Hari tu, aku ada cerita yang aku tak jadi beli TV LCD 32' (soooobs ... sedih juga) sebab abang bagi TV 21' dia dekat aku. Alhamdulillah. Puas fikir apa yang nak dibuat dengan duit yang ada, kalau aku simpan hujung tahun yang akan menginjak ke tahun baru. Esok lusa di tahun baru pastu aku ke bank semula ... cash out balik! ha ha ha.
Aku dah ambil pendekatan nak reward diri aku sendiri. Macam si Pizli tu. ha ha ha. Pizli, dah reward untuk diri sendiri ke? Aku plan untuk beli gadjet yang aku suka dan idam sekian lama, digital camera .... compact sahaja! DSLR tunggu Nuffnang bagi BE yang ratus-ratus dulu. Selari dengan minat aku yang suka sangat ambil gambar, aku rasa ini adalah keputusan yang bijak (bagi diri aku).
Selama ini asyik pakai kamera henpon cap ayam. Nak pinjam dari kawan-kawan selalu susahlah ... dorang pun nak pakai! Kalau pinjam selalu nanti orang menyampah pula .... erghhh selalu ke aku pinjam? Rasanya baru 2 kali kot, dari kawan aku dan adik aku. Itupun sebab ada event. Nak pakai kamera henpon cap ayam ... tak sesuai! Lagipun, aku mula rasa tak selesa nak meminjam barang orang nie, ...."kang mereka terpaksa cipta alasan bila tak boleh penuhi permintaan aku!". ha ha ha. Pernah berlaku. Abaikan!
Dipanjangkan cerita, mata aku dah shopping beberapa compact camera yang meruntun kalbu aku. Semestinya pilihan aku adalah Panasonic LUMIX! Model?? Meh sini aku nak share model Lumix yang aku berkenan. Kalau nak ikut hati semua berkenan, tapi aku lebih melihat kemampuan kewangan yang ada.
Model Lumix DMC-FH27. RUJUK SINI segala spesifikasi
HARGA RM899.00
Harga dah berpatutan, kalau pergi Fotokem Alamanda, agak-agak boleh diskaun tak? ha ha ha. Aku suka sebab ada HD Movie, smart touch, mega O.I.S dan yang penting ada macro zooooom. Menarik juga. Ambil yang ini ke??? he he he
Model Lumix DMC-TZ18. RUJUK SINI segala spesifikasi
Harga RM1,099.00
Dari segi harga masih mampu. Apapun keputusan belum dibuat. Spec?? 3.0 LCD, ada HD Movie recording, Power O.I.S, Leica?? (apa ye? untuk apa kegunaannye? aku belum study lagi nie), yang menariknye dia ada Lumix image uploader. Boleh terus upload masuk facebook kot ... he he he
Model Lumix DMC-TZ20. RUJUK SINI segala spesifikasi
Harga RM1,399.00
Harga dia macam buat aku senak sikit. Compact camera je pun. Rasa patut ke beli yang ini? he he he. Ada GPS function untuk foto dan movie, Lumix Image Uploader pun ada, 3D photo mode ....dan rujuk sendirilah spec tu. Banyak sangat. Tapi memang menarik juga .... tang harga je buat aku berdeham dehem nie!
Model Lumix DMC-DMCF78. RUJUK SINI segala spesifikasi
Harga RM1,299.00
Harga?? Senak juga tapi tak sesenak yang atas tulah. he he he. Spec yang ini pun menarik juga. Tapi buat aku fikir banyak kali. Malas dah nak cerita pasal spec dia. Korang rujuk sendiri ye.
Ini antara pilihan model yang aku suka. Tapi aku nak godek model Lumix yang lain pula, mana tahu kot ada harga yang lebih menjimatkan aku. Aku belum buat keputusan lagi. Atau mungkin bila aku fikir terbalik, aku cari yang lebih murah lagi. Aku bajet bawah RM1K. Biarlah kalah membeli menang memakai, kalau beli mahal dan dapat bertahan sampai 5 tahun .... rasanya untung kot!
Okeh dah nak start kerja, sudah-sudahlah bagi mata bershopping di internet!
CK : Lepask office dan layan blog sahaja aku hari nie, malas balik walau waktu lunch lama.
Saya pun suka kut ada HD Movie.. Boleh capture apa2..
ReplyDelete