Tuesday, July 31, 2012

HARI TERAKHIR Y.BHG. TAN SRI SAMSUDIN OSMAN DI PERBADANAN PUTRAJAYA

Assalamualaikum ...





Hari ini adalah hari terakhir Y.Bhg. Tan Sri Samsudin Osman bertugas di Perbadanan Putrajaya sebagai Presiden. Dan petang tadi, berlangsungnya majlis perpisahan berkenaan ... mengucapkan selamat tinggal buat Presiden yang baik ini (sangat). Dengan adanya perbarisan berkuda, cukup simbolik dan menarik sekali! Bersalaman dengan pegawai dan pekhidmat PPj ... ada juga yang merah mata.















Tiada sebarang caption pada gambar. Biarlah gambar yang bercerita dengan sendirinya!

Terima kasih Y.Bhg. Tan Sri Samsudin Osman ... "u're nice man!". Jasamu dikenang.

Esok, Tan Sri Aseh Che Mat (Bekas KSU Kementerian Dalam Negeri) akan memulakan hari pertama beliau sebagai Presiden baru Perbadanan Putrajaya.




p/s : kualiti gambar teruk sebab guna camera hp .... rugi, lupa bawa camera!!






CK : Ada satu gambar dengan Tan Sri SBO masa memancing tahun 2006, tapi entah manalah aku simpan. Kenangan tu ...

REZEKI BULAN PUASA

Assalamualaikum ...




Alhamdulillah, pagi nie bila check akaun NUFF ... ada BE baru!Suke .. suke ;=). Rasanya baru 2 hari lepas aku update bio dan kaji selidik kat akaun nuff. Tak sangka plaks bleh dapat BE baru nie. Bulan-bulan puasa nie murah rezeki aku. Sekarang BE aku dah ada dua. BE sebelum nie dari SONY yang masih bertahan lagi. Earnings dia pun boleh tahan. Aku rasa sepanjang aku blogging, earning dari BE Sony Nex F3 paling tinggi. Selalunya earnings BE aku belas-belas ringgit je. 


Syukurlahkan dari tak ada. Belas-belas ringgit pun duit juga. Kumpul-kumpul leh jadi lagi banyak ... kan kan kan. Kalau tak tercapai pun duit NUff aku untuk beli DSLR, maybe aku guna duit BE aku untuk pergi Bandung tahun depan. Insya-Allah. Itulah niat aku. Sekurang-kurangnya aku gunakan dengan cara yg betul dan ada kenangan Nuff di situ.


BE VW Hari Raya 2012!! Mood raya ....

Dulu blogging hanya sekadar untuk jadikan blog nie tempat luahkan rasa sebab kecewa. Bila ada blog tu memang nk mulakan langkah baru dalam hidup. Alhamdulillah, belog sekarang pada aku lebih daripada menjadi tempat mengadu rasa untuk aku. Berkongsi minat, hobi, aktiviti dan kenangan-kenangan hidup aku dengan korang. Walau bukan semuanya aku kongsi dekat sini, kurang-kurangnya bila ada anak cucu nanti ... dorang bangga kot aku jadi blogger neh ... he he he walau hanya sekadar picisan, tapi best juga rupanya jadi blogger .... ILIKE!!


Aku sekarang tengah mengumpul income Nuffnang bagi cukup setahun, baru cash out ... earnings biasa-biasa sahaja, so tak dapatlah nak cashout bulan-bulan cam Redmummy ... tak pun Eyriqazz  ke ... Dorang dah mantop. 


Teringin juga nk jadi blogger cam dorang, mesti beshkan?? tetiap bulan masyuk ...tapi kena pecahkan ruyungnya dulu, baru boleh dapatkan sagu. Ye dak???



p/s : Terima kasih Nuffnang untuk BE baru nie, esok-esok bagi lagi ye ;=)





CK : Daripada buang masa melampau, baik juga blogging nie kalau cara dia betul ;=)

Monday, July 30, 2012

BUIH JE LEBIH

Assalamualaikum ...








Adalah mengecewakan aku bila order nenas suam, aku dapat buih lebih dan hampir setengah gelas!
Ini bukan kali pertama aku order nenas suam. Selalunya tak pernahlah dapat buih lebih yang menghampiri setengah gelas macam nie. Terasa rugi pun ada. Aku bayar untuk buih yang lebih tu sekali.


Kadang-kadang orang meniaga makan dan minum nie terlalu berkira. Sedangkan kita menbayar apa yang sepatutnya. Yang kita dapat tidak sepatutnya. Takpelah, bulan puasakan ... halalkan ajelah. Cuma peringatan untuk diri sendiri, jujur dalam soal jual beli. Jangan buat halai balai yang menerima rungutan pelanggan ;=)








CK : Biar lebih apa yang diminta, dan yang lebih itu moga menjadi pahala ..... bukan minum air nenas buih lebih ye!


MENU BERBUKA PUASA DI KALA SORANG-SORANG

Assalamualaikum ...





Semalam, buat pertama kalinya dalam tahun ini aku buka puasa sorang-sorang. Sabar ajelahkan. Semua orang sibuk dengan tugasan dan rutin masing-masing. 2-3 hari mula puasa berbuka dengan mak ayah, lepas tu berbuka puasa dengan kengkawan dan si MB. Tapi semalam kena berbuka sensorang cam sayu jugaklah hati nie.


Mulanya semalam aku plan nak berbuka dengan adik-adik aku. Bila mesej, dorang dah plan nak pergi shopping then buka puasa kat luar. Aku plak time tu dekat opis. So, malaslah nak join sekalikan. Sebelum pergi kerja semalam, aku dah siap perapkan ayam ... sebab nak buat ayam bakar halia untuk adik aku yang membuyung bawa baby dalam perut. Tup tup dia takda kat umah sbb pi beli barang anak dengan adik bongsu aku. Ayam dah perap ... so, balik office teruslah bakar. Sampai rumah pun lambatlah sebabnya plan nak pi rumah adik aku tak jadi plak.





