Alhamdulillah ... rezeki tak disangka muncul. Minggu lepas kawan baik kepada MB belanja kami makan. Actually kami dah lama sangat nak repeat kari kepala ikan dekat Hameed Nasi Kandar di Selera Putra, Presint 1 Putrajaya. Nak ke K.L makan kari kepala ikan, amat kesuntukan masa buat kami berdua. Entah macam mana, minggu lepas MB lepak dengan kawan dia, sebab dia sedang bercuti. Aku pula kerja. Lepas kerja MB roger aku agar terus ke Selera Putra selepas waktu kerja.
After 5pm tu, teruslah aku memecut ke sana. Dia tak cakap pun nak ajak makan ke apa. Ingat nak layan minum petang je kat sana. Koman-koman layan mee goreng mamak sepinggan. Cukuplah. But bila dah nama rezeki, apapun jua halangan akan tetap jadi milik kita. Cheeewah. So, last week kawan baik MB nie belanja kami makan kari kepala ikan! Perghhhhhh .... pucuk dicita ulam mendatang, bagai mengantuk disorongkan bantal! Rezeki jangan ditolak beb! Jom layan menu utama dulu
Ini wajah kari kepala ikan berkenaan. Kalau korang pergi tengok terpampang dalam cermin display tu ... lebih kurang RM36.00 1 kepala. Bila order, dia akan ambil ikut saiz yang kita minta ... kecil atau besar. Bergantung kepada stok jugalah. Lepas tu dia akan panaskan semula. Kat depan tu, dia takkan display banyak sangat kepala ikan nie, cuma satu sahaja. Tips aku kalau nak pergi makan ke hameed Nasi Kandar Selera Putra nie, pergilah petang sikit dalam kul 3 atau 4 petang. Orang tak ramai sangat dan korang akan dapat lauk pauk yang baru dimasak. Kedai makan paling ramai customer ... Hameed Nasi Kandar nielah!! Dia ada satu lagi restoran dekat Presint 9 terowong selepas Restoran Darussalam. Kat situ mee goreng memang sedap!!
Up dengan sotong goreng celup tepung yang sedap dan ranggup serta lembut isinya. Rezeki, sebab masih panas-panas lagi. Ini 1st time aku order sotong kat situ. Dah nama orang nak belanja ... ha ha ha. Jahat tul!! Actually aku dan MB tak tahu pun kawan yang sorang nie nak belanja. Kami main order dengan beranggapan kami yang akan bayar. Sebab itulah order ikut selera sendiri. Kalau orang belanja, tak tergamak nak ambil macam nie ... kesian pula.
Kubis goreng. Aku tak faham kenapa kat restoran mamak mesti ada kubis goreng dengan rempah apa ntah. Selalunya sayur kubis goreng ini jelah yang berlambak. Best sangat ke kubis nie? Aku rasa biasa je ... macam goreng kat rumah, kadang yang goreng kat rumah tu lagi sedap.
Keseluruhan menu untuk 3 orang. Dalam gelas tu bukan air suam ye. Nanti korang ingat order makan sedap-sedap minum air suam je. Itu limau panas. Biasalah aku kalau keluar minum pasti nak limau panas tak pun limau suam. Aku pandai order air nie aje. Cuma kadang-kadang tukar kepada barli suam tak pun belimbing suam. Aku kurang minum ais ... he he he tekak tak selesa dengan ais ketul kecuali aiskrim. kah kah kah!!
Habis licin beb! Dari 5 bintang aku bagi 4/5! Sedap pada tekak aku tak semestinya sedap pada tekak korang. Kalau tekak korang jenis high taste mungkin korang akan cakap biasa-biasa je ... kan ... kan!! Semua total yang kena bayar adalah RM68.00! Murah ke mahal??
Ini rezeki pertama minggu lepas, dibelanja oleh seorang kawan MB. Ada satu lagi port aku akan bawa korang makan ... pun dibelanja juga oleh kawan MB. Masa nie beramai ... kami tak tahu juga akan dibelanja. Dorang plan diam-diam tanpa pengetahuan kami berdua. But, Alhamdulillah .... rezeki minggu lepas memang murah, tambah-tambah lagi gaji pun tinggal paras-paras dompet je! he he he. Untuk rezeki kedua nie .... next entry ye! Insya-Allah.
Makluman : Untuk edisi jom, order dan makan ... segala rasa, kesedapan dan ketidaksedapan adalah bergantung kepada citarasa lidah dan tekak saya. Jadi setiap penilaian berkenaan adalah apa yang saya rasai dan nikmati sahaja! Jika korang pergi mencuba dan rasai yang sebaliknya ....terpulang kepada lidah masing-masing. Harap maklum!
CK : Seharian di office ....
Licin betul gambar last tu hehehe.. Ada masa boleh try ni..
ReplyDelete@pizli itulah namanya kesungguhan .....tinggal kuah je he he
ReplyDelete