Selamat pagi kawan-kawan! Semoga ceria di pagi ini. Alhamdulillah ... dapat juga aku upkan lagi entry di pagi ini. Terima kasih Ya-Allah kerana masih panjangkan usia aku. Intro sangat baik pagi nie. Ceh ...ceh! Ada apa-apakah?
Pagi indah ini aku nak share amalan yang baik bagi sesiapa yang sering dilanda MIGRAIN macam aku. Migrain mungkin disebabkan stress kerja atau masalah hidup yang lain. Aku? Zaman belajar kerapkali migrain sebab ... exam dah dekat, tapi belum prepare sepenuhnya.
Amalan rawatan Islam mengenai migrain ini diberikan oleh my lovely SIL. Dia siap postkan dekat FB aku. Terima kasih kakak ku sayang. Satu-satunya kakak yang aku ada ... memang sayang lebih sebab dia sangat-sangatlah sporting setelah 10 tahun menjadi keluarga kami! Kakak aku cakap, amalan ini diberi oleh Dr. Tengku Asmadi bin T. Mohamad. Aku tak kenal doktor nie .. so jangan tanya!
Amalan untuk migrain mengikut perawatan Islam adalah seperti berikut ;
1. Al-Fatihah 1x
2. Ayatul Kursi 3x
3. Al-Ikhlas 3x
4. Al-Falaq 1x
5. An-Nas 1x
6. Yaasin ayat 58 3x (Salamun Qaulammirobbirohim)
7. Selawat atas Nabi SAW 3x
2. Ayatul Kursi 3x
3. Al-Ikhlas 3x
4. Al-Falaq 1x
5. An-Nas 1x
6. Yaasin ayat 58 3x (Salamun Qaulammirobbirohim)
7. Selawat atas Nabi SAW 3x
Sepanjang membacanya letakkan kedua-dua tapak tangan di kepala, terutamanya pada bahagian yang sakit.
Yang paling penting ialah keyakinan, penyerahan dan tauhid pada Allah s.w.t. Sebab Allahlah yang Maha Penyembuh.
Yang paling penting ialah keyakinan, penyerahan dan tauhid pada Allah s.w.t. Sebab Allahlah yang Maha Penyembuh.
CK : Selamat beramal!
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)
MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!