Ini menu aku semalam semasa berbuka. Ayam bakar halia dan buah melaka. 1st time aku buat buah melaka. Ayam bakar halia tu menu ulangan. Dah berkali-kali aku buat sejak aku diet. Aku suka rasa dia yang pedas-pedas tu. Buah melaka plak aku dapat recipe dari kawan aku. Alhamdulillah menjadi. Ingatkan susahlah sangat buat buah melaka nie ... rupanya sonang aih!! Nanti aku share recipe buah melaka nie dengan korang yek ;=) Buat sendiri lagi sedap daripada beli dekat param (pasar ramadhan)!


Sabtu Ahad ajelah aku boleh masak, hari bekerja ... bergantung kepada keadaan. Kalau kena kerja ... beli ajelah juadah jawabnya. Tak sempat kalau kerja abih kul 8pm bila nak masakkan?? Nak masak lauk pauk pun, aku bukannya makan nasi. So, kalau kuih muih tu nak buat malam-malam cam leceh (alasan nie ...hehehe)



Walaupun berbuka puasa sensorang .... habis juga makanan tu! Dah nama pun rezekikan .... Alhamdulillah!!





CK : Bilalah nak try menu baru lagi ...

Sunday, July 29, 2012

DULU SEDAP SANGAT, SEKARANG DAH KURANG SEEEEEDAP LA!

Assalamualaikum ...




Petang semalam si MB ajak aku pergi Mydin USJ. Aku on ajelah sebab kerja-kerja menjala roti dan delivery aku dah siapkan. So, bolehlah pi jenjalan. Lagipun aku nak beli barang keperluan diri dan rumah sket. Alang-alang dah ada yang ajak ... baik jangan tolak.


Si MB sibuk nak cari card raya kat Mydin USJ, sekali pergi ... card raya tak berapa cantik. Maka tak jadi beli. Bleh dikatakan tetiap tahun aku temankan dia beli card raya. Sekali beli dekat 30 keping. Rajin bebenor dia hantar card raya tau. Memandangkan tak jadi beli card, aku ajelah yang shopping ... dia tolong bawa troli je.


Lepas shopping bagai dah dekat 6.30pm. Mulalah sibuk nak cari tempat berbuka puasa. Aku cuma bawa bekal roti jala. Kalau makan roti jala, aku sorang je kot rasa kenyang. Si MB belum tentu lagi kenyang sebabnya lepas berbuka dia nak terus balik kampung sebab ada meeting lepas terawih. Tak dapatlah nak makan lelama. Masa on da way balik dari USJ, Puchong ajelah tempat yang familiar nak cari tempat makan. Lagi pun dah sejalan nak ke Putrajaya. Nak kejar masa lagi .... so, makan kat mana yang sempat ajelah.


Akhirnya si MB suggest makan dekat Arza Tomyam Puchong. Dia kata dah lama tak pi. Tempat makan nie memang peberet kami dulu, asal mai sini menu yang wajib order adalah sup tulang. Boleh dikatakan sup tulang dia memang terbaik masa tu! Masa tulah ....


Kawasan sekitar Arza Tomyam. Kalau rasa nak dok bersila ... boleh dok kat pondok tu. Kalau rasa bersila boleh kebas kaki tangan ... dok ajelah dekat meja kerusi tu. Sonang! Takdelah lepas makan tak leh bangun ... kan ... kan ...


Inilah sup tulang terbaik yang aku maksudkan. Terbaik dan sedap tu dulu. Tapi semalam sup tulang dia mengecewakan. Boleh dikatakan jauh berbezalah dari dulu. Sedih tul! Lepas berbuka dengan roti jala, start makan nasi. Aku hiruplah kuah sup nie .... apsallah rasa lain macam. Isi dia pun dah tak banyak macam dulu. Tulang je besaq (taulah sup tulang ... tapi makan tulang dah jadi kawan jin ;=) Rasa dia cam sup lama je. Cam dah berhari rebus. Adeeeees semput selera berbuka puasa.


Si MB order ikan bilis goreng. Korang tengok gambar ikan bilis nie ... apa korang rasa?? Aku rasa cam dia goreng dengan minyak yang dah diguna berkali2. Minyak dah naik hitam. Sampai hitamlah ikan bilis tu. Tapi dah nama pun rezeki ... makan ajelah! Asal perut kenyang dan tak membazir!


Up dengan telur dadar! Bolehlah ....


Dan air ... asam boi dan nenas suam! Apa yang pelik kat nenas suam tu??? 



Semalam adalah pertama kali makan dekat kedai untuk berbuka puasa. Bolehlah setakat mengisi perut. Arza Tomyam memang dah tak sebest dulu lagi. Maybe dah tukaq tukang masak kot. Aku makan juga nasi tak sampai separuh. Itu je yang ada kan. Asal makan nasi je, balik mata dah ngantuk. Mandi dan terus tidur! Si MB plak teruskan perjalanan ke kampung dia.


Lepas nie memang dah tak hadap nasilah ... teruskan  menu biasa semasa berbuka puasa setiap hari. Makan kuih dengan ayam bakar 1/4 tak pun kepak ayam madu 2 ketul. Itupun dah kenyang. Dah cukup Alhamdulillah dah.





CK : Orang berniaga nie jangan fikir untung semata, tapi fikirkan meniaga sambil buat pahala.

TEMPAHAN ROTI JALA RONA RONI

Assalamualaikum ...





Baru nak cerita pasai aktiviti semalam hingga buat aku kepenatan. Setelah 8 hari berpuasa, barulah aku masuk dapur. Asyik berbuka dengan juadah dekat Pasar Ramadhan je ... kalau masak pun dekat kampung masa aku balik hari tu. Dok umah sendiri belum start masak pun lagi. Aku kena kerja, so ... kenalah beli juadah tunjuk-tunjuk je. Hati nie dah teringin nak makan sup, tomyam dan menu-menu air tangan sendiri. Tapi apakan daya, kerja punya pasal ... relakan hati menjamah menu di pasar ramadhan. Alhamdulillah, ada gak rezeki!



