Entry petang tadi aku dah cerita yang last week aku dapat 2 rezeki. Dibelanja makan oleh kawan-kawan MB. Belanja yang pertama dekat Selera Putra, Putrajaya dan yang kedua ini jauh sikit. Kami makan ikan bakar di Medan Ikan Bakar Majlis Perbandaran Port Dickson. Kawan-kawan dia cakap, Medan Ikan Bakar MPPD nie baru dibuka. Kalau tengok dari keadaan macam baru buka la ...
Jom kita layan dulu apa menu yang kami order. Lepas tu aku akan beri penilaian berdasarkan rasa dan kenikmatan aku tu bagaimana. Bila dah dibelanja orang ... of course rasa syukur Alhamdulillah. But ini adalah penilaian aku yang jujur dari hati rasanya.
Medan ikan bakar. Tapi kami tak makan yang dekat sini. Masa pergi ... tutup. So, kami makan dekat gerai makan mula-mula masuk sebelah kiri. Gerai No. 1 dan 2, tauke yang sama.
Dorang start pilih ikan. Aku tengok je. Tengok ikan yang memang segar dan besar-besar. Time nie dan-dan perut aku rasa macam lapar. Teruja kot tengok ikan kerapu, siakap, pari, udang .... dan macam-macam seafood yang ada.
Kakak nie gigih ambil order. Dorang pula gigih pilih ikan. Masa pilih ikan semua yang ada, MB nampak ada pepahat. MB tanya semangkuk kecil pepahat RM10.00. Huuuu mahal beb!
Ini ikan besar punya. Ikan kerapu masak 3 rasa. Meh aku cerita pasal rasa dia ye. Ikan nie memang segar ada rasa kemanisan ikannye. Cuma dari segi masakan kurang kick. Macam tak cukup garam dan perasa je. Bukan aku sorang je cakap mcm tu, MB pun cakap perihal yang sama. Apapun kami suka rasa ikan yang segar tu. Yang sebelah ikan tu, masak kailan ikan masin. Rasa ... biasa je!
Ikan pari bakar diletakkan sambal. Ikan pari nie pun segar. Korang nampak macam putih tak masakkan? Sebenarnya masak secukupnya. Rasa dia sedap cuma sambal dia kurang kepedasan. Bila kurang pedas, maka kurang kick. Amboi lidah aku nie, asyik-asyik nak pedas aje. Dah jadi lidah masak lomak cili api je den raso!
Aku suka sotong sambal nie. Macam separuh masak tapi ok juga rasanya. Aku suka rasa daging sotong yang lembut tu. Tak kick sebab tak pedas. Dah namanya sambal .... kasi pedaslah! Aku rasa sotong nie, kalau bakar then letak sambal lagi sedap kot.
Semua menu yang kami order dan makan malam tu. Sotong masak sambal, pepahat goreng sambal (aku tak makan, kalau makan nie mesti masuk ulang masuk toilet sebab alahan), ikan pari bakar, kerapu 3 rasa, kerang rebus dan kailan ikan masin. Banyak tul makan ...Total makan untuk 5 orang RM120.00++. MB cakap murah ..... dari H.M Bagan Lalang!! Kat HM walau mahal, tapi sedap ... 5 bintang!!
Dah habis bab makan, kita tinjau tempat sikit. Baru buka, tapi kepala sinki dah rosak. Gerai makan ini agak kurang kemas.
Kami makan dekat gerai no. 1 dan 2, Samudra Ikan Bakar kepunyaan Hj. Fared b. Hj Masrom. Kat bawah papan tanda tu ada tulis "Kebersihan Keutamaan Kami", tapi aku tengok kebersihanlah yang kurang kat gerai nie. Taklah teruk sangat, tapi kuranglah sikit.
Kalau taukey gerai nie baca, sila pastikan kebersihan terjaga. Susun atur meja dengan kemas. Janganlah biar pinggan mangkuk gelas yang kotor berlonggok banyak sangat. Tahu customer ramai, tapi kebersihan dan kekemasan itu penting. Bab rasa kena upgrade lagi. Aku bagi 3 bintang je kot ... !
Lagi satu aku tak puashati, pasal budak perempuan yang lap meja tu. Lap meja macam nak marah-marah, main campak je kain dalam bekas. Lap pun macam terpaksa. Pastu bila aku pandang .... cam toya mat amin tengok aku. Apahal?????
Makluman : Untuk edisi jom, order dan makan ... segala rasa, kesedapan dan ketidaksedapan adalah bergantung kepada citarasa lidah dan tekak saya. Jadi setiap penilaian berkenaan adalah apa yang saya rasai dan nikmati sahaja! Jika korang pergi mencuba dan rasai yang sebaliknya ....terpulang kepada lidah masing-masing. Harap maklum!
CK : Layan cerekarama Bertaut Kasih yang sangat tak best pelakonnya. Keras macam kayu berlakon. Jalan cerita dah ok ....
memang menyelerakan tenguk ikan bakar ini
ReplyDeleteAkak yg memang asal dari PD dan tinggal di PD pun x pergi tempat tu... Orang PD kata : Nothing to shout about....
ReplyDeleteLebih rela makan di Umbai, Melaka.
salam...
ReplyDeleteTerima kasih untuk maklumat saudari. insyaallah segala kelemahan akan saya perbaiki. terima kasih
-Hj Fared Masrom
@eeyet Salam Tuan Haji, terima kasih berkunjung ke blog saya.
ReplyDeleteKesegaran bahan mentah memang dipuji segar. Apa yang saya tulis adalah apa yang saya dan kawan2 alami di tempat makan tuan. Terima kasih kerana menerima teguran ini. Sy harap tuan akan perbaikinya lagi pada masa akan datang.
Selamat maju jaya.