Petang tadi, lepas kerja aku dengan MB pergi cuci kereta. Kereta si MB. Dia cakap kereta dia dah lama tak mandi. So, aku willing untuk teman. Lepas Maghrib baru gerak dari office. Aku ajak dia pergi cuci kereta dekat Serdang, carwash selepas Petronas pertama. Kebetulan hari ini ada pasar malam dekat Serdang, so alang-alang baik ke sana terus. Habis basuh kereta boleh shopping sayur mayur kat pasar malam pula. Itu plan akulah!
Bila sampai ke carwash bawah pencawang elektrik, ada 2 buah kereta tengah dibasuh dan 3 buah lagi sedang dilap. So, bila sampai turn kami terus MB drive kereta ke bawah parking berbumbung. Selesai basuh tunggu turn untuk dilap. Aku pula yang asal duduk, terus bangun untuk tengok kereta MB dilap. Aku kan spesis cerewet, kot ada yang kotor ke senang nak suruh macha tu lap berkali-kali.
Masa MB drive ke tempat yang dilap, aku dah terconggok kat situ sambil pandang seorang perempuan muda dari aku sedang bertekak-tekak dengan 2-3 orang macha yang cuci kereta. Kat situ adalah dalam 10 orang lelaki India yang cuci/lap kereta. Aku buat tak kisah ajalah sebab aku tak berapa nak dengar biji butir apa yang perempuan tu cakap. Tapi aku perasan perempuan tu ada pegang something! Muka dia pun macam tak puas hati. Cakap pun marah-marah. Dah aku dengarlah dia sebut, "potong kaki!". Pelik aku ... apahallah pulak!!
Perempuan tu naik Proton Waja, terus masuk ke kereta. Dengan muka masam mencuka. Lama dia duduk dalam kereta sambil bercakap di telefon. Adalah dalam 10 minit. Lepas tu, macha 2 orang tu datang kat aku bagitahu tanpa ditanya, "pemegang pintu kereta dia patah, saya mau ganti ... minta dia datang esok mahu ganti baru, tapi dia tamau! Dia mau minta satu ratus sekarang juga!". Macha nie cakap memang baik dengan aku. Dia akui pekerja dia buat salah. Jadi dia mahu ganti pemegang pintu kereta tu sebagai tanda maaf.
Tapi perempuan waja nie tak nak! Dia nak dibayar RM100 masa tu juga. Macha tu bagitahu aku lagi, kalau dia nak cash ... dia boleh bagi RM50.00, dia tak kisah untuk potong gaji pekerja dia. RM100 tu memang tak logik katanya sebab kalau tukar pun pemegang pintu waja memang tak sampai RM100 pun. Memanglah aku tahu, sebab aku dah pernah tukar pemegang pintu macam tu. He he he.
Perempuan tu macam berlagak sikitlah, dah habis cakap kat telefon dia terus blah even macha tu nak settle down benda tu dengan baik. Macha tu bagitahu, perempuan nie nak buat report polis. Aku cuma senyum ajelah. Kemudian MB datang dah tanya macha tu, "apahal!". Macha tu pun explainlah balik benda yang sama dia cerita kat aku kepada MB.
Kebanyakan lelaki mesti tahu berapa harga barang kereta, MB pun cakap harga pemegang pintu waja memang tak sampai RM100 pun. Maybe that girl terdesak kot. Tapi bagi aku, tak perlu kot nak tunjuk hebat sangat tak kena tempat. Awak tu dahlah perempuan. Sorang pulak tu. Malam lagi. Kat situ semua pekerja carwash adalah lelaki India. 10 orang. Kalau diapa-apakan macam mana? Bukan nak buruk sangka ... tapi berhati-hati lebih baik. Lagi satu, kalau nak berdiscuss apapun jangan guna ugutan tak kena gaya. MB cakap, perempuan nie nak tunjuk hebat tak kena gaya dan tak kena tempat. Aku diam je, cakap lebih kang aku kena tazkirah. Tapi aku setuju dengan apa yang dia cakap tu.
Kalau aku lalui kejadian macam nie, macha tu dah offer nak ganti baru esoknya, baik datang esok aje dan bawa kawan sekali. Senang! Ini tak, orang dah nak ganti tak nak ... tapi dah blah boleh pula call macha tu balik minta RM50.00 dan suruh macha tu hantaq kat Petronas pulak. Alahai .... macam ini punya orang pun ada. Sampai macha tu geleng kepala! Masa orang tu offer kau jual mahal. Blah macam tu saja, lepas tu kau pula terhegeh-hegeh suruh hantar duit tu. Macam pelik pun ada.
Pesan aku kepada wanita-wanita di luar sana, jangan nak tunjuk hebat tak kena tempat! Satu lagi mulut tu jaga, jangan kerana mulut badan binasa. Kita tak tahu mungkin ada yang berdendam dengan kita.
Madah pujangga : Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan
CK : Tadi sempat makan nasi lemak tasik ... sedap sangat!
apa daaaaaaa... buat malu je..
ReplyDeletememang betul..pompuan sekarang berani tau.. tapi berani kekadang tak bertempat..emamng risau..asben saye selalu ingatkan saye..walau ape pon..kalau deal ngan orang lelaki..jangan terlampau berani sangat..bukan nak tunjuk takut..tapi kalau pompuan berani..lelaki lebih berani..!! jadi pikir2 kan lah..;p
ReplyDeletebtol tue tk bolehlah berani sgt ..skrg ini mcm2 boleh berlaku..tkut:(
ReplyDelete