Assalamualaikum ....
Sambungan PART 1!
Malam ini aku cuma nampak satu bintang. Puas aku renung kelam malam. Puas aku telek ke kiri dan ke kanan. Cuma satu bintang yang kelihatan. Kau masih ingat ... kita pernah mengira bintang bersama. Kerja gila bukan! Tapi aku suka. Kau kan tahu aku sangat cekap membaca dan mengingati plat kenderaan. Itu kelebihan aku. Setiap kali kau pasti bersuara, "saya tak ingat nombor kereta macam awak, tapi bila tengok kereta saya dah tahu tuannya siapa!".
Malam ini aku mengira bintang sorang-sorang. Nasib baik cuma satu bintang yang keluar, kalau tidak dah pasti aku tidak tidur sampai pagi. Penat mengira bintang. Kau tahu, aku rindu kau dan kasih sayang kita. Sungguh! Dan aku masih menerima sms sayang dan rindu kau pada aku. Aku senyum. Jujur aku tahu kau masih sayangkan aku. Tapi ... seakan ia tidak bersatu antara kita. Aku faham. Semua cerita telah jelas kelihatan. Tuhan itu lebih berkuasa.
Aku teringat cerita tentang kita mula-mula dulu. Kelakar!
"Terima kasih hantar saya ... dan temankan makan sekali dan bayarkan juga!". Sipu-sipu malu aku. Terasa betapa bestnya malam ini. Aku keluar dengan kawan yang memang aku suka. Kawan. Cuma pandang-pandang dari dekat. Ada ke getaran hati pada dia? Eh! mana boleh ... rasanya dia dah ada empunya di hati. Rasanyalah!
"Sama-sama ....erghhh saya....!". Kau macam nak cakapkan sesuatu pada aku waktu tu. Serius aku tunggu perkataan yang nak keluar dari mulut kau. Aku pandang kau dan kau pandang aku. Diam.
"Takpelah .. saya balik dulu!". Kau berlalu ... tapi aku perasan langkah kau macam terpaksa sahaja. Aku pun terus kuncikan grill dan sebelum pintu ruma tertutup rapat aku terpandang kau berpatah balik melangkah menuju ke rumah aku. Kau ada tertinggal apa-apa ke? Rasa aku tidak!
"Ermmm ... ada tertinggal apa-apa ke berpatah balik nie?" ... Laju sahaja aku persoalkan.
"Saya ada perkara nak cakap kat awak. Dah lama saya simpan. Saya dah tak mampu nak simpan lagi. Terpulang pada awak untuk menilai ia bagaimana dan seperti apa!". Sebaris-sebaris ayat tu laju keluar dari mulut kau. Aku diam. Dan kau pandang. Grill masih berkunci. Dan grill itu memisahkan kita pagi-pagi buta itu.
"Apa??" ... Aku memang nak tahu sangat apa yang kau nak luahkan. Aku tunggu!
"Saya sayangkan awak selama ini!". Mata kau berair. Aku lagi terdiam. Gila kau pagi-pagi buta macam ini kau cakap sayang aku. Aku memang diam. Eh! bukan dia memang ada empunya ke?
Aku diam dan kau masih punya kemahuan menyambung kata-kata yang terhenti. Serius aku buntu. Mimpikah? Kau yang hari-hari aku pandang. Kadang-kadang seminggu kau tak bercakap dengan aku. Malah ada sahaja hal yang kau cari dengan aku. Perli pasal aku jangan cakaplah ... bertimbun-timbun. Hinggakan ada masanya aku kecik hati. Aku sabar. Anggap semua tu gurauan. Tapi ... kata-kata kau pagi-pagi buta ini gurauan juga ke? Air mata yang bergenang di kelopak mata kau itu gurauan juga ke?
"Saya patah balik jumpa awak, sebab saya rasa ini sahaja peluang yg saya ada. Saya kuatkan diri saya untuk bercakap. Untuk luahkan. Hingga saya cakap tadi pada diri saya, kalau saya tak patah balik utk cakap sayang saya pada awak ... tentu saya tak ada peluang lagi!" .....
"Bukankah awak dah ada empunya?" ... Penting aku minta kepastian dia. Gila kau nanti orang cakap aku perampas. Memang aku suka tengok dia. Cara dia. Sikap dia. Walaupun dia bukan lelaki Melayu terakhir pun. Tapi seolah ada hubungan kimia antara kami berdua. Cis .... ye ke? Ke aku je yang perasan! ha ha ha ...
Aku ingin kepastian dari dia sejujurnya!
++++++++
teeet ... teeeet ....sms masuk lagi! Inbox, "masuk tidur awal, dah pagi Isnin dah. pagi nanti nak bangun awal pergi kerja. awak jangan nak mengadap lappy je. nite ya!".
..... cerita di atas maybe bersambung! aku kena masuk tidur.
Entry yang korang baca nie, aku tulis siap-siap selepas balik dari Senawang. Ini memang autopublish entry. Sila percaya. Aku pergi open house yang ada sate sedap petang tadi! Tapi aku tak suka akan kegedikan ... beberapa princess atas stage tu. "Lavender, awak tahu tak ... dia tak salam kita pun tadi. Nampak sangat kita bukan princess tau".
Thanks ya baca kata jiwang rekaan aku ... dan thanks datang sini!!
CK : Memang gedixkan korang. Bila tuan majlis terlebih gediz, aku yg jadi tetamu rasa menggeleng kepala sahaja!
bersambung lagi? dah mcm novelis oo. heheh
ReplyDelete