Semalam, aku berligat dekat dapur menyiapkan tempahan roti jala. Dekat 100 keping jugalah aku menjala. Masuk dapur start kul 11am sampai 2.30 petang baru siap. Letih kaki berdiri menjala roti nie. Sakit tak hengat. Tapi orang dah nak dan memandangkan aku takde aktiviti pape ... terima ajelah tempahan tu. Aku terima tempahan roti jala tanpa kari. Kari dorang wat sendiri. Ada roti jala lebih aku sedekahlah dekat adik aku and kengkawan. Yang dorang nie aku wat kari sekali. So tak banyaklah kari nak kena masak. Ayam 1/4 pun dah cukup!


Aku buat roti jala 3 colour. Sebab ada satu botol muncung tiga tu aku baru je beli dekat Bangi Seksyen 7. Satu beli dekat Daiso dan 1 lagi beli melalui pos. Beli pos sebab masa tu dah cari merata takde plak juai botol muncung 3 nie. So kenalah beli yang pos punya. Aku beli yang pos 2 botol, satu aku kasi mak aku.


Walaupun dekat rumah, kebersihan perlu diutamakan. Siap bersarung tangan plastik lagi. Si teman dah pesan siap-siap, kalau nak terima apa-apa tempahan makanan ... kena jaga kebersihan lebih-lebih lagi. Extravaganza!!! Bukan bermakna kalau masak makan sendiri tak jaga kebersihan, kebersihan tetap diutamakan cumanya bila kita nak bagi orang lain makan ... kenalah pakai sarung tangan cam dalam gambar tu.


Inilah hasilnya yang mampu aku jala sepenuh hati. Penuh sebekas. Lepas siap-siap menjala baru aku buat kari seperiuk kecik. Kari nie untuk diagih-agih dekat adik and member aku. Kat dorang takkanlah nak bagi roti jala je kan. Yang order nie nak roti je, kari dia buat sendiri. Lagi baik camtu, time-time puasa nie nak masak kari yang diorder kang rasa dia tak semenggah plak ;=)



Susun cantik-cantik, lepas tu startlah hantar. Free delivery! he he he. Komen dorang tak tahulah camne. Aku tetap guna resepi yang sama cam tempahan sebelum nie. Takde lebih takde kurang. Buat roti jala nie best, tapi yang penat ...... kaki! Asyik berdiri je. Lepas nie kalau ada yang tempah, aku nak ambil satu colour je, buat dua colour nie kerja jadi lambat. he he he


Hari nie aku ingat nak pergi kerja jap lagi, pastu nak berbuka puasa kat rumah adik aku. Balik dari office nak masak ayam bakar halia dengan udang masak tempoyak. Kang adik aku tak yah masak lagi dah. Pergi bawa makan sendiri je, sian adik aku dengan nak jaga anak bagai ... menyusahkanlah plak. 


Untuk petang nie nak berbuka puasa, korang nak masak apa ye?? share le ... ;=)







CK : Lepas pencen nie leh le aku niaga kuih ... he he he

HANCUR BERDERAI

Assalamualaikum ...




Buka puasa tadi aku berbuka dekat kedai je dengan si MB. Lepas berbuka terus balik dan si MB balik kampung sebab lepas terawih ada mesyuarat pasai program berbuka puasa. Aku plak time berbuka tadi makan nasi putih sebab arini rasa penatlah sangat dari tengahari tadi. Dahaga tak ingat. Nak kata tak sahur, aku dah sahur makan murtabak lagi dengan 1 liter air suam. Ish, tak cukup lagi ke?


Balik rumah je terus pergi mandi, then rehat-rehat kat ruang tamu sambil layan depan tv. Memandangkan aku memanjang tidur depan tv ... so memang aku dah siap toto awal-awal lagi kat sofa. Lipat baik punya. Nak tidur terus bentang kat lantai je. Aku nie malas tidur kat katil dalam bilik sendiri ... rasa cam susah nak bangun sahur karang. Kot ada yang terlajak. 


Tadi masa nak lepak depan tv, aku pun angkatlah toto nak bentang kat lantai. Sekali aku angkat toto tu tersadung plak pasu kaca atas coffee table aku. Terus ....... hancur berderai bila kaca bertemu lantai. Nak cakap ada dah. Tak terkata!



Kecuaian aku! Langsung tak hati-hati masa angkat toto tu. Sedih tul, pasu kaca dan kelopak bunga tu dahlah boss lama aku hadiahkan. Ermmmm .... memang takde rezeki. Selalu memang aku jaga baik punya. Anak buah aku datang pun takda pun dorang usik. Sekali tu, jatuh pecah kat tangan sendiri!


 


Dalam penat-penat terpaksalah sapu bersih kaca tu dengan bunga-bunga tu aku sapu dan buang. dah tu habuk kaca tu kenalah vacum. Kang ada plak kaki yang tertiba berdarah plak. Dah dekat 4 tahun aku dok umah nie, inilah kes pertama barang jatuh hancur berderai camnie. Kepala nie mulalah fikir bukan-bukan. hu hu hu


Harap-harap takde apelah yang buruk berlaku .... ye dak??






CK : Letih buat roti jala ...


Friday, July 27, 2012

APA KISAH BERAT AKU MASA PUASA

Assalamualaikum ...





Kalau yang memang follow belog aku memang tahu aku on diet. Cumanya sejak 2 minggu lepas diet aku on off tapi tak kritikal la off tu. Takdelah bedal nasi berpinggan2 ... mee goreng sekuali ... roti satu bundle. Tidak ... tidak ...! Aku off diet dengan jumlah karbo yang lebih dari biasa. 2 minggu sebelum aku penat kerja dengan events, berat aku dalam 57kg. Disebabkan tak pantang sangat ... naik kepada 58kg!!



