Sunday, September 18, 2011

Cerekarama : Bara Cinta Ramadan di TV3

Assalamualaikum...


Aku baru sudah layan cerekarama BARA CINTA RAMADAN kat TV3. Sedih drama Melayu nie. Nak-nak aku yang tak tahan bab sedih nie. Memang laju je air mata turun bak air terjun! Menangis. Bengkak mata memang dah biasa kalau bab layan drama Melayu. Lagi sedih lagilah aku suka layan. hu hu.


Aku nie sekali pandang je nampak ala-ala garang. Garang tu memang dah sinonim ngan aku sejak dari kecil. Mak aku pun dah tau perangai aku. Cuma skang nie sejak dan jadi remaja purba, aku rasa kegarangan dan keleteran aku dah banyak kurang. Garang...tapi bab menangis aku memang laju! Kalah awal lagi. 


Kalau ingat masa kecik-kecik, mengaji Quran pun aku menangis. Habis kembanglah huruf-huruf jawi kat Quran tu! Sebab tu lah masa kecik-kecik time mengaji, aku ambil kain batik sarung buat tudung kepala, asal mak ayah tertinggi suara je bila mengajar ngaji terus aku kelubung siap-siap kain batik tu sampai tak nampak muka. Yang laju turun cuma airmata je macam air terjun! 


Opss dah termelalut ... berbalik pada cerekarama tadi, memang bestlah! Menusuk hati dan banyak pengajaran. Aku kagum dengan suami dia, lakonan Zamarul yang sanggup berkorban apa sahaja untuk keluarga walaupun tahu dia miskin. Macam sakit hati dengan mak mertua dia, lakonan Fauziah Nawi yang asyik hasut anak sendiri, Ita (Jasmin Hamid) suruh minta beli barang kemas dan bayarkan duit langsir baru sempena raya.


Mak Ita bangga dengan menantu dia yang, Din (Ako Mustapha) yang bekerja Kerajaan dan tinggal di bandar. Tiap-tiap bulan hantar duit. Nasib baiklah si Din nie bukan jenis penghasut, cuma isteri dia sahaja perangai buruk gile! Dengan kakak sendiri yang tak berkemampuan pun nak berdengki. Ish ... geram pulak! Tapi lakonan Zarina AF nie memang mantop. Pandai dia bawa watak!


Mak Ita plan nak menyusahkan menantu yang tinggal sebumbung dengan dia, si suami Ita tu. Mak Ita siap tempah langsir baru dan paksa Ita agar suruh suami dia belikan rantai. Alasan, 13 tahun kahwin tapi takda seurat barang kemas pun di badan. Alasan normal zaman dulu hingga sekarang aku rasa!


Si suami susah payah cari duit dan sanggup berpinjam dengan tauke tempat dia bekerja. Nasib baik tauke Cina tu baik. Bila dapat duit si suami terus pergi beli juadah berbuka puasa. Katanya anak-anak teringin nak makan kepak ayam madu. Tapi ... masa nak melintas jalan selepas beli juadah, si suami kena langgar dengan kenderaan. Meninggal dunia. 

Dan akhirnya si isteri menyesal. Bagi aku menyesal pun macam tak gunalah. Si suami dah jadi arwah. Memang sedih sangat. Puncanya mak sendiri! Anak menantu dan cucu-cucu dah hidup bahagia elok-elok walaupun miskin tapi dihasut macam-macam. Siap membanding-banding dengan anak menantu yang lain. Cucu-cucu jauh datang masak sedap-sedap. Makan kat meja. Tidur kat tilam empuk. Anak cucu kat rumah, makan di lantai. Suruh tidur kat ruang tamu je. Punya dasyat pilih kasih!


Kesudahannya, si isteri yang baik ... bila hari-hari termakan hasutan dan diperli oleh mak dan adik sendiri, akhirnya berubah. Memaksa si suami menyediakan apa yang si suami tak mampu. Rantai emas dibayar dengan nyawa suami sendiri! .... Mohon ampunpun dah tak sempat!


Mintalah dijauhkan! Tapi aku rasa cerita ini berdasarkan kisah benar. Cerita masyarakat. Siapa yang dah tengok, pasti boleh ambil iktibar dan pengajaran daripadanya. Terpulanglah pengajaran apa yang nak diambil.



Oklah ... dah lewat malam! Tidur dulu ya! .... Thanks datang sini dan thanks for reading too! Goonite goodpeople ...




CK : Teresak-esak aku nangis! hu hu .... siap MB sms, "jangan nak bersedih sangat!".

5 comments:

  1. sinopsis ke ni? amboi. untung la ada tv kak, sini apa pun tak adooo. haha

    ReplyDelete
  2. hahaha.garang eh?

    sedih. dan mmg leh agak zamarul tu mati. sebab dia tak nak kerja masa bulan ramadhan nak kumpul amal ibadat.masa tu dlm hati msti zamarul ni mati ni..

    sedih kan. masa suami dia pujuk. tp isteri buat xtau. last meninggal ptg tu.

    ReplyDelete
  3. =(
    tengok gak cite ni smbil jejari kat lappy
    sedihhh kan
    huhuhuhu

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!