Sunday, December 11, 2011

Petang Petang Layan Goreng Pisang Panas Sedap Jugakkan!!

Assalamualaikum ...





Jangan marah sebab entry hari ini semua pasal makanan! Entry ke-3 pun makanan juga. Makan dan makan lepas tu gemuk dan gemuk. ha ha ha. Aku kat office nie, settlekan surat untuk client yang berhutang. Reti sewa tak reti bayar hutang. Menyampah! Nasib aku nie ada juga sekelumit kesabaran. Sekelumit bermakna aku  bukanlah sabar sangat ye anak-anak. he he he



Tadi aku mengantuk sangat, kerja tak siap, tapi mata memang tak boleh control mengantuk. Aku tidur sedas dekat meja kerja aku. Lepas bangun teringat goreng pisang! Baguihkan aku. Yelah petang petang macam ini layan goreng pisang sangatlah sedap!




Goreng pisang tanduk dan pisang apa ntah yang aku beli masa on da way balik dari Muadzam Shah. Singgah Kuala Pilah, beli pisang-pisang nie.


Kebetulan mak ayah aku datang Putrajaya, aku buat goreng pisang untuk minum petang. Memang layan sangat goreng pisang special yang ranggup nie. Lepas tu minum teh strawberry suam-suam panas! Perghhhh sedap weh! Anak mak and ayah dah pandai buat goreng pisangkan?? ha ha ha


Kalau jumpa orang jual pisang tanduk nie, aku nak beli lagi. Simpan bagi masak lembik sikit baru goreng! Memang sedap rasa manis-manis pisang dan campuran tepung rekaan aku nie merangupkan ia lagi. keh keh keh. Boleh masuk masterchefkah selepas nie?????


Rasa nak balik rumah sekarang juga!





CK : Kalau kat kampung mesti lagi layan.

3 comments:

  1. sedapnya. tadi cari pisang goreng kat kafe tapi takda..huhu. kena balik rumah ni..hee.

    ReplyDelete
  2. Pergh! Lapar tengok gmbr pisang goreng tuu :D

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!