Geram jugaklah sebab tak boleh nak konsisten. Rasa macam nak capai 55kg tu jauhlah sangat. Sedangkan kalau konsisten diet boleh dapat 55kg dalam masa 10 hari je pun! Haish, rasa cam nak lempang diri sendiri je bila tak dapat nak kawal nafsu serakah bila nampak makan. Walau tak makan pelahap gilers, tapi bila ko merasa makanan yg agak manis dan ada karbo terlebih sket, ketosis terus tak menjadi! Bila ketosis tak menjadi, takde lemak yang dibakar untuk dijadikan tenaga. So, takdelah lemak mencair dari badan aku!


Senaman pula terstop dengan sendirinya dah 2 minggu kot aku rasa, balik kerja penat. Mandi dan terus tidur. Itupun kalau balik terus mandi, kalau tak tidur dulu ... bangun 2-3pagi baru mandi. Baguskan?? Bila senaman aku dah stop ... takde skipping, takde sit up, takde jumping jack (betul ke aku sebut nie?), so mulalah merasa macam perut menebal dengan lemak. Sedangkan bila ukur, ukuran sama je.Perasaan ke atau aku salah ukur??


Nasib baik bila masuk Ramadhan, aku kurang sket selera makan. Bila kurang selera, takdelah aku follow 100% atkins diet. Susah je rasa. Sebab aku tak lalu makan, nk follow 100% atkins memang lembik aku rasa. Puasa nie pun aku ambil food supplement untuk elak rasa lapar di siang hari. Kalau aku makan nasi pun setakat 2 sudu je, macam tu juga kalau makan bihun atau mee ... setakat 2 sudu tu dah ok dah. Biasanya aku berbuka puasa dengan ayam bakar, sayur dan murtabak 2-3 potong. Tak selera punya pasal. Tengok juadah kat Pasar Ramadhan Presint 2 Putrajaya .... tak seenak macam dulu lagi. Cam biasa je tak special pun.


Baru seminggu puasa nie, berat aku dari 58kg turun balik kepada 57kg! Oklah tu kan .... seterusnya aku tak pasti camne. Puasa nie malas nk fikir pasal berat badan ... sebab aku akan confuse setiap kali tengok juadah berbuka. Sahur pun dengan kurma 3 biji dan 1 liter air suam then sebiji supplement. Alhamdulillah, dah cukup kenyang dah tu...


Sejak makan supplement, perut dah tak lapar macam dulu ketika berpuasa!! Itu yang seronok tu ... badan pun tak letih ;=)







CK : Misi seterusnya!!


ISTERI YANG MAHAL

Assalamualaikum ...





Isteri yang mahal? Mahal kat mana tu ... kat hantaran ke ... mas kahwin ke ... lawa ke ... budi bahasa ke ... kaya ke ... Camner istilah isteri yang mahal tu?? Terkejut juga aku bila baca ada isteri yang mahal. First time kot terbaca pasal isteri yangmahal nie. But, setelah dibelek-belek dan difaham-faham ... ermmm memang betul-betul mahal isteri yang satu nie (mungkin jugak 2, 3 dan 4 ...)



 


 Wahai para isteri di luar sana ... adakah anda isteri yang mahal menurut Islam?? Wahai para suami, adakah isteri dan mungkin isteri-isteri anda mahal menurut Islam??



Aku belum jadi isteri, jadi tak tahulah akan jadi isteri yang mahal atau pun tak ... keh keh keh!!








CK : Dah seminggu dah puasa, Alhamdulillah .... berjalan dengan lancar!

Thursday, July 26, 2012

PETUA UNTUK MENGGEMBIRAKAN HATI YANG SENGSARA

Assalamualaikum ...





1. Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit.

Bunyinya senang nak dibuat, tetapi perlu diaplikasi berterusan. Mengaku saja anda sering merasa sedih sebab banyak kali mengingati kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu. Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua itu, selupa yang mungkin. Bulatkan azam untuk memfokus kepada masa depan anda, cita-cita anda, keluarga, kerjaya, kewangan, ilmu dan rakan-rakan.
Anda tidak akan dapat melupakan kesemua memori pahit sekaligus, tetapi lakukan sedikit demi sedikit dengan mengalihkan perhatian anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tetapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri.


2. Buang Sikap Risau.

Ada 2 kesan dari sikap risau. Pertama ia menarik nasib tidak baik, masalah dan musibah tanpa anda pinta. Kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan anda dari segi fizikal dan mental. Risau membuat anda selalu menjadi sedih dan kecewa, kekadang takut. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri anda mengawal emosi.


3. Belajar Rajin Bersyukur.

Ucap syukur atas kesemua yang anda ada. Misalnya, ucap syukur kerana anda masih ada 5 deria yang lengkap. Anda boleh melihat dan menarik nafas setiap kali bangun tidur. Anda ada kawan rapat yang memahami anda. Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur itu meresap jauh ke dalam diri anda. Buat banyak kali dalam sehari.

4. Belajar Menjadi Pemaaf.

Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif (takut, sedih, kecewa. gusar, menyampah, marah, geram, cemburu, tak puas hati, dendam, busuk hati). Seterusnya, meneutralkan gekombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda anda. Anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana anda tidak memaafkan kesalahan diri anda di masa lalu ataupun anda tidak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri anda satu ketika dulu. Mungkin juga anda susah menerima hakikat perbuatan salah orang lain terhadap diri anda, yang membuat anda sedih, kecewa dan geram. Belajar menjadi pemaaf dan menghapus semua ini lalu menarik ketenangan datang pada diri anda.


Sumber : ePetua





CK : Sharing is caring ;=) 

JALAN, ORDER & MAKAN : WARUNG TEPI JALAN, PERSIMPANGAN KAMPUNG ARAB NEGERI SEMBILAN

Assalamualaikum ...





