Wednesday, January 4, 2012

ISTANA NEGARA BARU DI JALAN DUTA, KUALA LUMPUR

Assalamualaikum ...





Cuti ganti tahun baru aku pergi melawat Istana Negara Baru. Istana yang cantik dan tersergam indah. Asal ada sahaja lokasi menarik yang dekat dengan aku, mesti rasa keinginan untuk pergi membuak-buak. Bila dah ada blog, lagilah rasa nak pergi sebab boleh share dengan korang, ye dak? Kos pembinaan Istana Negara ini menelan kos sebanyak RM800juta dan ianya adalah termasuk flyrover yang dibina berhadapan istana berkenaan. Sebab itulah kos sebenar pembinaannya meningkat.






Pemandangan jalan masuk ke Istana Negara, boleh nampak KLCC dan Menara Kuala Lumpur. Pemandangan yang sangat cantik dan menarik. Memandangkan ia tempat baru, so agak panas. Pokok-pokok pun belum banyak lagi. Kawasannya lapang dan belum ada landskap yang cantik lagi.



Pintu gerbang Istana Negara yang cantik. Boleh nampak Istana dari pintu gerbang berkenaan. Kalau Istana Negara, Jalan Istana yang lama, kita tak boleh nampak. Cuma boleh pegang pintu gerbang, layan tentera berkuda dan yang berdiri itu aja. Sekarang dah boleh tengok .... kalau dapat masuk tentu lagi teruja rasanya. 


 

Istana berkenaan. Cantik dengan kubah berwarna kuning. Kerja-kerja landskap di sini masih lagi giat dijalankan. Menurut sumber, Kompleks Istana Negara ini bernilai RM650j. Persimpangan bertingkat RM130j dan kerja-kerja menaiktaraf jalan untuk ke Istana Negara RM32.5j. 




Penghadang di depan gerbang Istana Negara ini boleh diturunkan secara elektronik. Masa aku sedap-sedap pegang benda ini bertongkatkan dagu, tiba-tiba je dia turun. Terkejut aku. Masa itu, tentera yang berkuda itu dah habis shift. So, 3 orang tentera berkuda datang nak menjemput yang 2 orang lagi tu. Aku ingat, penghadang itu akan dicabut semasa kenderaan diraja melaluinya, rupanya dia akan turun secara automatik. Dekat dalam kawasan istana pun ada lagi satu baris penghadang yang sama.




Tentera berkuda yang telah tamat waktu penjagaan. Untuk makluman korang, kalau rasa nak melawat Istana Negara baru ini, pergilah sebelum 3pm, sebab selepas waktu berkenaan, tentera berkuda ini telah tamat waktu pengawasannya. So, tak dapatlah korang nak ambik gambar dengan tentera berkuda yang hensem macam dekat bawah ini. 


 

Abang berkuda ini adalah baik. Manis je senyum. Sangat sporting. Dia boleh lagi suruh kita pegang kepala kuda itu dan usap-usap supaya kuda itu taklah asyik bergerak sana sini kalau kita nak bergambar. Suweeeet!!


 

Ini kawasan sebelah kanan gerbang Istana Negara, sangat luas jika dibandingkan dengan Istana Negara, Jalan Istana. Aku rasa akan ada lagi pembinaan pada masa akan datang. Tapi kalau dibiarkan pun view dia memang tetap cantik, nampak bangunan-bangunan di KL yang tersergam.




Kawasan parking yang disediakan. Juga terdapat kemudahan tandas untuk orang ramai. Tandas berkenaan bersebelahan dengan kawasan parking. Senanglah kan kalau ada kemudahan macam ini. Kalau rasa nak terkucil, cepat-cepatlah ke sana. he he he. Istana lama tak ada tandaskan????


Jalan keluar Istana Negara. Kami siap berhenti untuk ambil gambar. Nampak biasa sahaja. Tak ada apa yang menarik sangat. Sesiapa yang melalui highway di Jalan Duta pasti nampak sign ini.


Masa hari aku melawat, ramai pelancong yang datang. Masing-masing sibuk ambil gambar dengan tentera berkuda. Aku pun sama ..... nak juga! Alang-alang dah jadi pelancong sehari, nak juga ada kenangan.


Lepas jalan-jalan ke Istana Negara, Jalan Duta, kami bergerak ke Menara Kuala Lumpur. Nanti aku buat entry lagi pasal Menara Kuala Lumpur. Cuti sekejap, jadi jalan-jalan KL sahaja sebab KL pun tak adalah jammed sangat


CK : Baru nak siap pergi kerja ... hari ini mesti sesak sebab sekolah dah buka.

5 comments:

  1. ala pic loading lmbt.xdpt tgk sume.

    ReplyDelete
  2. Gambar pun cantik-cantik belaka hehe..

    ReplyDelete
  3. dulu masa sampai ja dekat jln duta mesti tanya husband.. apa la dorg nak buat? setiap kali lalu situ msti tny. masjid kah? besar betul masjid.

    ReplyDelete
  4. suasana pon nmpk tenang je...chtik pulak ..

    ReplyDelete
  5. nak pergi, tapi apa pun, gambar tetap lawa, terbaik. :)

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!