Saturday, December 24, 2011

KERETA COMEL KENA PECAH

Assalamualaikum ...





Petang tadi, aku ada buat entry yang aku tak cukup tidur malah bersedih pasal MB. Sedih pasal MB bukan bermakna dia sakitkan hati aku. Kalau dia buat aku sakit hati pun, memang aku buat dunno dengan dia. Nasiblahkan!


Semalam MB bernasib kurang baik sikit. Kereta comel dia aka kereta kesayangan kami kena pecah! Masa tu MB tengah mesyuarat pasal program futsal yang akan berlangsung esok katanya. So, memang tengah buat persiapan. Habis meeting hampir jam 10pm. Ketika itu hujan renyai. Masa turun dari tempat bermesyuarat, MB dan kawan-kawan terpandang sebuah MPV kena pecah. Laptop dalam MPV berkenaan telah dikebas orang. Siotlah penyamun nie!!


MB terus pergi check kereta dia, memang tak bernasib baik juga sebab kereta dia pun kena pecah! Huk huk. Cermin belakang telah dipecahkan. Nasib baik semalam MB tak bawa laptop. Selalu dia bawa balik laptop. Dan semalam nasib baik aku tidak ikut dia pergi meeting. Masa nak pergi, dia dah call ajak aku sama. Sebab lepas tu plan nak ke Tesco beli barang dapur. But aku tolak pelawaan berkenaan sebab aku agak penat baru balik kerja. Walaupun dalam hati nak ikut sangat! Aku bajet kalau aku pergi, aku nak baring je dalam kereta sementara dia habis meeting. Kalau aku pergi sama semalam, tak tahu apa pulak yang jadi dekat aku .... kan kan!


Nasib baik ada CCTV, so memang nampaklah penyamun yang pecah 2 buah kenderaan termasuk kereta MB. Mula-mula penyamun tu, pecahkan cermin kereta MB dulu. Masa tu hujan renyai. Then dia buka pintu belakang ambil beg. Beg tu dia bawa masuk dalam kereta dia dan geledah cari barang berharga. Mungkin tak ada apa dalam beg baju MB maka penyamun tu campak balik beg berkenaan dalam kereta MB. Kemudian baru dia pecahkan cermin kereta MPV pula .... penyamun tu dapat laptop dan barang2 lain yang berharga. Kata MB owner MPV tu kerugian RM7K!

Bila MB check balik beg dia semasa buat report di Balai Polis Seremban 2, external hard disk  (EHD) hilang!!! Wah .... aku pula rasa nak nangis. Dalam tu ada macam-macam dokumen penting termasuk gambar. Lebur sudah! Harap-harap tak jadi apa-apalah dengan dokumen dan gambar-gambar tu. Risau juga aku. Nasib baik penyamun tarbus tu tak ambil kunci pendua kereta yang ada dalam beg baju berkenaan.



Bila musibah nie terjadi, lepas ini kami dan anda juga perlu lebih berhati-hati. Malang tidak berbau. Menurut kata MB, penyamun nie dia main pecahkan cermin je pastu baru geledah kenderaan. Nasihat dia, jangan tinggalkan barang-barang berharga dalam kenderaan. Kalau nak letak beg, letak siap-siap dekat bonet belakang. 


Kalau boleh jangan sampai kat satu-satu destinasi baru nak alihkan beg ke bonet, kadang-kadang kita tak tahu penyamun2 nie dah aim kita. Sebaiknya, jangan beg atau apa sahaja yang boleh menarik perhatian penyamun di seat dalam kenderaan. Risiko lebih tinggi. Katanya lagi, penyamun tu memang tak buka pun bonet belakang.


Malam tadi, setiap masa MB call dan update aku. Dari mula dia tahu kereta kena pecah, sampai ke Balai Polis dan balik rumah. Sudahnya 3am baru aku dapat tidur!



Setelah semua ini jadi, kenalah muhasabah diri. Aku cakap kat MB, "mungkin ada kesilapan dan kelalaian yang kita lakukan pada DIA (Maha Pencipta) .... dan ini adalah satu peringatan kecil buat kita!"


Aku sedih pasal EHD tu, begitu juga dengan dia but Alhamdulillah .... Allah masih selamatkan dia dari sesuatu yang buruk berlaku.





CK : Setiap yang berlaku mesti ada sebab di sebaliknya! Hati kecil aku sentiasa berharap dapat balik EHD tu ...

1 comment:

  1. Lain kali suruh MB hati-hati ye, kak. Nasib akak tak ikut sekali.

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!