Entry ini seakan kejam sebab dipublish pada bulan Ramadhan, dah tu di siang hari plak tu. Ampun maaf ye kengkawang. he he he! Dah berhari-hari gambar dok dalam draf, tapi tak juga dok karang cerita. Bulan puasa nie mood aku memang malas bebenor nak up cerita. Balik keje dah penat. Penat berjalan dekat Pasar Ramadhan Presint 2 tu. Sekali pergi sampai 2 kali pusing, tapi tak beli apa sangat pun. Balik-balik beli ayam bakar ajelah. Itu je yang nampak menyelerakan, yang lain semua tak pandang dah!


Cerita nie sebelum puasa, semestinyalah sebelum puasakan ... sebab menu makan tengahari yang kami hadap. Masa nie 2 minggu sebelum puasa. Time tu tengah sibuk dengan Floria. Tapi ada masa lagi dok pi jenjalan ke Port Dickson. Nak release tensionlah kononnya. Rasanya kekecohan dan huru hara kat office tu amat menyesakkan hati sendiri, tu yang bawa diri nak lapangkan kepala sendiri.


Berbalik kepada cerita dekat PD, masa kat PD dah time tengahari, perut memang laparlah sangat sebab pagi tu cuma makan roti je kot. Sehari dekat PD, memang aku tak diet atkins pun. Memang dah set cuti dari diet time tu. Jalan punya jalan jumpalah warung makan nie, sebenarnya aku dah selalu sangat lalu dekat area Kampung Arab nie dan menyimpan hasrat terpendam untuk makan dekat warung nie. Bertahun lamanya jugalah memendam hasrat!


Sekali hari tu, si teman tanya nak lunch kat mana ... aku pun habaqlah kat dia kat mana aku nak pi. Dia ok, apa lagi teruslah ke sana. Makanan dekat sini boleh dikatakan agak sedap juga, warung dia bersih dan harga makanan pun berpatutan. So sesuai sangatlah aku nak suggest untuk korang pun try juga nanti nanti.



Ini warung yang aku maksudkan. Dia terletak betul-betul dekat persimpangan traffic light nak masuk ke Kampung Arab dan Shellgate. Agak mudahlah nak nampak. Cumanya nama jalan tu aku tak pasti plak. Lupa nak tanya si teman.




Nanti kalau korang nak pi, nampak signboard nie ... dekat sebelah tu je warung dia. Lauk makan tengahari nie boleh dikatakan banyak jugalah. Dah poie Nismilan, masak lemak cili api memang takleh tinggallah. Kalau tak, tak bestlahkan ...



Ini menu yang aku ambil. Nasi separuh, ayam masak lemak cili api, pucuk ubi masak lemak cili api dengan tempe. Sambal belacan dia boleh tahan sedap. Masak cili api dia pun best jugalah!


Yang nie si teman punya menu. Masak lemak juga ... tapi ikan keli la. Aku suka rasa ikan keli dia. Segar dari ladang!! Makan simple-simple, tapi Alhamdulillah berbaloi dengan harga. Sekali dengan air cuma RM12 kalau tak salah aku. Okeylah kot kan ...




Jangan leleh air liuq ye ... lap lap sket tu! he he he ... ! Okeh selamat berjalan ke sana dan mencuba!!






CK : Ada yang ajak berbuka puasa di Laman Perdana petang nie ....

Wednesday, July 25, 2012

BONUS SETENGAH BULAN UNTUK PENJAWAT AWAM

Assalamualaikum ...



KUALA LUMPUR 25 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam. Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan turut mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju memberi Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan. 


Bayaran itu akan dibuat pada 9 Ogos ini, katanya dalam kenyataan di sini. Pemberian bonus dan bayaran khas itu akan memanfaatkan seramai 1.27 juta penjawat awam persekutuan dan 657,000 pesara kerajaan. Najib berkata pemberian bonus dan bayaran khas kewangan itu dibuat berdasarkan kedudukan dan kemampuan kewangan kerajaan. Beliau berkata bayaran itu akan melibatkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2.2 bilion. - BERNAMA




Alhamdulillah di atas rezeki dari Allah nie, tak tersangka dan tak terduga! Semoga dapat dimanfaatkan dengan baik oleh kita semua. Terima kasih Ya-Allah, syukur padaMu ... terima kasih Kerajaan Malaysia.  Terima Kasih PM!


 Berbelanja dengan bijak dan bersederhana. Bonus nie datang di kala aku memerlukan untuk servis kereta comel tu. Di kala nak betul-betulkan segala bajet untuk persiapan raya dapat pula bonus, memang senyum sampai ke telinga! Seronok ... dan syukur yang teramat. Alhamdulillah ;=)





CK : Berbelanja dengan berhemah sejak 1 Ramadhan terutama ketika berbelanja untuk berbuka puasa. Siap ada buku bajet bulan puasa lagi ... hu hu hu 

BILA USIA SEMAKIN SENJA

Assalamualaikum ...



Seperti tahun-tahun sebelum ini, setiap kali sambut Ramadhan ... aku akan baik kampung untuk tempoh 3-4 hari. Bersahur, berpuasa dan berbuka puasa dengan mak ayah selagi aku masih sorang. Dan untuk tahun ini, aku dah ambil cuti untuk balik kampung. Ia sememangnya menjadi kewajipan buat diri aku sejak 11 tahun lalui hidup dekat tempat orang. 11 tahun tu ... kalau nak diikutkan memang lama, tapi rasa alahai sekejaplah sangat.


Tahun ini, berpuasa dengan keadaan agak berbeza bila balik kampung. Mak ayah aku dah tak sekuat dulu. Ayah dah berusia 66 tahun dan disahkan menghidap kencing manis pada usia 65 tahun. Ayah kata dia bersyukur menghidap penyakit ini pada usia emas seperti sekarang kerana keringat dia sebelum ini telah dihabiskan untuk membesarkan anak-anak dengan kurniaan kesihatan yang terbaik dari Allah swt. Dia bersyukur selama ini dia sihat walafiat dan merasai sakit pada usia yang wajib untuk dirinya merasai sakit katanya. Sambungnya lagi, sudah sampai masanya! Bukan ayah tidak menjaga kesihatan dengan baik ... tapi, setiap sesuatu berlaku dengan sebab. Bila ayah berulang kali sebut, masa sudah sampai ... airmata aku bergenang sepenuhnya di kelopak mata!


