Sunday, December 4, 2011

Jalan-Jalan KL [Part 1] : Menjakun Dengan KL Monorail

Assalamualaikum ...




Sabtu baru nie, aku dan MB ke KL. Misi untuk bershopping di Sunway Putra Mall. Sambil tu, jalan-jalan cuci mata sekejap buat releasekan tension yang ada. Sampai KL agak awal pagi, belum lagi sesak. Memang rasa aman sangat. 


Aku dan lappy hitam!

Rajin pula aku bawa lappy. Sejak-sejak dah ada BB Maxis nie, aku dah pandai usung lappy sana sini. Biarpun agak berat. Nampak tu, lappy hitam dan beg baru yang MB belikan untuk aku minggu lepas. Bila terasa berat, mulalah aku rasa nak pakai Samsung Galaxy Tab. ngeh ngeh. Lagipun, nak update pendek je dalam kereta sementara boleh gerak dalam jammed. Walaupun KL nie dekat saja, tapi bila sesak melanda ia akan jadi jauh. Kadang-kadang nak sampai satu-satu destinasi nak dituju tu terasa lama sangat!





Bila sampai KL, bab yang aku menjakun adalah bila tengok KL Monorail. Seingat aku baru sekali dapat naik monorail nie. Itupun masa abang bawa pergi Times Square mula-mula aku datang KL. Itu sekali ajelah. Lepas tu sampai sekarang, dah tak naik dah. Tak berapa ada kepentingan. Lainlah STAR LRT dan PUTRA LRT ... itu memang dah kerapkali.




Aku asyik-asyik snap gambar. Dari dalam kereta, dalam bangunan ... asal nampak monorail lalu aku snap. Orang pandang-pandang buat tak kisah je. Bajet macam pelancong sikit. he he he


Perhati betul-betul .... nampak penuhkan monorail nie??


Entah bila lagi aku dapat naik monorail. Bila aku tengok, sekali yang lalu semuanya penuh. Yang rasa ngeri ... senget semacam pula monorail nie. Kecut perut rasanya!


Kepala monorail! Monorail takda driverkan?? kan?? Aku tak surelah


Laju sangat. Sampai aku ada masanya tak sempat nak snap. Kena tunggu pula monorail lain lalu. Aku awal-awal lagi dah standby!



Siap ada iklan Berjaya Times Square. Berapalah Berjaya bayar untuk iklan nie?? Mesti mahal!!




Untuk sesapa yang teringin datang KL dan nak try naik monorail, kat sini aku paparkan laluan monorail. Ada juga orang KL dan berhampiran KL yang tak pernah naik monorailkan?? Bolehlah try naik monorail nie best ke tidak. Pengalaman aku naik dulu, macam seram sikit naik berbanding naik STAR dan PUTRA Lrt. Goyangan naik monorail nie lebih sebab laluan dia dekat atas.


Untuk info lanjut sila rujuk DI SINI!





Madah Pujangga : Kekayaan boleh mengaburkan jalan yang jujur!





CK : Ada lagi view KL yang aku snap .... tunggu nanti aku update!!

4 comments:

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!