Hye gengs! Cuba tukar kata ganti nama saya kepada aku. Sorry bukan niat untuk berpura-pura dengan segala kata ganti nama. Cuma aku terasa ingin luahkan rasa tak puashati. Ya! tak puashati sebab aku adalah manusia. Bila nama pun manusia, pastinya ada sahaja tak kena sana dan sini. Tapi dalam tak kena tu ada ke yang memang ambil kisah untuk mengenakan apa yang tak kena. Ish .. apa yang aku tulis dan merepek nie?!? Aku harap korang boleh faham. Itu sahaja.
Hari ini aku nak jelaskan pasal kawan. Seorang kawan. Sampai hari ini tak pasti aku layak atau tak gelar dia sebagai kawan. Atau diri aku nie, layak atau tidak menjadi kawan dia. Aku nie, walau amat beralah banyak benda dengan kawan-kawan apatah lagi family, cuma aku nak ingatkan yang aku nie manusia yang ada perasaan. Ish ... janganlah buat sesuka hati mak bapa korang pasal diri aku nie.
Banyak benda aku berdiam. Bila sekali aku luahkan pasti kau akan rasa sakit. Bila aku nasihat sila dengar baik-baik. Sebab nasihat tu kau yang minta. Dulu aku ok sangat-sangat layan kau. Kampung yang berlagak bandar. Jujur aku boleh terima kau seadanya. Macam-macam kau lempar pertuduhan tanpa perbicaraan bila diri aku ini terkurang dan terlemah dalam bab-bab yang kau terror! Ya ... kau terror! Tahu serba serbi, sebab kau kan kampung yang dah jadi bandar. Dan aku nie kampung yang tetap kampung. Cuma tinggal je kat bandar. Tapi ada masanya aku masih makan sambal belacan enak yang buat aku menambah nasi berpinggan. Memang kampung la kot bila makan sambal belacan. Eh! Aku tengok kau makan sambal belacan jugakkan?? Huuu taklah moden sangat kot ...
Kau tahu, bila aku terima seseorang sebagai kawan termasuk kau. Aku rasa semuanya baik. 100% perfect. Tapi bila dah lama-lama, makin bersirat memandang kau dan gelagat kau. Bab menjaga hati kau sebagai kawan usah cakaplah! Kawan-kawan lain yang aku kenal bertahun-tahun lama giler pun tak macam kau. Lagak kau macam puteri hokeh! Part bila kau perlecehkan aku dalam bab yang sememangnya aku tak pernah buat sedari kecillah buat aku rasa ..."ya..kau bagus!". Semua benda kalau bercakap kau tahu! Tanyalah apapun! Boleh pastinya kau jawab ...Tapi bila kau tahu serba serbi layakkah kau perlekehkan aku yang tak pandai nie? Kan bagus kalau kau ajar aku daripada kau khabar-khabarkan pada orang yang aku tak pandai itu dan tak pandai ini!!
Aku tak pandai itu dan tak pandai ini, tapi kau lupa ... aku jaga kau sebagai kawan sebaik mungkin!!
Kau selalu cakap tak serupa bikin. Aku dan si dia selalu perasan, kau kalau nak sesuatu mesti nak dapatkan. Tak kira berapa susah orang perlu kerah tenaga berkorban untuk kau. Bab penghargaan atas pengorbanan orang kau memang ZERO!
Masa kau berdamping dengan orang yang tikam kau dari belakang, bukan main suka bergelak ketawa. Aku?? Sikit pun tak cemburu ... ada aku kesah??!! Aku dah nasihat kau untuk berhati-hati, bukan sekali kau kena tikam, dah berkali-kali tapi kau macam buat tak serik je aku tengok.
Bila sekali kawan, selamanya akan berkawan walaupun kau tak kisah pun pasal hati seorang kawan yang terasa giler dengan sikap kau. Tak tahan bila kau meroyan tak bertempat. Aku harap-harap kau jadi puteri rajalah ye ... semoga dapat apa yang kau hajati. Tapi kau jangan lupa pesan aku, "apa yg kau ada sekarang dah cukup baik, sebelum orang lain kebas ... cepat-cepatlah kau bertindak!".
CK : Aku teringat bilamana kau pernah dipulaukan! Siapa sebelah kau??!! Akukan??
ade pulak pengorbanan zero.hahaha sabar2
ReplyDeletefollow kamu
amboi. marahnya kat kawan. heheh. sabar ye :0
ReplyDeleteEdy > hehehe adelah..bg yg tak tahu mhargai
ReplyDeleteKura > marah sbb syg kt Tuan Puteri tu ar
Ya, sifat manusia. Begitulah.
ReplyDeleteBila susah, dia tak mau susah sendiri.
Bila senang, dia tak mau orang lain rasa senang sekali.
Awan > setuju dengan awak
ReplyDelete