Wednesday, December 14, 2011

Orang Malaysia???

Assalamualaikum ...




Semalam adik aku mengadu pasal Bantuan RM500 yang Kerajaan bagi pada mereka yang layak (rujuk syarat di borang BR1M) dan berpendapatan RM3,000 ke bawah! Memang ramai yang datang untuk dapatkan borang BR1M. Yelah, duit sape yang taknakkan? Orang gila pun tahu minta duit dekat orangkan? kan? 


Dia cakaplah ramai terlampau yang datang LHDN tempat dia kerja. Ramai sangat-sangat. Paling kesian pada warga emas (atau mas?) dan OKU (orang kelainan upaya). Dia cakap, orang kita nie, bila diberi bantuan makin mengada-ngada. Lepas tu macam-macam karenah. Semalam adik aku bagitahu dia tolong isikan borang pada OKU yang tiada tangan. Bila bantuan dihulurkan kepada yang layak, maka yang sihat dan tidak kelainan upaya nie mula mengada-ngada minta adik aku isikan borang mereka juga. Dah nak bagi senang nak senang lagikan??!


Agak-agaklah, adik aku tu bukan komputer. Yang datang pula dia cakap ... sihat-sihat belaka. Cukup tangan dan kaki. Tapi mengada-ngada bila tengok adik aku isi borang pada OKU. Aku tengok borang tu bukan main banyak nk kena isi. Kalau semua nak suruh adik aku isi, boleh hilang tangan pulak dia nanti. Dah geram sangat adik aku pun buat jeritlah pengumuman, dia hanya akan isi borang pada OKU yang tidak boleh menulis dan kepada mereka yang buta huruf sahaja!

Korang tahu apa jadi?? Ramai pula mengaku buta huruf (bagi yang cukup kaki tangan nie!) .... boleh camtu?? Dah sempurna mengaku sebaliknya!!


Lagi kelakar, orang yang pergi hantar borang cukai pendapatan boleh pulak  nak turun pi beratuq ambil borang BR1M sama! Kalau dah kena cukai sure pendapatan kau melebihi RM3,000 kan?? Dengan dressing ala mak datin .... wajar ke nak ambil bantuan RM500 tu??


Aku yang pendapatan tak sampai RM2K sebulan tak pun ambil borang tu. Aku dah tahu aku tak layak. So, bagilah pada mereka yang memang layak. Aku cuma ambil borang bagi pada kawan-kawan aku yang layak sahaja!! 


Jangan pula ada yang suruh aku minta, "bujang layaklah minta ...!". Tengoklah aku nie bujang kategori manakan? ha ha ha!!


Orang Malaysia .... suka pelik2 ---- pastu, tak muahasabah diri dulu sebelum pergi minta  bantuan. he he he





CK : Macam-macam hal!

8 comments:

  1. btol tue sis..
    ayah azie keje bhgan ini pun dia kene marah tak psl2 ..dh tue mcm2 komen pun ade..pelik tol diorg ini

    ReplyDelete
  2. Hmm i2 la pasal...saya pun dapat call dari sorg caller ni...b4 borang dikeluarkan lagi...xreti nk bersabar...then saya xplain lah bila keluar borang tu n di mana...pastu dengan nada marah caller tu mention dia harap bangunan opis tu runtuh...memang tak reti nk bersyukur...huhu macam2 ragam...

    ReplyDelete
  3. Susah. Bila kita tegur, pandang pesimistik. Kata kita tak patut tegur mereka kerana mereka sgt2 memerlukan bantuan tu. Walhal, mereka belum cukup kebulur pun sbnrnya.

    ReplyDelete
  4. @shaFazie memang pelik sgt...kita nk bgi pun nak berebut dan marah2

    ReplyDelete
  5. @Jia Nur Fizza looooor boleh plak doa2 yg buruk. erghhh makbul ke??? he he he

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!