Sunday, December 18, 2011

BORANG FOTOKOPI BR1M SAH

Assalamualaikum ....




IPOH 17 Dis. - Borang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang disalin semula adalah sah untuk digunakan selain borang asal yang diedarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah menjelaskan, borang tersebut boleh digunakan dalam usaha kerajaan mempercepatkan proses pendaftaran dan pengagihan bantuan dalam tempoh yang ditetapkan.


Katanya, sehingga 15 Disember lalu, sebanyak dua juta borang permohonan diterima LHDN dan kesemuanya sedang diproses bagi memastikan pembayaran dapat dijalankan secara berperingkat selewat-lewatnya pertengahan Januari depan.


"Borang fotokopi memang dibenarkan penggunaanya kerana dalam proses pendaftaran yang menyasarkan 5.2 juta pemohon, adalah amat sukar jika kita bergantung kepada LHDN semata-mata.
"Oleh itu, pembukaan kaunter-kaunter di seluruh negara termasuk penglibatan pemimpin tempatan dalam mengedarkan borang tersebut amat membantu bagi memastikan proses tersebut dapat dilakukan dalam tempoh sebulan," katanya.


Beliau berkata demikian pada sidang akhbar bagi menjelaskan kekeliruan orang ramai berhubung penggunaan borang fotokopi BR1M di Hotel Impiana di sini hari ini.
Ahmad Husni berkata, walaupun penggunaan borang fotostat dibenarkan, orang ramai diminta berhati-hati dengan borang permohonan yang telah ditokok tambah bagi mengelakkan kegiatan penipuan.


Ini kerana katanya, terdapat aduan mengenai borang permohonan tiruan yang meminta orang ramai menyertakan nombor akaun bank.


"Kita minta orang ramai sekiranya didatangi individu yang mahu menjual borang tersebut dan perlu disertakan dengan nombor akaun bank, segera membuat laporan kepada pihak berkuasa bagi membolehkan siasatan dijalankan," katanya.


Mengulas mengenai edaran borang permohonan di kawasan-kawasan terpencil, beliau berkata, beberapa pegawai LHDN dengan dibantu pekerja sambilan akan ke kawasan pedalaman terutamanya di Sabah, Sarawak dan Pahang bagi mengedarkan borang tersebut.


 [SUMBER UTUSAN ONLINE, 18 DISEMBER 2011]





Semalam aku baca dekat beberapa blog mengatakan borang BR1M fotokopi tidak sah dan pihak LHDN tidak akan proses borang berkenaan. So, aku cepat-cepat roger MB dan kawan baik aku si June. Risaulah, kang dorang hantar tak proses ... macam penat pulak hantar. MB pula dah la bagi dekat orang-orang kampung dia yang layak untuk terima. Nanti teraniaya pula. Aku pun rujuk adik aku sebab dia kerja dekat LHDN. My adik cakap borang fotokopi memang boleh pakai pun. But untuk confirmation, dia akan rujuk kembali ketua di LHDN. 


Nasib baik hari nie, Utusan Malaysia dah laporkan borang BR1M fotokopi sah dan boleh diguna pakai. Sesiapa yang layak dan dah isi sila hantar cepat borang nie. Kalau tak salah aku, tarikh tutup hantar borang pada 10 Januari 2012. Cepat-cepatlah hantar ye. Mana yang layak, bila dah dapat RM500 tu, gunalah ke jalan kebaikan,










CK : Bantu membantu tak salahkan .... ??

1 comment:

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!