Sunday, December 11, 2011

Jalan, Order dan Makan : Gerai Makan Riza Tomyam @ Pekan Dengkil Selangor

Assalamualaikum ...




Selamat pagi semua! Malam tadi, aku lebih rela layan tidur dari terus siapkan entry autopublish untuk hari bekerja. Penat sangat makan gamaknya. He he he. Biasalah bila perut kenyang, mulalah mata menjadi layu dan tubuh badan start mahu membungkang di sofa coklat kegemaran ayah! haiiiishhhh.


Kita bukan cerita perihak semalam yang telah berlalu dan tidak dimanfaatkan sebaiknya. Pagi ini aku nak cerita lagi pasal EDISI J.O.M. Lokasi makan yang agak murah bajetnya bagi aku dan MB. Memang jadi kegemaran kami berdua kerana rasa yang sedap, layanan yang baik dan harga yang murah! Semestinya berbaloi sangat!



Pagi ini aku bawa korang ke RIZA TOMYAM. Kalau korang dari Putrajaya, masuk je ke Pekan Dengkil, then jalan terus je sampai korang jumpa traffic light dekat sekolah Cina, then belok ke kanan (arah ke Banting). Nanti korang akan nampak stesen minyak Shell sebelah kiri .... jalan depan sikit, lebih kurang dalam 100meter, korang akan nampak gerai sebelah kiri, agak kecil .... tertulis RIZA TOMYAM!


Okeh, jelaskan? Kalau dah jelas meh sini aku tunjukkan menu aku bila makan kat sana! Dah lah banyak, memang puashatilah. Walaupun ia seakan gerai kampung, but masakan dia memang sedap bagi tekak kampung aku nie.




Menu yang aku order untuk santapan aku, KUEWTEOW KUNGFU. Banyak sayur dia letak. Aku suke!! Kuah dia memang cukup rasa masin dan masamnya! But aku suka kalau kuah dia masam-masam lebih sikit.



Kita closed up sikit menu aku! Wuuuu terliur beb ...



NASI GORENG IKAN MASIN! Banyaklah sangat nasinya. Sesuai dengan perut MB. Okeh ini memang menu dia. Sebab sampai-sampai terbau ikan masin goreng. Terus order menu nie. Berbaloi!




Menu kami malam tu, up dengan telur dadar. Dah lama kami tak singgah gerai makan nie. Dulu memang rajin. Sekarang nie, selalu makan kat rumah masing-masing je. Balik masak! Cuma bila tak sempat je, balik dari office terus pergi makan dulu then baru balik rumah!



Okeh, cukuplah kasi korang terliur. Bagi yang dekat area Putrajaya, Kota Warisan, Nilai, Sepang atau yang rasa-rasa dekat tu bolehlah pergi ke GERAI MAKAN RIZA TOMYAM di Pekan Dengkil, Selangor!
Selamat menjamu selera!



Madah pujangga : Berbuat baiklah kepada orang lain seperti mana kita berbuat baik kepada diri sendiri!







CK : Hari ini kerja lagi, esok kursus! yeeeeeeeeeeeee

8 comments:

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!