Tuesday, December 6, 2011

Penat Yang Dapat Langsung Aku Cuci Mata!

Assalamualaikum ...




Lepas keluar office petang tadi, aku memecut ke Alamanda. Gigih nak dapatkan balik no. hp lama ayah aku. Dulu aku beli no. hp maxis kat ayah aku punyalah mahal. Dekat RM100. Siap share duit lagi dengan adik. Sekali, hp ayah aku tercicir dalam bas ekspress Sri Maju masa balik Kedah Ahad baru nie. Kesian ayah sebab hp tu abang baru ja tukar sejam sebelum balik Kedah. Sekali, tercicir dalam bas.


Sampai Alamanda dalam jam 7.00pm, sekali sampai depan Maxis Centre.... dah tutup! Siap ada notis, "untuk tarikh 6 Disember 2011, Maxis Alamanda akan ditutup pada jam 7.00pm". Penat je tau! Aku nie gigih mengejar masa yang ada. Nasib baik tak drive kereta lelaju tadi. Akukan agak berhemah memandu. he he he.


Terus aku masuk Carrefour, aku dok survey TV LCD. Cari yang 32' je pun. Pandang sana pandang sini. Kejap Sony Bravia, kejap Sharp, kejap Toshiba .... kejap Phillips!! Cuma LG dan Samsung aje aku tak pandang. Aku tak berapa suka dua brand nie. he he he. Tapi kalau Samsung Galaxy Note ... aku amat suka!! Lepas pandang, aku dah ada keputusan, mungkin akan beli Sharp ataupun Sony Bravia. Tunggulah hujung bulan nie macam mana.


Lepas cuci mata dengan TV LCD, aku terus turun bawah dan beli pencuci lantai. Gerak pergi autopay dekat Modernmum, bayar parking dan terus balik. Sekarang ... aku tengah layan Cinta Elysa dekat TV3. Dahlah hari-hari tak dapat layan Tentang Dhia! Sedih la.


Betul ke Dhia mati kena bomoh oleh mak Zikir??? Cuba habaq mai kat aku .... sebab aku tak tengoklah!!




Madah pujangga : Daripada mengutuk kegelapan lebih baik ambil sebatang lilin untuk dinyalakan. daripada menyalahkan keadaan lebih baik melakukan sesuatu untuk memperbaiki keadaan!








CK : Tiba-tiba dia sms ... "rindu!". Hah ... dia buat dah. Baru tadi ja jumpa, baru pergi mesyuarat malam nie buat hati aku goyang sana sini. ha ha ha

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!