Wednesday, December 14, 2011

Bila Aku Yang Bujang Kena ..... OT!

Assalamualaikum ...




Jam sekarang dah dekat pukul 9.50pm. Dah malam weh! Tak dapat aku layan tv dekat rumah. Tengah gigih siapkan notis dan lipat masuk sampul. Berpinar mata aku dengan nombor!! Macam inilah kerja aku setiap bulan. Orang bujang selalu jadi mangsakan! Kena dok melepek siap kerja di office. Sambil-sambil curi update blog.


Bila aku OT sampai malam macam ini, ada saja suara sumbangsih;


"mesti duit akak berkepuk-kepuk kan??!!".

"masyuuuuklah kak!!".

"bolehlah belanja makan, bila nak belanja nie??!"

"waaa ... OT, rajinnye .... banyaklah claim!!"



Tang banyak duit, tang claim hujung bulan aku semua hangpa nampakkan!! Tang aku buat kerja, bersengkang sampai tak larat angkat mata time nie, "ada ka hangpa nampak?? ada ka hangpa prihatin??". Dak kan??


Kalau kata duit aku berkepuk-kepuk, takdalah aku makan luar dekat gerai tepi jalan Pekan Dengkil tu. Takdalah aku cuma order kuewteow kungfu dengan ayaq suam ja! Duit ada ... cuma tak sebanyak mcm hangpa dok kata kat aku. Aku syukur apa .... rezeki aku!


Mentang-mentang yang OT nie orang bujang .... semua dok sangka aku banyak duit! Awat ... aku pi makan dekat kedai main order dengan ayaq liuq ja ka? TNB, TMNet dan Syabas sponsor perkhidmatan mereka dekat aku ka??


Nak habaq mai kat hangpa, aku pun manusia lagu hangpa juga walaupun bujang ............."ada nafsu apa .... nafsu nak berbelanja!!"



Pukul 10pm dah, aku nak balik jap lagi ... esok pulak sambung. Lambat balik kot esok mai dok lena kat office tak guna juga!






CK : Ish ... penat sungguh hari nie!! Terima kasih Tuhan .... aku larat lagi nie

2 comments:

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!