Friday, December 30, 2011

HARI TERAKHIRKU ....

Assalamualaikum ...




30 Disember 2011, esok dah 31 Disember 2011 ... tinggal sehari je lagi kita semua nak jejak ke tahun 2012! Bermakna, hari ini adalah hari terakhir aku untuk hari Jumaat di tahun 2011 dan hari terakhirku bekerja di tahun 2011. Terakhir ... terakhir.


2011, akan aku dan kita semua tinggalkan. Macam-macam yang telah dilalui sepanjang 365hari di tahun ini. Ada suka, duka, senyum, ketawa, pahit, tersentap, dosa, pahala, taubat dan sebagainya! Bermacam-macam peristiwa suka duka, pahit manis yang aku lalui, yang aku kecapi ... telah berlalu dan telah menjadi kenangan! Ada yang aku simpan di hati dan di ingatan. Dan ada yang aku ambil langkah untuk abaikan dan tinggalkan di tahun ini juga. Agar tidak membebankan hati, perasaan dan akal aku untuk lalui 2012 dan juga tahun-tahun yang akan datang. Chill ....


Tahun 2011, aku dinaikkan gaji kerana lulus peperiksaan PTK. Tahun 2011, aku banyak sentap dan makan hati dengan sikap ketua unit aku. Tahun 2011, aku banyak diam dan buat kerja aku sendiri dan berubah selepas ditegur oleh ketua bahagian kerana sering melawan cakap ketua unit (dah dia selalu buat hal, buat benda salah bajet betul! ingat aku kura-kura nak ikut cakap yang salah? silap oranglah!). Tahun 2011, aku makan angin ke Perak, Pulau Pinang dan Perlis sambil balik kampung di Kedah. Tahun 2011, aku dapat melancong ke Sarawak dengan MB dan geng aku. 


Tahun 2011, adik aku bertunang pada 1 September. Tahun 2011, abah MB meninggal dunia pada September, beberapa hari sebelum ulangtahun kelahiran aku. Tahun 2011, aku dapat hadiah oven untuk ulangtahun dari MB (Thanks ya!). Tahun 2011, aku dapat anak buah baru, Si Darish, Oktober 2011. Tahun 2011, setelah 75% berpuashati dengan SBPA, maka aku ambil keputusan untuk sign dan hantar opsyen SBPA pada 29 Disember 2011. Malas nak berfikir lagi pasal SBPA. Aku berserah!


Ini antara yang penting ... dan sentiasa segar dalam ingatan. Ada lagi benda lain yang tetap penting dan lagi segar dalam ingatan. Tapi, ia terlalu peribadi untuk diceritakan. Ada suke dan ada duka!


Pasal dunia blog, nantilah aku update. Ada banyak lagi nak sambung. Tunggu ye ...



Apapun Selamat Tahun Baru 2012!





CK : Tahun 2012 ... apa akan jadi?

5 comments:

  1. semoga tahun baru memberi lebih kebahagiaan & kejayaan

    ReplyDelete
  2. Semoga tahun 2012 membawa kegembiraan kepada akak CK. :)

    ReplyDelete
  3. @Raisya Haris Terima kasih dik ... untuk adik juga, selamat tahun baru ... semoga lebih baik dari tahun sebelumnya

    ReplyDelete
  4. sedar tak sedar dah ke hujung tahun kan?
    selamat tahun baru buat adik

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!