Assalamualaikum ....
Morning prenzs! Ini cerita pagi semalam ... so, silalah layan walaupun lambat sehari aku publishkan. Tak mampulah asal ada isu je terus nak buat entrykan. Semalam seakan hari malas sedunia untuk aku. Memang malas segala hal termasuk bab makan. Peliklah pulak bila malas bab makan. Selalu orang bab makan nielah laju tak terkirakan!
Aku tak tahu kenapa 2-3 hari nie, mood aku nak makan nasi macam dah tak ada. Atau aku masih lagi teringat akan kesedapan nasi tomato yang enak dimakan walau tanpa ayam masak merah tu?!? Setahu aku takdalah pulak aku plan untuk diet nasi!
Disebabkan selera nak makan nasi agak kurang, so terus terfikir nak try my new toy yang beli kat Daiso tempoh hari. Apa lagi buat roti jala jawabnya! Percubaan pertama dengan toy nie agak kurang memuaskan hati walau rasa roti jala itu seakan sedap! Yeaaahhh puji diri sendiri lagi.
Jalaan roti yang tak berapa nak cun! Mungkin sebab 1st time buat. So, kena cuba berkali-kali lepas nie. Time ni mulalah rasa ... "guna acuan yang lama tu lagi senang kot!".
Jalaan dalam fry pan. Bolehlahkan ... walau anyamannya tak cun melecun pun! Hujung-hujung roti tu memang buruk sungguh rasanya. So, bila nak menggulung memang spoil semacam je rasanya. Apapun tetap habis dingap oleh diri sendiri!
Ini adalah keseluruhan hasilnya! Belum sempat siap dikirai semua roti jala, ngap dulu sebab perut memang lapar dah masa tu. Makanlah sensorang dengan feel teramat dengan kari ayam. Kari ayam ni kalau dibiar semalaman then dipanaskan semula ... pergh memang sodap!
Oklah ... kita sambung kerja! Isnin ... kenalah cari feel kerja betul-betul! Janganlah aku bermalasan lagi macam minggu lepas. Seksa rasanya.
Thanks ya datang sini and thanks for reading too!
CK : Siapa buat open house ... jangan lupa jemput CK ye... he he he
sodapnye..
ReplyDeletemintk sikit hehehee :D
canteknye!!! jeles..
ReplyDeletewow cantiknye...siyes seni
ReplyDeleteShafazie > meh sini...saya banje roti jala
ReplyDeleteTina > tq tapi.... cantik ke cmtu....
Edy > hahah tq tq....senilah sangatkan
seddappppp!
ReplyDeleteRupa belakang kira.
ReplyDeleteKalau dah lapar, ngap saja walau tak berapa nak indah macam chef buat.
Cantik juga pun hasilnya.