Dan mak pula disahkan menghidap kencing manis pada awal tahun ini, pada usianya 62 tahun. Berbanding ayah, mak lebih kuat semangat ... mak juga seperti ayah, redha dengan segalanya ketentuan Allah swt. Mak seorang yang sangat rajin menjaga kesihatan sejak dulu. Makan ubat-ubatan kampung dan membuat pemeriksaan kesihatan setahun sekali di klinik kerajaan. Seolah menjadi rutin walaupun dia hanyalah seorang tua dari kampung yang tidak mempunyai pendidikan tinggi tapi mempunyai kesedaran sendiri mengenai penjagaan kesihatan diri. Itulah mak aku!!


Walaupun seakan pada zahirnya mak ayah nampak sihat, tapi kudrat mereka telah tua. Semakin aku pandang wajah mereka, hati aku semakin sayu. Ayah tidak lagi sesihat dulu, dia tidak lagi mampu memandu kereta sejauh mungkin. Pening katanya. Ye, aku faham! Tidur malam ayah sering terganggu sejak disahkan menghidap kencing manis. Kadang dia tidak tidur malam. Dan siang baru mata ingin pejam. Setiap hari ayah kena makan ubat!


Dan mak pula, tak mampu berjalan jauh. Kalau ke mana-mana dengan aku pastinya tangan dia aku pimpin. Kalau dulu mak solat berdiri, sekarang ... mak hanya mampu solat sambil duduk. Bila tanya, mak akan cakap lutut dia dah tak kuat. Sesekali jika mak merasakan dirinya sihat, barulah dia akan solat berdiri.


Yang semakin menjadi kerisauan aku ... kesedihan aku, tiada siapa di kampung. Hanya mengharapkan saudara mara sebelah rumah. Tapi apalah sangatkan. Anak-anak mak ayah semuanya jauh di perantauan. Hanya telefon menjadi penghubung. Hanya 2-3 bulan sekali anak-anak ambil cuti balik jenguk mak ayah.


Walaupun usia mak ayah dah senja, sampai hari ini ... mereka masih 'kuat' menjemput dan menghantar aku ke terminal bas ataupun airport setiap kali balik kampung. Kasih dorang pada aku dan adik-beradik yang lain hanya Allah swt yang mampu membalasnya. Berbanding adik beradik yang lain, mak ayah lebih menyatakan kerisauan mereka pada kehidupan aku. Dan aku pula sibuk menyimpan rasa kerisauan aku terhadap mak ayah yang jauh di kampung!


Untung siapa yang ada mak ayah depan mata atau yang mudah untuk dijenguk. Hargailah selagi ada, selagi ada depan mata, selagi kita boleh peluk dan kucup pipi mereka!! Selagi kita mampu untuk bersalaman dan cium tangan mereka, buatlah selagi boleh. 








CK : Sampai masa kita pula berada di tempat mereka!!

Monday, July 23, 2012

RINDU

Assalamualaikum ...








Puasa-puasa boleh ke rindu semua nie??





Menguja nafsu serakah manusia .... nak cari untuk buka puasa agak-agak okey tak??








CK : Rasa macam nak cari sendiri je ..

Sunday, July 22, 2012

PERSEDIAAN BILA MAK AYAH DATANG JUMPA ANAK

Assalamualaikum ...




Cerita basi lagi. Sorrylah, masa kesibukan dengan Floria dan mak ayah aku datang aritu, takde citer best nak up pun. Tak sempat, penat dan sibuk melayan karenah mereka-mereka. Time tu pula ada kejadian huru hara dekat office, lagi-lagilah takde mood nak cerita.


Macam aku dok cerita sebelum nie, mak ayah aku buat siri jenjalan jenguk anak-anak dia yang jauh kat perantauan. Cheewwwah! Manja tau anak-anak sampai mak ayah mai jenguk. Cam biasa, mak ayah and anak-anak akan bergilir jenguk menjenguk sesama sendiri! Aku plak balik kampung 2-3 bulan sekali. Kalau tak naik kereta, kenalah fly balik. Kalau fly murah sket, kalau time duit banyak aku balik ngan keretalah. Cuma drive nie penatlah sket. 


Masa mak ayah aku mai, dia tidur umah aku semalam pastu terus pi rumah abang aku. Turn umah aku selepas dorang pusing sampai umah adik aku. So, sementara tunggu time mak ayah tidur umah aku, aku preparelah apa yang patut ... terutamanya dari segi penyediaan makanan. Aku siap-siap buat karipap ayam ... frozen terus. So, bila nak breakfast ke ... minum petang ke ... boleh goreng je, takdelah sibuk nak uli ke hape ke. Sekali aku buat 30 biji simpan stok dalam fridge. 


Lepas tu, kena beli ikan kering dan ikan masin dan juga ikan segar banyak-banyak ... mak ayah aku tak makan ayam. Dorang nie kalau ikan masin ke ... laju je makan nasi. Sayur plak, beli siap-siap bersihkan dan potong. Time aku kerja, mak aku cuma masak je ... tak perlu bersih-bersihkan lagi.



Ini karipap yang aku gigih buat kat mak ayah aku. Ada yang pusing ada yang tak pusing. Hentam ajelah labu! Ada yang ternganga pun. Bila mak ayah mai rumah, anak-anak buah aku ada yang ikut. Nak tido ngan mak tok depa. Alahai ... so memang riuh rendahlah rumah aku time tu. Bukan selalu, setahun 2-3 kali je pun. Tapi ada gaklah yang kena tengking ngan aku kalau nakal tak tentu pasal ... he he he.


