace!!







CK : Kelebihan yang Tuhan beri pada aku, hati aku boleh rasa dan terdetik bila mereka yang rapat dengan aku menipu atau tidak. Aku boleh rasa pasangan aku curang atau tidak .... kalau tiba-tiba muka aku rasa panas semacam, mesti ada benda yang tak kena telah dibuat oleh si dia. Dan selalu kata hati aku betul! Betul dengan bukti .... ngeh ngeh ngeh.

1 comment:

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!