Saturday, September 10, 2011

Roti Jala Punya Pasal ...

Assalamualaikum ...



Happy weekend kawan-kawan alam maya! Sabtu ... best je kalau dapat bergolek berpanjangan di rumah. Seronok tau! Orang selalu cakap ini nikmat di hari cuti. Tapi sebaiknya tak perlulah bergolek berlama-lamaan sangat. Bangun seperti biasa aje. So, akan rasa hari berpanjangan!


Nak cerita pasal hajat hati saya nak ke DAISO! Asyik bernyanyian sekian lama mahu menapakkan kaki ke Daiso. Akhirnya tertunai juga hajat hati tu. Ini semua gara-gara roti jala. Saya sangat suka makan roti jala cicah kuah kari ayam. Perghhh terbaik!! 
Sekian lama saya asyik mengoogle pasal acuan roti jala yg cun! Acuan yang saya ada style lama, sesekali nak juga cuba acuan yang boleh kasi roti jala tu cun melecun. Rasa macam menganyam tikar mengkuang je bila tengok blog masakan yg publishkan roti jala yang cun melecun. Aura nak makan lagilah berlebihan tau. Akhirnya saya dapat juga acuan tu! DAISO lah tempatnya.


 


Kalau nak tahu DAISO sebuah kedai Jepun bertempat di IOI Mall, Puchong. Aras 2 ye! Tapi bukan blok lama yang ada Jusco tu. Korang kena terjah blok yang baru tuh. Barang-barang kat sini semuanya berharga RM5.00. Memang banyak barang rumah yang menarik.



Acuan roti jala 3 muncung yang hanya tinggal satu je masa tu. Sempat juga saya grab! Hasil roti jalanya sila tunggu untuk entry akan datang. Insya-Allah akan saya cuba secepat mungkin. Dah rasa tak sabar sangat dah nie. 




Up lagi dengan satu buah tangan utk diri sendiri. Slipper Daiso blue colour dot dot ... I like blue colour. RM5.00 je pun, so rasa berbaloi juga ambilkan. He he he. Ini semua gara-gara roti jala, kalau tak memang susahlah nak sampai ke Daiso nie. Kalau tak mengoogle, memang saya tak tahu Daiso ada kat Malaysia. 


Oklah mahu stop kat sini, nanti-nanti nak buat entry roti jala untuk tatapan korang! Harap-harap roti jala cun melecun tu menjadilah hendaknya! 


Thanks for reading ya kawan-kawan!! 




CK : Pagi nie bangun awal pagi, beriya buat ayam panggang for breakfast! Yummie ...





9 comments:

  1. alamak. ada eh menda utk roti jala versi ni. pestime tgk. slalu guna yg lama. xpon guna daun pisang je.buat corong.susah! hehe

    ReplyDelete
  2. dah ada acuan tu, rajin2 la buat roti jala eh.. hihi

    ReplyDelete
  3. Sukasuki > kita pun baru tahu awak...

    Asyikin > cari mood merajinkan diri

    ReplyDelete
  4. wahhhh pegi DAISO!!!

    bestkan gi situ...rasa semua benda nak grab. saya lagi gilakan acuan2 buat sushi tu. perghhhh rasa nak kutip tiap2 satu...hehhehe

    masuk sejam tak cukup...walau takat cuci mata tetap nak jelajah dari depan smpi ke belakang.

    sedar tak sedar...kat cashier mesti jejak 50 hengget. huhuhuhu

    ReplyDelete
  5. Rose > itu pestime sy pi sana...memang bestlah! mcm2 ada ... kena pi lagi lepas nie

    ReplyDelete
  6. i bekenan tang slipa dot dot tu..oso my feveret kaler tuh...hehe

    ReplyDelete
  7. Hah, Roti Jala? Mak Awan memang suka. Tapi tak pandai nak buat. Mesti tak jadi. Tinggal sajalah acuan dia dalam almari.

    (Mak Awan tak dapat buat sendiri.)

    ReplyDelete
  8. Awan > sy selalu google je resepi...mula2 wat tak jadi jugak. dah lama try alhamdulillah menjadi

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!