Sunday, December 25, 2011

AKU DAN HOT CUP - HATI SEORANG KAKAK

Assalamualaikum ...



Hari ini cuti umum sempena Krismas. Seronoklah cuti. Abang dan family dah sampai A.Staq semalam. Aku? Macam biasa berada di Putrajaya dan kena kerja! Seronok jugakkan? Aku telah diarahkan untuk siapkan laporan hujung tahun. Baik boss, saya menurut perintah. Sebabnya awal tahun depan, maybe Januari or Februari aku nak cuti panjang. Boss, jangan tak luluskan cuti saya pula masa tu.


Hari ini aku bangun lebih awal dari semalam. Aku kemas dapur. Aku kemas bilik dengan kain baju yang belum berlipat. Serius berlonggok. Aku tak suka lipat baju, jadi bila baju dah siap dibasuh aku rasa amat leceh nak melipat. Jalan mudah, aku hang semuanya! Lebih-lebih lagi tu, longgok dalam bakul. Senang. Semudah ABC! Aku hanya lipat semua kain baju bila ... "I have to ....!". Aku lebih rela jadi tukang masak dari jadi tukang lipat baju. Sebab itu aku tak pernah ada cita-cita nak buka kedai dobi. 


Bila dah siap semua, adik aku bangun. Dia takda class sebab Krismas. Maybe lecture dia nak sambut or shopping sempena Krismas. Kata ada salekan? Bila dia takda class, hati aku sebagai kakak kadang terdetik  untuk makan apa yang dia masak But, "takde rasa ke dia nak buatkan breakfast?". Selalu aku masak, dan aku makan air tangan aku sendiri. Sometimes, nak juga rasa masakan orang lain terutama darah daging sendiri yang tinggal serumah. But, my lovelys sis lebih rela makan kerepek ubi kayu for breakfast then dia offer aku kerepek tu. Breakfast kerepek? Nope ...


So, aku decided datang kerja untuk finish my task. Dari makan hati. Because aku tahu, kalau aku kat rumah takda ada nak dibuat, melainkan masing-masing diam. Cukup time aku jugak kena masuk dapur, masak then  isi perut sendiri. Bila saat macam ini aku rindu masa duduk rumah sewa dulu. Aku dengan Jue selalu masak bersama bila weekend. Makan sama. Basuh dan kemas rumah sama-sama. Tengok tv dan baring depan tv sama-sama. Itulah aktiviti kami bila masing-masing takda program pada setiap kali weekend. Kami jarang makan dekat luar bila weekend. Serius aku suka sangat time indah macam itu. Kerjasama dan saling membantu!


Aku mandi, then siap untuk pergi kerja. Aku tengok my sis lagi awal siap untuk pergi ke rumah adik sulung aku dekat Presint 11. Aku tahu, aku bukan teman untuk bergossip. Tak macam yang sorang tu. Teman di kala gelak ketawa. Aku? Wujud bilamana sesuatu diperlukan ... mungkin! Bagi dia mungkin aku membosankan, beza umur yang banyak antara kami mungkin menyebabkan pemahaman kami tidak sealiran. Dan kerana itu, untuk buang perasaan jauh hati, aku yang lebih sanggup untuk bawa diri dan menyendiri. Buat hal aku, dan bersama dengan orang yang sudi temankan senyum, ketawa dan sedih aku. 


Aku pun dah tak banyak menegur apa yang dia buat. Aku tahu dia tak suka ditegur.  Cuma kadang-kadang aku terpaksa menegur kerana dia adik aku. Aku pun dah kurang banyak berleter tentang apa yang dia lakukan. Aku tahu dia tak suka.  Aku hanya pandang dan memendam rasa. Biarpun mak aku sendiri pesan suruh aku tegur dia, suruh ajar dia masak dan macam-macam benda. But, for me ... dia dah besar. Cukuplah aku cakap hanya sekali atau dua, dia sudah pandai berfikir kerana dia sudah besar. Kalau cakap lebih dari 3 kali, mungkin dia akan benci aku pulak nanti. 


Aku pun bukan seorang kakak yang baik dan sempurna dalam segala hal, but aku nak my adik-adik lagi baik dan hebat dari aku!!


Before this, aku memang suka stay at home walaupun sorang-sorang. Sebab rumah itu syurga untuk aku. But, sekarang ... aku suka pergi mana aku nak pergi. Rumah itu ada orang, tapi aku rasa kosong!


Rumah itu bermanusia tapi sunyi, sudahnya aku dan hot cup sekali lagi. Aku dan hot cup di office, sambil bergenang airmata menaip entry ini. Entah kenapa .... jauh di sudut hati aku sebagai seorang kakak rasa sedih dan amat terkilan tentang sesuatu. Mungkin, mereka jua terkilan tentang aku! 


Biarlah my adik-adik senang and bahagia. Itu doa aku sebagai kakak. Dan aku mulai selesa dengan cara sendiri yang baru ini. Kalau tak selesa pun, aku kena belajar agar ia menjadi makin selesa dan terus selasa!




Mungkin, zaman batu dan zaman teknologi serba canggih susah untuk berkerjasama dan bersatu!





CK : Sudah lama aku pendam. Bila pandang hot cup ini lagi dan lagi, aku beranikan diri meluahkan segalanya di sini. Hari ini aku punya kekuatan untuk buang jauh-jauh perasaan sedih hati dan rasa terkilan ini.


Aku tak macam my adik-adik yang sentiasa up to date dalam segala hal .... mereka memang cerdik, canggih dan hebat dari aku! Aku bangga ...

4 comments:

  1. Huuuuu, sedihnya~ T-T Air yang dicincang tak akan putus.

    ReplyDelete
  2. @Raisya Haris takda apa nak disedihkan, luahan rasa je. he he he ... biasalah manusia, kadang2 perasan tersentuh tiba2

    ReplyDelete
  3. Terrrrsangat memahami kerana nasib kita mungkin ada yang serupa. Cuma bertuahnya akak sebab dah jumpa putera idaman awal2 lagi untuk berkongsi sedih dan duka... Namun, masih terus berkorban untuk melihat kebahagiaan adik2...
    Sabarlah.. Satu hari nanti, mereka akan mengerti..

    ReplyDelete
  4. @Aziela Nasib manusia tak sama kak, but semestinya apa yang Allah beri kepada hambanya yang terbaik. Akak memang bertuah dari saya sebab dah juma si dia yang dipuja. Saya belum tahu bila ... hehehe

    Selagi mampu berkorban dan memendam rasa....maka sya akan terus buat sebab sy syg dorang

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!