Assalamualaikum ...
Edisi jalan-jalan cari makan, setelah sekian lama menyepi!
Sebelum puasa lagi saya memang nak sangat pergi makan Nasi Kandar kat Restoran Kudu bin Abdul di KL sana. Selepas tengok rancangan kat TV3. Meluap-luap nak rasa kesedapan nasi kandar Penang nie. Kalau nak pergi ke Nasi Kandar Beratuq tu jauh sangat, Penang sana! Atau Nasi Kandar Line Clear pun ... jauh sikit la.
Nasi Kandar bukan peberet saya pun, tapi dah nama orang utara ... Nasi Kandar seolah satu kemestian. Lagipun kat Putrajaya mana ada nasi kandar yang terbaik pun. Kari dia amat tak sedap kalau beli yang kat sini. Lepas makan mesti tangan bau kari yang amat kuat. That's mean ... memang tak sedaplah tu. Amat berbeza Nasi Kandar sebelah utara sana dengan Nasi Kandar yang Sebab itulah saya memang berhasrat sangat nak try Nasi Kandar Kudu Abdul nie. Ramai yang cakap sedap!!
Puas pusing-pusing KL cari Restoran Kudu bin Abdul. Rupanya senanglah sangat ... restoran ni berdekatan dengan Tune Hotel dan Maju Junction. Kalau korang nak cari ... nampak je Tune Hotel terus belok ke kiri ... dekat je! Restoran ini boleh dikatakan agak bersih ... sebab saya melawat sampai ke dapurnya sekali. Tak macam kedai-kedai makan mamak yang lain yg agak selekeh.
Sampai je, terus order mee goreng! Whoooopss kata nak makan nasi kandar, apsal mee goreng yang keluar pulak? Okeh ... mee goreng nie Mr. Babah punya. Two thumbs up untuk mee goreng ini. Tersangatlah sedap! Nak dapat rasa macam nie kat Putrajaya, Bangi, Kajang or Puchong ... memang tak adalah! Jangan mimpi ... ini memang mee goreng terbaik pernah dirasa oleh lidah saya!
Haaa mai dah! Inilah rupa Nasi Kandar yang menjadi hasrat hati saya sejak 2 bulan lepas! Memang sedap. Kuah kari dia memang best sangat. Saya ambil ayam goreng, sotong dan sayur kubis ... Total RM10.00 sahaja! First time juga saya makan nasi ini habis. Rasa kuah kari dia memang satu kenikmatan. Terima kasih Ya-Allah atas rezeki yang kau beri!
Korang jangan tak tahu, walaupun Restoran Kudu bin Abdul ini amatlah biasa-biasa, bukan 5 star pun, tapi ada ramai artis yang makan kat sini. Berkesempatan jugalah saya memandang mereka secara live! Cuma saya nie kalau pandang artis sifat kejakunan memang tak ada langsung. Nak ambil gambar dengan artis memang sorrylah sebab rasa malu saya tahap langit ke 5 kot!
Dah menjamah nasi kandar yang best tu, kami pun berangkat ke KLCC. Sekian lama tak menjejak kaki di sini. Tempat pertama saya nak pergi mestilah KINOKUNIYA! Tempat jatuh lagi dikenang ... dulu masa stay dengan abang di KL, kat sinilah tempat yang akan saya lepak setiap mingggu, datang KLCC semata-mata untuk baca buku dan balik! Sekarang?? Putrajaya dengan KLCC tu dah rasa macam jauh sangat. Lagipun keadaan tak mengizinkan keadaan diri bebas macam dulu lagi.
Oklah ... kalau korang rasa nak makan nasi kandar best .... jengahlah Restoran Nasi Kandar Kudu bin Abdul nie ya, pasti korang akan suka dengan makanannya!!
Thanks baca!!
CK : Ada yang cakap blog saya ini macam blog budak-budak dan tak sesuai dengan usia saya, heeee ... bukankah kita perlu cari identiti sendiri, walaupun keselesaan kita bukan akan menjadi keselesaan pada orang lain! Saya ada target pembaca sendiri!
Menulis dengan cara sendiri adalah lebih baik, daripada kita sibuk-sibuk meniru cara orang lain. Ada feel ke macam tu??
aku nak goreng mee sekang jgk
ReplyDeleteDulu saya ambik degree part-time kelas malam dekat area tu. Ada satu masa tu saya sengaja tak makan lunch sebab sebelum masuk kelas nak pekena nasi kudu ni. Dekat sebulan jgk kut buat perangai macam tu hehe..
ReplyDeleteDekat area tu jugak ada nasi kandar yassin. dia bukak 24 hours, sedap jugak. Kudu ni memang dah lamalah, saya start makan situ dari tahun 2000 lagi..
Jiji > kalau dekat sini restoran tu...sy dah belanja awak...
ReplyDeletePizli > wah...awak lagi sebati ye dgn Kudu nie...heheh
(Awan tak mo mengomel. Hahaha...)
ReplyDeleteUiii, kecur air liur nengoknya. Kalau ada rezeki sampailah kaki ni ke sana. InsyaAllah.
Ini blog Sis. Jadi terpulanglah kepada Sis. Yang penting, entri dalam blog ni sesuai untuk semua golongan. Awan selalu datang tapi jarang tinggalkan komen.
amboi sakan bjln ye.. huhuhuhu..
ReplyDelete