Tuesday, September 20, 2011

Masa Yang Pergi ... Tiada Ulang Tayang Lagi!

Assalamualaikum ....



Morning u'olls! Segar-segarkan pagi korang. Mulakan dengan Bismillah dan doa moga segala urusan dipermudahkan hari ini. Amin. Jangan jadi macam aku semalam, rasanya semalam adalah hari gagal aku waktu bekerja. Serius. Aku mempersiakan 8 jam waktu bekerja aku hanya kerana sejuk! Rugi sangat ... masa yang pergi tiada ulang tayang lagi untuk aku. Dan juga untuk engkau yang sedang membaca di sini!



Keadaan office semalam amat sejuk. Bertambah sejuk bila ramai yang tiba-tiba ambil cuti kecemasan selepas kita sambut Hari Malaysia pada 16 September 2011. Mentang-mentanglah cuti umum itu jatuh hari Jumaat dan bersambung Sabtu Ahad, maka ramai menyambung hingga ke Isnin agar rasa cuti berkembar itu lebih panjang. Wajar ke? Terpulang pada diri masing-masing melihat kewajaran itu.



Sepanjang 3 hari cuti, 2 hari aku bekerja. Ahad memang aku rehat dan melayan rumah terbuka. So, aku memang tak merasa penat sangat sebab masih ada 1 hari untuk diri sendiri ... berehat dan melapangkan kepala dari memikir soal kerja. Cuma semalam aku rasa amat bersalah pada diri. Sebab aku tak mampu melaksanakan tugas sendiri. Sejuk. Rasa beku tangan dan kaki. Bertambah dengan kebosanan yang melampau. Aku terus melangut di work station sendiri sambil memandang fail yang semakin kurang timbunannya. Bilalah dapat habiskan semua nie?? Rasa nak muntah bila melihat fail-fail yang dah lusuh nie. 



Aku tahu selagi aku di situ, kerja aku tidak akan habis. Tidak! Sebab itu memang kerja aku. Ulang-ulang pasti benda yang sama. Bosan! Tak macam dulu. Buat event. Memang jiwa sangat. Kalau kau memang belajar dan praktikkan apa yang kau belajar pasti akan bersatu menjadi satu jiwa. Sekarang? Apa yang aku belajar tak sama dengan apa yang aku kerjakan sekarang. Tapi aku perlu juga belajar. Belajar untuk menerima. Belajar ilmu baru! Tahun ke-3 di department baru ini. Sekejap sangat. Rasa macam baru semalam aku tercampak di sini!



Aku mahu puas dengan kerja ini. Jika aku memikirkan soal bosan. Sampai bila-bila ia akan bosan. Jadi aku sering cari ruang menjadikan ia satu perkara yang menyeronokkan. Belajar mencintai secara perlahan dan semulajadi. Memang payah. Belajar membelai walau terasa berat di hati. Perit. Tapi sebenarnya lama-lama sayang dan kasih itu akan tumpah sendiri bila kita sentiasa percaya, "ini rezeki yang Tuhan beri pada aku ketika ini!". Syukur. Kau pasti akan tersenyum. Mula, pasti akan rasa seakan benci, namun lama-lama pasti akan tetap jatuh cinta dengan kerja sendiri! Kepuasan?? Pandai-pandailah cari ...



Jika korang bosan dengan kerja sendiri. Belajar-belajarlah untuk memotivasikan diri. Sebab ... korang mesti fikir dan sentiasa fikir kalau ingin bekerja di situ dalam masa 10 tahun akan datang, perlu ke menyatakan kebosanan terhadap tugas sendiri selama 10 tahun?? Buku motivasi banyak di pasaran, setakat 1 buku sebulan ... mustahil tak mampu di beli! Kalau tak salah aku, sebuah buku motivasi yang paling biasa-biasa sangat pun harga dia tak sampai RM20.00! Mesti korang mampu belikan. Bukan untuk siapa-siapa pun .... untuk diri sendiri jugakkan ....



Untuk buang rasa bosan dan malas, tiap-tiap pagi aku amal baca ayat seribu dinar (moga aku murah rezeki), surah Al-Insyirah (moga urusan aku dipermudahkan) dan ayat Kursi (moga aku dilindungi).  Korang boleh cuba, amalan yang diajar oleh mak aku sendiri. Yakin ... baru menjadi!



Bekerja dengan senyuman. *ada masanya aku malas juga nak senyum ... he he he. Lahirkan keikhlasan ... pasti cinta hadir dengan memberi kebahagiaan! Thanks ya datang ke sini dan thanks for reading too!



Opsss ... sebelum berundur dan sebelum lupa. Khas untuk adik aku. "Selamat Hari Lahir" untuk adik aku yang sulung. Hari ini ulangtahun kelahiran dia! Semoga dipanjangkan umur, diberikan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan. Amin ....




CK : Mencari sebab ... kenapa dan mengapa dia begitu baik sekali seminggu dua ini??

2 comments:

  1. Motivasi pagi! bagus-bagus.....
    Rasa ceria bertenaga bila membacanya..

    Selamat harijadi untuk adik sulung..
    Adik sulung? macamana tu....

    ReplyDelete
  2. amboi. sampai nk muntah tgk file ye? wuh. hahah

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!