Sejak aku ditukarkan ke department sekarang, nombor adalah rakan karib aku. Hari-hari tengok. Hari-hari pandang. Tapi, aku belum jatuh cinta! Aku pelik. Kenapa susah sangat nak jatuh cinta pada nombor sedangkan, hari-hari aku belai dan belek dia!
Nombor-nombor ini kadang buat aku pening kepala. Bukan sedikit pening. Tapi banyak! Kadang, sebab nombor-nombor ini aku dimarah orang, termasuk boss aku sendiri. Tersalah key in. Dan selalu aku dapat perbetulkan kesilapan. Terlalu banyak sampai tak terhafal dan silap bila aku mula pening dengan kehadiran nombor yang belum wujud rasa kasih sayang dalam diri. Mungkin sebab itu, asal kira sahaja pasti ada yang salah.
Kalau aku bukan di department sekarang pun, nombor dan aku tetap tidak dapat dipisahkan! Sebab gaji aku tiap-tiap bulan adalah dalam bentuk nombor. Selain itu, nombor handphone aku pun nombor juga .... dan aku juga suka baca nombor plat kenderaan.
Jadi, macam mana aku nak berpisah dengan nombor kalau macam inilah gayanya???
Tapi, aku tidak main nombor ekor ye ..... haram!!
CK : Aku suka nombor enam (6) dan sembilan (9)!
Nombor tak sayang adik, adik pun tak sayang nombor. hahaha! Suka number 3 dan 4.
ReplyDelete@Raisya Haris hahahaha kesian kat nombor
ReplyDelete