Mulanya mak ingat aku beli karipap nie, aku cakaplah buat sendiri ... "nampak tak mak ... ada yang ternganga tu, itu bukti anak mak yang menggentel karipap nie!". Mak cakap rupa karipap nie cam nak jual je. Siap dia plak suruh aku ajar dia buat karipap ghuper nie ... sedangkan karipap yang mak buat lagi sedap dari aku punya. Terbalik sudah!! Mak puji rasa dia sedap, oklah tu! Lulus ... hahahahahha



Bila my SIL dengan anak-anak buah datang rumah, sarapan pagi kena but banyak-banyak. Rumah aku takde meja makan. Makan dekat lantai sudahlah. Cam zaman dulu-dulu. Duduk bersila dan bersimpuh ye anak-anak. Nasib baik anak-anak buah aku tak kisah sangat makan kat lantai. hu hu


Pagi tu, mak aku buat nasi lemak kuning. Menu wajib aku rasa nie ... lepas tu aku buat 50 keping roti jala dan mak aku sambung buat kari ayam untuk cecah. Memang licin semua kecuali nasi lemak tu. Memasing dok hadap roti jala. Sedap koooooot!! hu hu hu uweeeeeeeeeeeeeeeksssss. Meriah rumah aku, bila memasing balik .... sunyilah balik! Tinggallah aku ....





CK : Alahai ... rindulah!!

Saturday, July 21, 2012

JALAN, ORDER & MAKAN : SATE TULANG, JALAN PANTAI SEREMBAN NEGERI SEMBILAN

Assalamualaikum ...




Hari nie hari pertama puasa, 1 Ramadhan 1433H. Belum pun lagi sampai sehari puasakan ... so, Selamat Menjalani Ibadah Puasa buat semua, semoga urusan dipermudahkanNya dan mendapatkan keberkatan. Aku nak up story pasai J.O.M, takpekan cerita pasai makan? Cerita ja, bukan nak suruh makan ye. Tunggu azan Maghrib kang kita makan berbuka puasa yek!


Ni story last week, si teman ajak aku ikut pi Seremban 2. Ada kenduri akikah anak kawan dia. So, aku pun on ajelah memandangkan takda keje ape sangat nak buatpun. Masa pi kenduri nie, jumpalah dengan kengkawan dia semua yang memang aku dah kenal pun dan yang terkejutnye dia tak cakap pun family dia pun ada termasuk mak dia sekali. Si teman ingat bila pergi lambat, takdalah jumpa family dia. Rupanya dorang pun lambat pi kenduri. Aku nie cam segan ar nak jumpa ngan dorang semua. hu hu ... malaslah sesangat. 


Lepas balik dari kenduri tu, mulalah hati ni nak jenjalan je. Maklumlah selalu sangat kena tinggal. Sekali sebelum baik aku ajak dia pi makan sate tulang yang masuk Jalan-jalan Cari Makan kat TV3 tu. Nak try sedap ke tidak? Sate tulang yang dekat Senawang tu boleh tahan sedap. Sate tulang kat Jalan Pantai Seremban nie tak tahu lagi apa specialnye. So, kami pun menuju ke destinasi ... dan dalam masa yang sama kepala aku nie dok bayangkan sate tulang nie harap best dari sate tulang Senawang tu.


Dah sampai ke lokasi sate tulang Jalan Pantai Seremban. Gerai sate tulang nie bersebelahan dengan Restoran Nur Al Husna (Jalan Kayu Manis 3). Korang order sate je kat gerai nie, tapi segala air dan menu lagi boleh order kat restoran mamak nie. Disebabkan tujuan kami nak makan sate semata-mata, takdelah terfikir nak try mee goreng mamak ke hape. Kita makan sate ajelah ye ...



Masa sampai, tauke gerai baru nak nyalakan api. Waktu operasi kat sini dari 6.00pm sampai 12.00am tau. So, time kami sampai tu baru 5.45pm camtu ... memang time baru nak buka. Tapi takpelah boleh lepak dulu. Duduk kejap je dalam 15 minit orang dah meramai jugaklah. So time tu juga terfikir mesti sate kat sini sedap. Bayangan pertama!


Ada macam-macam jenis sate kat sini selain daripada sate tulang. Ada sate rusa (RM1.50 secucuk), sate ayam, sate pedal, sate daging, sate perut, sate kambing dan sate telur puyuh! Sate telur puyuh nie cam menarik je bunyi ... tapi kami tak try pun. Perut dah penuh. Aku mula sampai memang teruja giler nak makan sate tulang. Ingat macam nak order 10 cucuk seperti kebiasaan. Tapi si teman cakap order 5 cucuk sudahlah. Rasa dulu. Kot tak sedap takdelah menyesal sangat!


Aku pun order sate tulang 5 cucuk dan up dengan sate rusa 5 cucuk. Yang kat atas nie sate rusa! Pestime kot makan sate rusa. Kalau masak lemak cili api daging rusa tu selalu jugalah. Si temanlah teruja nak makan. Aku on ajela ... kalau jenis berdaging nie aku makan je. Kalau dapat sate arnab pun sedap ... aku suka daging arnab sebab rasa dia manis dan lebih sedap dari ayam. Lamanye tak dapat makan daging arnab nie ;=)


Close up sket rupa sate rusa. Apa rasa? Rasa dia manis tapi bukan manis daging dia ... cam manis gula terlebih je. Sedap juga cuma aku tak suka ... daging dia liat sangatlah tauke!! Sampai herot-peot mulut makan daging rusa nie. Alahai ... kalau daging dia lembut, aku rasa mesti lebih sedap nie. Agak keraslah. Tapi rasa still okey walau ada kemanisan terlebih ;=)


Inilah rupa sate tulang yang aku nak makan sangat tu! Sebelum makan tu memang aku harap sedap dan lebih sedap dari sate tulang Senawang. Rupaaaaaaaanyaaaaaaaaaaaaaa .... indah JJCM dari rasa kot. Si teman cakap, ermmmm tak berapa sedaplah. Perapan sate tu memang tak kena sangat aku rasa. Jauh berbeza dari sate tulang Senawang. Sedap lagi yang dekat Senawang. 

