Assalamualaikum ...
SEPI. Rasanya itu sahaja yang mampu saya ucapkan bagi menggambarkan keadaan pejabat usang hari ini. BOSAN. Itu adalah gambaran perasaan saya. Hanya 5 orang yang hadir bekerja. Kejadian ini buat saya menjadi halimunan sehinga 3 jam. Menghilangkan diri dari pejabat usang untuk mengembirakan hati sendiri. Dosa sungguh!
Peduli! Biarpun saya dipandang oleh 8 mata lagi. Tak berkelip. Masih raya lagikah mereka? Tapi kalau ada mereka seronokkah saya? Seronok sebab riuh rendah dan saya boleh tumpang ketawa bersama. Semua sudah pulang. Dan tinggal saya sendirian menyiapkan sistem yang membosankan dan saya memaksa diri untuk jatuh cinta! Please ... bercintalah dengan sistem nie! "Kalau kau boleh balas cinta aku kan senang ... mungkin aku tak penat memerah otak untuk membuat pembaikan!". Heeee alasan manusia malas!
Mahu pulang! Ya ... tugasan saya sedikit lagi akan siap. Selepas itu saya mahu pulang. Pulang? Atau ke Alamanda. Ah! Entahlah ... ikutlah mana kaki ingin melangkah. Memang tiada arah tujuan sungguh. Tiba-tiba saya rindu TOK yang telah pergi tinggalkan saya sejak 21 tahun lamanya. Mungkin korang tidak panggil Tok seperti saya. Mungkin korang panggil OPAH atau NENEK!
5 September .... iaitu hari ini, sudah genap 21 tahun Tok pergi mengadap Ilahi. Kenapa setiap kali raya atau setiap kali balik kampung saya tak pernah pun berkunjung ke 'rumah' Tok di sana?? Maaf Tok ... kerana saya tidak tahu pun yang mana satu kubur Tok! Tidak pernah tahu. teruknya cucu Tok yang satu nie. Tapi saya rindu ... sebab saya tidak pernah lupa dulu saya selalu picit kaki Tok yang lenguh tu. Tok pergi sehari sebelum saya sambut ulangtahun saya ...
Al-FATIHAH buat Arwah Tok Aishah .......... tiba-tiba entry ini menjadi entry sedih ....
CK : Rindu ...
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)
MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!