Akhir-akhir nie, mood aku update blog dah kurang. Idea juga kurang. Mood ala-ala sahaja. Kadang aku buka blog ... pandang je sampai dan 1/2 jam. New post ... kosong! Serius cam hape lagi aku rasa. Paling aku bengang 2 hari lepas aku taip entry panjang berjela. Cerita cinta kot? Rasanyalah ... last-last entry tu terpadam macam tu sahaja. Hangin aku ... terus pangkah di sebelah kanan sudut atas. Log off lappy then aku tidur! Geram punya pasal.
Dalam folder lappy aku ada macam-macam gambar yang aku dan MB ambil. Tapi ... malas nak bercerita pasal gambar membuak-buak. Nak edit satu hal. Nak update dah jadi dua hal. Sudahnya berkulatlah gambar tu dalam folder.
Mood aku dari semalam pula memang tak best bila percutian ke Terengganu dibatalkan saat akhir. Patutnya hujung minggu nie aku ke sana. Ke majlis kahwin member baik aku. Tapi memang dah bukan rezeki. Tak dapat pergi. Nampak gayanya ke Melaka sahajalah nanti, majlis sebelah pihak lelaki. Masa MB cakap tak jadi pergi, sedih pun ada. Aku dah siap simpan duit, siap nak book hotel dah. Terus kuciwa dan duka lara hati ini.
Aku dan Lavender sangatlah sedih sebab tak dapat pergi Terengganu. Ayah Mr. Z nak pergi Mekah ... then tarikh yang sepatutnya pergi Terengganu tu ada majlis doa selamat. Alasan yang munasabah, jadi tak dapatlah aku nak emo tak tentu hala. Redha! MB naklah kena pergi rumah Mr. Z untuk majlis doa selamat tu.
Terkulat-kulat aku dengan Lavender, nak pujuk untuk pergi juga seakan rasa kejam di hati. Kalau bukan alasan tu mahu juga aku terkinja-kinja untuk memujuk. Takkanlah aku dengan MB sahaja nak pergi berdua, memang tak bestlah sangat. Kalau beramai boleh juga bahankan orang tu sorang sikit. Meriah! Sebagai memujuk hati yang sedikit terluka ... MB dah janji akan bawa juga pergi Terengganu awal tahun depan! Yeahhh ... pergi beramai katanya. Boleh beli batik banyak-banyak!
Tahun depan juga mungkin nak pergi Sabah. Tapi ticket Airasia yang murah tu tak dapat pun aku book. So kenalah tunggu tahun depan kalau-kalau Airasia buat ticket murah lagi. Kalau tahun depan dapat pergi Sabah, cuma tinggal Labuan sahajalah belum pergi. Then untuk tahun-tahun berikutnya ... akan ke Bandung, Bali, Phuket, Taiwan, ... mungkin! Itu plan akulah ...
Aku nak pergi rawat hati yang duka lara tak dapat pergi jalan-jalan ke Terengganu. Baru berangan nak makan keropok losong dan borong keropok ikan ... sudahnya tinggal harapan je! huk huk ....
Thanks datang sini and thanks for reading too!
CK : Ingat dapatlah pergi snorkeling ... huwaaaaaaaa
amboi. seronok nya klu plan menjadi ye.. melancong sakan! fuh.
ReplyDeleteuwwwaaa uwwwaaaa uwwwwaaaaaa....
ReplyDeletepost terdelete memang paling bengang sekali.
ReplyDeletesalam kenal
ReplyDeletesinggah sini terus follow
kalu sudi, mari le follow ai pulak
maceh
^_^
Kura > melancong sakan...duwet pun sakan tau
ReplyDeleteHani > kite rasa nk berguling je...huuuu cedih!!!
Kami > terdera perasaan bila post terdelete..
NM > salam kenal jua!