Monday, December 5, 2011

Jalan, Order dan Makan : Restoran Laman Aiman @ Jalan Raja Abdullah, Kuala Lumpur

Assalamualaikum ...





Edisi JOM (jalan, order dan makan) kali ini aku akan bawa korang ke Jalan Raja Abdullah, Kuala Lumpur. Aku dan MB makan malam di situ minggu lepas. Saja nak cuba tempat makan baru bagi kami. Mulanya aku plan nak makan sup ayam kampung di Tomyam 3000. Tapi MB bagi cadangan agar cuba dekat restoran ini supaya lepas nie kalau ke KL ada banyak pilihan kedai makan! Mana tahu kot menu dan rasa di sini memikat hati!!




Kali ini aku bawa korang makan di Restoran Laman Aiman. Restoran luas. Makanan? Aku bagi 3 1/2 bintang daripada 5 bintang. Bagi tekak aku .... bolehlah! Jika nak dibandingkan dengan Tomyam 3000, kat sana lebih sedap!



Sampai dan duduk aje, kami diberi otak-otak. Aku tak berapa suka dengan rasa dia dan isi dalam yang agak lembik. Rasa agak kurang bagi aku. Kurang pedas jugak!


 Malam tu, kami order yang biasa-biasa sahaja. Nak order siakap ke ... kerapu ke ... risau takut tak sedap. Menu malam tu cuma sup tulang, telur dadar, ayam goreng kunyit dan kailan ikan masin.


Katanya ini sup tulang, tapi yang datang seakan sup daging. Harga RM6.00. Daging memang lembut  cuma rasa kuah sup dia agak pelik sikit. Ada manis-manis. Aku suka sup yang ada rasa masam-masam. Baru kick!!



Habis licin juga. MB cakap jangan membazir. Satu sebab dia rezeki. Dua sebab kita bayar. Aku makan tak seselera mana sebab sup tulang tu buat selera aku sentap! Rasa tak puas makan malam tu.



MB cakap, "tak payah datang lagi ke restoran nie, kita pangkah!". Tahu kenapa? Bukan sebab menu dia. Menu dia ok-ok lagi. Tapi dari segi layanan dia. Yang ambil order tu langsung tak pandai senyum, lepas tu macam poyo mat amin pulak. Serius semacam. Tanya itu tak ada ... tanya ini tak ada. Jawab pula dengan nada berlagak. Haish!! Geram aku.


Tapi aku tak pastilah bila korang pergi dapat layanan yang tip top! Cuma malam tu kami amat-amat rasa kecik hati dengan layanan yang sombong itu! Bukankah melayan pelanggan perlu dengan senyuman dan sikap ramah tamah??





Madah Pujangga : Anggaplah yang harapan akan kembali cerah.  Anggaplah yang doa anda akan terkabul dalam cara yang menakjubkan.  Kemarau hidup tidak berkekalan.  Hujan musim bunga akan kembali!








CK : Senyum tu kan sedekah, bila berniaga ... senyumlah kadang-kadang akan beri rezeki!! Bertambah rezeki kalau ramah tamah.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!