Thursday, December 22, 2011

KETAGIH BURGER TEPI JALAN

Assalamualaikum ...





Budak kampung macam aku suka juga makan burger. Bajet Amerika beb! Amerikalah sangat. Aku macam manapun tetap Malaysia. Sebab itu, aku asyik ketagih burger yang dijual di gerai-gerai tepi jalan. Tapi bukan bermakna, Malaysia ini taraf tepi jalan ok! Aku lepuk sapa-sapa yang kutuk Malaysia yang aku cinta nie.



Masa balik dari Angkasa Indah 2 malam lepas,  aku ikut Sungai Kantan then lalu sebelah surau dekat Tesco, Kajang. Kat Simpang 3 itulah ada gerai jual burger. Memandangkan perut memang melapar sangat. Aku suruh adik aku beli burger. Beli dan belanja akak dia yang sorang nie. 


Aku order burger ayam special. Adik aku pula, burger daging double. Badan kecik ... tapi bab makan double memanjang. hu hu




Ini burger ayam special yang aku beli. Tengok macam biasa je. Tapi rasa memang sedap bagi tekak aku. Rasa pedas dan hangat blackpepper memang terasa. Dah lama aku cari burger yang berperisa sedap macam ini. Nak dapat sedap punya pasal, aku terpaksa tunggu abang burger nie buat  burger tu dalam gaya yang cukup sentimental. Lama nau menunggu. Nasib baik sedap!!




Haaa kau, bergigit burger aku. Sedap bukan main. Aku nie tak berapa sangat nak makan burger dekat KFC atau MC Donalds. Sebabnya aku tak rasa nikmat makan burger kalau order kat situ. Tapi tak bermakna aku tak makan burger Amerika tu. ha ha ha. Kalau pi KFC aku suka Zinger Burger .... McD plak aku mesti order Double Cheeseburger. Ini je yang aku order memanjang.



Tapi jika nak dibandingkan dengan burger tepi jalan yang dijual oleh mana-mana abang hensem, dah pasti aku lebih rela pilih burger tepi jalan berbanding burger Amerika yang dalam aircond tu. Apapun aku tetap tengok gerai yang bersih. Kang tak pasal-pasal cirit birit pula.



Orang office aku sibuk pasal prosperity burger yang setahun sekali di Mc Donalds tu .... aku?? Tak berapa minat sangat ..... sebab "panas" nau rasanye. Kalau teringin teramat baru aku cari .... he he he





CK : Kesian tengok abang burger tu mengira .... takpe bang, biar lambat asal sedap. ha ha ha

3 comments:

  1. taste kita sma. sy pun suka jgk burger sebijik mcm tu. kalau boleh letak sos black pepper lebih. terangkat.

    ReplyDelete
  2. Adik pun suka makan burger macam ni berbanding burger KFC tu.

    ReplyDelete
  3. makan burger kat gerai burger biasa pun ok pe...murah..sedap..

    kalau nak makan burger kat KFC dan McD je..boleh bankrap woo...hee~

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!