Sedih hati seorang ibu Amira Atiqah!
Intro kurang kena mengena dengan tajuk. Aku masih lagi di pejabat. Baru selesai menyiapkan laporan bulanan dan masih ada lagi yang perlu disiapkan. Nanti-nantilah siapkan. Hati macam malas pun ada. Dan rasa stress sedikit akibat hasil membaca Saraan Baru Perkhidmatan Awam. Ok ... aku tidak mahu bercerita tentang SBPA, tetapi aku ingin meluahkan rasa sedih walaupun aku bukan seorang ibu.
Sedih hati seorang ibu kepada Amira Afiqah, seorang remaja yang telah menjadi mangsa penganiayaan cyber melalui blog [INI] yang bukan miliknya. Blog budakgigirabbit.blogspot.com bukan milik Amira Afiqah untuk makluman semua. Akibat "kekejaman cyber" oleh individu yang tidak bertanggungjawab, maka kes ini telah menjadi kes polis. Tahu apa kesnya? Mungkin ramai yang dah tahu. Blog gigirabbit diwujudkan oleh individu tidak bertanggungjawab dengan menggunakan nama Amira serta mencuri gambar dari facebook Amira. Satu entry berkaitan menghina Kpop dalam blog individu tidak bertanggungjawab itu, menyebabkan Amira dicaci, dimaki, diugut dan sebagainya yang seangkatan dengannya! Untuk pengetahuan semua, aku sendiri tidak kenal dan tidak tahu Kpop ini siapa? Sampaikan pengomen-pengomen yang terlalu taksub dengan Kpop ini sanggup meninggalkan komen yang rasa tak sanggup aku nak baca!
Taksub terlampau mereka dengan Kpop sehingga caci maki dan ugut Amira!! Mana letaknya akal dalam memberi komen pada orang lain. Ikut emosi semuanya. Minta maaf, kebanyakan yang memberi komen dengan kata-kata buruk adalah ... R.E.M.A.J.A dan kebanyakanya adalah M.E.L.A.Y,U! Maaf ya ..... mana budi bahasa kita?? Orang Melayu terkenal dengan sopan dan santun, ke mana hilangnya semua itu?
Ini kebanyakan komen mereka, aku print screen agar ia beri pengajaran kepada semua bloggers terutama remaja ... HATI-HATI BILA MEMBERI KOMEN, KELAK MAKAN DIRI SENDIRI!
sumber : www.hazrey.com |
Baca komen ini, aku tahu betapa sedihnya hati ibu Amira!! |
Tapi, masih ada bloggers yang baik hati memaklumkan bahawa blog gigirabbit itu bukan milik Amira. Dia telah dianiaya. Alhamdulillah, masih ada bloggers yang berhati insan!! Semoga Allah merahmati kalian .... Antara bloggers berhati insan .... aku dah siap printscreen aku tatapan dan pengajaran kita semua. Ambil iktibar!
Blogger ini memaklumkan gigirabbit itu adalah hacker. |
Aku rasa inilah pertama kali aku membuat komen mengenai sesuatu yang agak hot. Selalunya aku lebih senang diam. Mungkin aku ada naluri seorang ibu sekarang ini. Aku tahu tentang Amira Afiqah dari blog ini, "1 entri lebih 1700 komen .. wow!". Tak perlu perkenalkan penulis blog ini, rasanya satu Malaya dah tahu dan kenal dia. Semasa aku membuka blog gigirabbit, komen sudah sehingga 1850! Dan kebanyakan komen telah dibuang oleh pengomen. Mungkin takut diprint screen kata-kata keji mereka dan mungkin takut kerana kes ini telah menjadi kes polis!
Kemudian, aku buka blog pakcik kepada Amira di [SINI], aku tidak mahu ulas isi blog pakcik Amira, tapi komen dari ibu Amira buat aku menitis airmata. Ya-Allah betapa sedihnya hati seorang ibu apabila anak yang tidak bersalah dicaci maki, dihina dan diugut dengan bermacam-macam perkara hanya kerana Kpop!! Siapa Kpop ... ? Dan apa yang hebat sangat??
Biar undang-undang menentukan, sebab dah jadi kes polis. Banyak bersabar wahai ibu amira dan amira! Semoga Allah lindungi kalian. |
Terlajak Perahu Boleh Diundur, Terlajak Kata…….TIDAK TERKATA-KATA DIBUATNYA.- Ada benarnya kata-kata ibu Amira!! |
Kpop itu siapa?? Dan kanan adalah gambar Amira Afiqah yang dicuri dari Facebooknya |
Hanya kerana Kpop, masing-masing hilang pertimbangan. Masing-masing mengeluarkan kata-kata dengan emosi. Jadi sesiapa yang meluahkan tanpa berfikir, maka tanggunglah akibatnya. Soal Kpop, kita sanggup memaki hamun sesama agama dan sebangsa. Apa hebat sangat? Sampaikan hati seorang ibu terluka dan seorang anak berada dalam keadaan trauma. Kita tidak taksub kepada apa yang sepatutnya kita taksub!
Jenguklah blog gigirabbit ... bacalah komen yang amat "menyayat hati!" seorang ibu ... dah aku yang bukan seorang ibu!!
Tak terkata aku bila membaca komen sebanyak 1850 itu!! Kita tunggu kebenarannya!!
Siapa kita untuk menghukum, mencaci dan menghina orang lain sedangkan kita sendiri tidak tahu kebenarannya!! Tentang Nabi Muhammad s.a.w yang menjadi junjungan umat Islam sedunia tidak pula kita taksub, kenapa?????????????????????????????????
Pesanan untuk ibubapa, pantaulah anak anda semasa mereka menggunakan capaian internet! Risau kalau mereka adalah bloggers yang turut memberikan komen yang memakan diri sendiri!! Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata ..... buruk padahnya!!
CK : Kita mudah menghukum dan yang lain pula mudah mengikut tanpa berfikir!!!!!
ich tu lah yg takut skrg ni kan.org boleh salah gunakan gambar kita.hati2 lah kan.
ReplyDeleteade jugak singgah blog hot stuff tu..agak berapi komen2 kt situ..sy pon pelik jgk nape la fan k-pop ni terlalu obses sgt -,-
ReplyDeletesy pon minat jgk k-pop ni tp xde la seobses dorg ni
slalu dgr pasal buli siber tapi tak tau camner rupanya...
ReplyDeletetapi sekali dapat tau mcm ni rupanya...kesian si amira..name same pulak tu dengan yg menaip ni..
Saya peminat K-POP gak tp serius tak caya smpai tahap cmni perangai fanatik/obses fans K-POP...and know what?? Yg obses melampau K-POP ni 98% perempuan,sorry to said laaa....
ReplyDelete..rasanya ni kes dendam or aniaya....ada org dendam dgn budak perempuan tu maybe??? ntah laaa....
akhir zaman~fitnah sana sini
ReplyDeletenauzubillahiminzalik,.,semoga amira afiqah tabah ngn dugaan ni
@rara pinkmafia Itulah pasal dik, hati2 letak gambar kt lama sosial nie
ReplyDelete@♥NuR SyAFiQah♥ Akak tak tahu pun pasal K-pop .... he he he
ReplyDelete@myra azraff Kesian dia teraniaya
ReplyDelete@Kuronofu91 Betul...akak setuju! Ramai remaja perempuan ... ermmm dan komen pula guna bahasa "cantik" lah sangat... nak salahkan siapa tu dengan bahasa mcm tu .. mak ayah? cikgu atau remaja tu sendiri???
ReplyDelete@tikin sama2 kita doa utk dia
ReplyDelete