Asal hujung tahun mesti aku pening. Banyak kerja nak kena settle. Banyak laporan nak kena compile. Banyak karenah orang aku nak layan. Tak termasuk lagi pening nak isi borang Laporan Nilaian Prestasi Tahunan.
Lagi pening, akhir-akhir ini aku asyik batuk dan mengantuk time kerja. Bahana hujung tahun juga nie. Hujung tahun juga aku nak kena fikir .... tahun depan apa yang aku perlu buat untuk jadi lebih baik, atau mahus jadi sebaliknya. Sebab dah hujung tahun juga, aku akan susun jadual cuti aku. Macam itulah tiap-tiap tahun, aku akan susun cuti. Cuti rehat dan pergi bercuti. Malangnya, aku tak dapat tiket pergi Kota Kinabalu yang murah masa Airasia buat promosi RM0.10! Hujung tahun jugalah Airasia buat promosi yang aku asik tersangku dekat waiting room. Alahai ....
Bila hujung tahun, macam-macam perasaan yang wujud di hati remaja purba macam aku, tahun depan dah bertambah satu angka, aku relaks juga, tapi orang lain ..."eh! bila nak makan nasi minyak!". Alahai rasa traumanya nak melangkah kaki ke tahun depan. Aku kakukan kaki sekalipun, masa berganjak seperti biasa! ha ha ha.
Dalam kepala aku, tahun depan dah mula pelaksanaan SBPA .... aku sedikit stress dan trauma, percaya tak aku mimpi pasal SBPA nie!! Kacau tidur betul ..... orang lain sibuk senyum pasal kenaikan gaji, tapi aku fikir lebih daripada tu! Khatam pekeliling yang beratus muka surat tu, jangan dok tengok tang gaji sahaja!
Kepala aku pening, nak letak kat bantal sekejap .... barang 15 minit! Sambil fikir .... 2 minggu lagi nak masuk 2012. Alahai .....
CK : Hujan rahmat turun di Putrajaya ....sekejap sangat!
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)
MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!