Sunday, December 4, 2011

Tanggalkan Ajelah! Semak ....

Assalamualaikum ...




Putrajaya hujan. Sepatutnya sejuk. Tapi aku panas. Panas dan berangin sekali. Memang bab yang satu nie buat aku jadi panas. Sabaq sesungguh sabaq. Tapi malam nie macam dah hilang pula kesabaran aku. Hilang sabaq dengan pemandu di kawasan Putrajaya nie, aku cakap pasal pemandu di sini sahaja sebab hari-hari aku hadap benda yang sama.



Semua kenderaan ada lampu signal kiri dan kanan. Kenderaan besar. Kenderaan cantik. Kenderaan mahal. Tapi malangnya pemandu kenderaan tak pandai guna lampu signal kiri dan kanan! Rasa nak belok sesedap rasa ... main belok je tanpa bagi signal! Geram ... bayangkan kita yang membontot dia, kemudian kita bagi signal nak potong tiba-tiba dia belok ke kanan. Boleh accidentkan??
 
 
Setiap pagi macam itulah, bawa kenderaan laju-laju. Masuk simpang ikut suka. Belok tak bagi signal. Memang buat hati sejuk pagi-pagi jadi panas! Aku tak tahu kenapa pemandu malas sangat nak bagi signal kiri kanan. Bukan susah pun. Payah sangat ke??


Pesanan aku, pleaselah memandu dengan berhemah. Kalau nak belok, bagilah signal. Supaya tak susahkan orang lain dengan accident. Jangan kerana kebodohan anda dan sikap tidak prihatin itu menyebabkan orang lain kehilangan nyawa. Tak sanggup!


Tak guna kalau pakai kenderaan besar ... mahal dan cantik pula tu, tapi yang memandunya macam tak berakal sebab tak pandai guna lampu signal kiri kanan. Kalau tak pandai guna lampu signal kiri kanan tu, sila tanggalkan. Buat semak aje sebab ia bukan barang hiasan. Jadi fikir-fikirkanlah ye apa  yang aku tulis nie. Ada sebab aku tulis ...





Madah Pujangga : Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung kepadanya






CK : Pergi Shell Presint 8 tadi pun aku jumpa kes yg sama .... belok tak bagi lampu signal! Haish ...

2 comments:

  1. ah ha! betul.patut bagi signal.even nak curi lane orang pun kena bagi signal.ada certain tu malas nak bagi signal.pakai main redah je.ntah hape hape.accident kang baru tau

    ReplyDelete
  2. @[z@ck] belum accident sebab tu la dia tak guna signal...sekali kena baru dia tahu

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!