Sunday, September 18, 2011

Seakan Ia Tidak Bersatu, Cuma Tuhan Yang Tahu!!

Assalamualaikum ...



Kisah lembaran yang lalu. Saat aku sendirian. Kau datang hulurkan kasih serta harapan. Aku tersenyum. Aku terdiam. Ini cuma cinta manusia. Tapi tetap aku rasa percaya. Jika tanpa sebab tidak mungkin Tuhan hadirkan kau untuk aku, melengkapi kerongakan puzzle kehidupanku. 


Kita seiringan. Ketawa dan senyum. Sesekali airmata tumpah kerana hati diguris. Kau rawat. Kau sembuhkan. Kita ketawa dan senyum semula. Begitulah berulangkali. Hingga. Aku terlena dalam dakapan cinta manusia yang sementara. Sungguh! Aku bahagia. 


Siang malam aku panjatkan doa. Bangun di malam yang gelap. Walau ada masanya tiada bulan menemani, jauh sekali bintang di langit tinggi lagi kelam. Merintih pada Tuhan yang SATU. Menangis dalam esakan dan sendu! Sandarkan harapan sepenuh hati. Kerna aku seyakin manusia tentang apa yang diberi Tuhan dan tentang apa yang aku miliki. Sungguh aku sayang kamu!


Hati aku, mulut aku tidak pernah berhenti dari berkata-kata dan berbual bicara dengan Tuhan tentang cinta dan kasih sayang kau dan aku. Aku dan kau bukan semulia dan sebaik manusia. Tapi aku berhak miliki bahagia. Aku berhak miliki gembira. Aku berhak menadah tangan untuk berdoa. Maka itu yang aku lakukan. Usaha terakhir. Hanya pada Tuhan segalanya disandarkan!




Tuhan! Andai dia yang kau takdirkan untuk menemani perjalanan hidupku di dunia sementara ini. Maka aku mohon padaMu, dengan rahmatMu, dengan kasih sayangMu pada hambaMu ini, satukanlah hati aku dan jua hati si dia. Kekalkanlah hubungan ini hingga ke hujung nyawa dan hingga berjumpa di sana nanti. Limpahkan kasih sayang antara kami berdua dengan rahmatMu agar ia berpanjangan. Serta kau permudahkanlah urusan kami di dunia ini dalam menuju ke syurgaMu Ya-Tuhanku.


Namun, Ya-Tuhanku! Andai ... telah Engkau tentukan aku bukanlah tulang rusuk kirinya, bukan teman kehidupan si dia. Aku mohon padaMu, berikanlah aku segala kekuatan untuk menghadapinya. Aku mohon dengan kasih sayangMu Ya-Tuhanku, permudahkanlah urusanku untuk melupai cinta kasih sayang yang tidak menjadi satu ini dan berilah kekuatan untukku memaafkan segala kekhilafannya. Limpahkan aku dengan kesabaran untuk menerima bahawa segala ketentuan adalah milikMu Ya-Tuhanku dan percayakanlah diriku bahawa hati si dia jua digerakkan olehMU tatkala cinta tidak bersatu!





Siang malam doa itu aku hanyutkan sebelum aku melelapkan mata. Persediaan untuk aku redha atas sebarang kemungkinan tak terjangka.  Sebagai hamba, doa adalah milik kita. Berusaha adalah hak seorang hamba. Namun, harus menerima bahawa ketentuan adalah milik Tuhan!


Di saat aku perlukan kasihmu. Kau tagih kasih yang lain. Di saat aku menjadi manusia begitu setia pada cinta. Kau khianati sekelip mata. Di saat aku menitiskan jernihnya airmata. Kau makin jauh pergi, genggaman tangan kita tidak lagi bersatu. Di saat aku rindukanmu, yang ada hanya kenangan yang hadir antara kita! Menemani perjalanan sepiku!


Jernih airmata yang tumpah semakin kering dan kering. Masa menjadi penawar untuk segalanya. Airmata telah menjadi sebuah senyuman. Hadir kau bersebab. Pergi kau bersebab. Aku menerima. Walau aku pernah rasa amat terluka. Aku tidak lagi tahu sunyi itu apa? Tidak sempat berfikir bagaimana rasa sakit terluka? Tapi ... setiap cerita, setiap perjalanan masih segar dalam hati dan ingatan. Aku ambil segalanya sebagai iktibar dan pengajaran buat menemani jalan kehidupan! 



Cuma aku tak pasti kenapa aku perlu menangis di saat kau menangis kerana melalui kisah yang sama seperti kau pergi dariku dulu? Kau pasti tahu sebabnya bukan??









Teeeet...teeet....teeet! SMS masuk ... check inbox!



"Nak pergi open house tak?? Jangan nak feeling lebih pasal cerekarama semalam".



Perghhh .... sebab cerekarama semalam aku terbuat entry sedih pagi nie! Ianya sekadar tulisan. Jangan persoalkan apa-apa. Ia hanya cerita semata-mata. TAPI ... doa di atas korang boleh amalkan sebagai satu kekuatan buat diri. Sebab selalunya kita tidak tahu apa yang akan terjadi, doa milik hamba Tuhan begitu jua usaha, apapun bersedia untuk sebarang kemungkinan dari segi mental dan hati adalah baik! Kalau pun kita jatuh, kita pasti boleh bangun semula walaupun bermula dengan merangkak .... pasti kemudiannya kita akan boleh berlari lebih laju dari dulu!



Senyumlah! Selagi senyuman itu bukan atas airmata orang lain. Aku pernah rasa bagaimana orang lain tersenyum atas airmata aku, ambil apa yang aku ada. Tapi aku berpegang ... segala di dunia hanya pinjaman semata. Jika Tuhan tentukan sesuatu itu milik kita, pasti suatu masa Tuhan akan kembalikan ia pada kita. Percayalah!



Tiba-tiba ....



"Awak boleh tak saya nak Samsung Galaxy SII??" .... Aku seakan meminta penampar daripada dia berulangkali dengan rela! Serius aku asyik mimpikan benda nie lagi. Giler!!




Thanks datang sini and thanks for reading too! Entry ini seakan sewel hari ini. Maafkanlah!





CK : Aku minta maaf asyik sms mamai setiap malam ... hingga terabai segala sms seterusnya! Kau tahukan kalau aku dah tidur, segalanya indah sahaja.

5 comments:

  1. hahaha. bnyk tgk tv ni.

    fuh. nasib tetiba sms masuk, klu tak bila nk hbs dramanya? eheh. hahah

    ReplyDelete
  2. Kura > sbb kura xde tv...akk ada tv so layan jelah! he he he he

    ReplyDelete
  3. waaaaaaaaaaaaa
    cite yg awal tu buat nak tawu dan tawu lagi
    tetibe masuk cite lain
    hahahaha
    aiyaaaakk
    smbg la cite ni taw
    heee
    maceh mai page mimi tadi
    dah follow siniii
    weeee
    salam kenaii!

    ReplyDelete
  4. huhuhu...tet..tet...
    bateri hp abes..kih3~

    ReplyDelete
  5. Aimei > Insya-Allah akan akk sambung nanti. tungguuuu


    SenyumSOYA > he he he....sbb henpon tu jiwang terhenti

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!