Wednesday, December 21, 2011

DAH PUJUK KE?

Assalamualaikum ...





Sambil layan Buletin Utama TV3, jari jemari aku tak terbangun dari keyboard. Seolah keyboard dan jari gebu aku tidak dapat dipisahkan. Gebu ke jari aku? Aku buka FB sebenar aku, mula menaip status, "seriuslah sangat ...."


Kawan baik aku Si June, laju benar komen, "Dah pujuk ke?". Aku tahu apa yang dia maksudkan. Dia kat sana dan aku dekat sini. Aku senyum-senyum. Pujuk? Ya, bila ada selisih faham antara aku dan sesiapa, wajar ada pujuk memujuk. Kalau dulu, aku lebih rela pujuk sesiapa yang buat aku terluka sedangkan bukan salah aku. Aku berfikiran, tidak mahu gaduh berpanjangan. Nanti hal akan menjadi rumit.


Itu dulu, seolah tunduk kepala untuk dipijak orang. Aku pujuk, sedangkan itu salah mereka. Hari ini, siapa cari hal dengan aku, tak kira siapa ... waima MB sekalipun, maka harus mereka yang menjernihkan suasana. Tidak lagi aku memulakan perbualan atau melembutkan apa jua keadaan!


Aku lebih rela diam atau dipulau sekalipun, sebab aku tidak salah. Sejak 2 tahun lepas, aku bawa perubahan dengan menjadi agak keras hati berbanding sebelumnya. Terlalu baik, terlalu bagi muka pada sesiapa sahaja ... aku "dimakan oleh kawan sendiri dan ada masa darah daging sendiri!". Masa menyedarkan aku, sampai bila? Makin lama makin dipijak dan ada masanya menjadi lunyai. 


Bila aku tidak kisah dalam banyak perkara dengan harapan mereka punya hati untuk menilai, aku kadang-kadang tidak menerima kata Terima Kasih dan Mohon Maaf ... atas apa yang aku hulurkan dan atas apa yang mereka lukakan aku!


Aku tak suka cari pasal dengan sesiapa, jadi rasanya tak perlu cari pasal dengan aku. Itu sahaja. Jadi tiada usaha pujuk memujuk di situ.


Makluman, aku dah tak pandai memujuk macam dulu lagi. Aku selesa berjalan dengan meninggalkan masalah di belakang dan rasa selesa biar masa menentukan keadaan. Aku suka keadaan sekarang, bila aku fikir masalah bukan masalah dan beban, aku rasa "ringan!".





CK : Sesekali, biar yang lukakan aku celik mata. Sedar, bahawa aku ini manusia .... punya hati dan jiwa.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!