Yang kecewa sangat, kunyit serbuk tu berlonggok pada celah-celah tulang ayam ... part yang aku makan seketul keluar serbuk kunyit seketul. Cuma yang bestnya ... kat sini daging ayam tu banyaklah. Dari segi rasa, tak berapa manis ... dan rasa macam ayam bakar kosong je. Biasa sangat.



Yang lagi tak best, kakak nie langsung tak senyum. Muka monyok je .. nak kata penat, gerai baru nak buka. Kira memang muka ketatlah dengan customer. Kalau dia senyum, lagi murah rezeki aku rasa. Ini tak pandang orang macam nak makan je. Seram plak aku tengok. Kalau akak nie baca blog aku, aku harap next time senyumlah sket. Jangan buat muka garang ... boleh hilang selera customer. Lagipun senyumkan sedekah tanpa modal. Pahala tu ... customer pun suka!


Kesan dari makan sate tulang. Habis berkunyit tangan aku ;=). Sedangkan aku tak masak pun hari tu dan pestime makan sate meninggalkan kesan kunyit kat tangan macam nie. Huk huk ... nasib baik nak balik rumah dah. Kalau baru nak pi kenduri, mesti ada yang cakap aku rajin masak ... hahahahhahaha!! #sengal#



Bagi penggemar sate macam aku, kalau boleh semua gerai sate aku nak redah ;=) giler melantak namanye ni. Dalam-dalam diet, makan tak hengat jugak! ha ha ha. Bagi lokasi makan kali nie, aku rasa maseh best lagi la ... dekat sate rusa dia, cuma liat aje!



Okeh, selamat berpuasa semua!!





CK : Nak balik kampung dah ... cuti sampai minggu depan! Kalau rajin aku wat entry autopublish, banyak cerita nie keh keh keh

Thursday, July 19, 2012

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA

Assalamualaikum ...





Baru dengar pengumuman puasa. Puasa bagi tahun 1433H jatuh pada 21 Julai 2012 (Sabtu) bersamaan 1 Ramadhan. Kiranya tinggal esok ajelah kalau nak bersenang lenang makan di siang hari. Sabtu dah puasa dah! 


Bila dengar pengumuman tadi, teringat zaman aku kecik-kecik dulu dalam tahun 80-an. Pengumuman puasa memang amat dinantikan. Penuh berlonggok depan TV. Dengan mak, ayah, abang dan adik aku dua orang tu ... menunggu dengan penuh debaran. Siap boleh tangguh dulu time untuk dinner ... he he he. Sekarang nie tak umum pun kita dah tahu confirm puasa tu hari apa. Sebab dah ikut kalendar. Tak macam dulu, boleh jadi teka teki bila nak puasa dan bila nak sambut raya!


Bila aku dok merantau nie baru aku tahu, orang sebelah selatan akan buat mantai sehari sebelum puasa. Tapi, kat sebelah Kedah sana aku rasa takda kot. Mantai tu macam makan besaqlah. Aku buat mantai pun first time tahun lepas dengan Si teman. Dialah perkenalkan istilah mantai nie dekat aku. Yelah, dah dok tempat orang kenalah juga belajaq sikit-sikit budaya setempat ... ye dak?



So, esok ... makanlah tengahari puas-puas. Lepasnie kita nak rehatkan perut selama sebulan. Setahun perut kita bekerja di siang hari. Kali nie time perut nak rehat. Bukan perut je tau, mata, mulut, kaki, tangan dan hati ... semua kena puasa! Puasa bukan menahan lapar dan dahaga aje ye.



Semoga tahun ini puasa kita diberkati dan urusan menjalani ibadah puasa dipermudahkan olehNya! Jangan lupa solat terawih ye :=)!



Selamat menjalani ibadah puasa buat korang semua!






CK : Aku sambut puasa kat kampung :=)

Wednesday, July 18, 2012

MASJID BESI, PRESINT 3 PUTRAJAYA

Assalamualaikum ...










Masjid Sultan Mizan atau lebih dikenali sebagai Masjid Besi!


#biar gambarlah bercerita, saya takda idea .... boleh camtu?







CK : Perubahan telah berlaku, saya cuba senyum dan redah dengan hati yang pasrah!

Monday, July 16, 2012

RESEPI : AYAM MERINDU (AYAM TAUHU GORENG)

Assalamualaikum ...





Rasanya aku dah lama juga tak share recipe kat sini. Bukan recipe aku, tapi recipe blogger masakan yang aku cuba. Kali ini aku cuba buat snack yang simple tapi sedap! Sangat sesuai untuk kanak-kanak. Kalau mak bapak kanak-kanak lagi suka aku rasa sampai berebut!


Pagi semalam, tinggal sensorang ... adik aku pi kelas. Mak ayah pun dah fly balik Kedah. Walau tinggal sensorang perut sentiasa lapar dan celik mata je minta diisi. Belek-belek fridge nampak tauhu yang si teman beli hari Jumaat baru nie ada lagi 2 ketui. Elok lagi. Nak buat apelah? Tinggal dapur sekejap terus pi on lappy, ingat nak buatlah entry autopublish, idea plak tak datang!


Sekali terjebak singgah dekat belog Dapur Ibundo. Melepeklah dekat belog tu lelama ... godek sana godek sini, then terjumpa resepi Ayam Merindu yang guna tauhu! Apa lagi dengan pantas aku meniru recipe berkenaan. Memang puehhatilah recipe nie, simple tapi sedap. Sesuai buat untuk minum petang aku rasa. Eh, tak kisahlah pagi ke ... petang ke ... malam pun ok jugak kot. he he he


Nama recipe nie menarik je ... aku tak pastilah Ibundo nie rindu kat sapolah yoooo! Curi sketlah rasa rindu tu. he he he. Jom kite belek recipe yang aku dah cuba nie. Untuk Ibundo terime kasih bebanyak sebab share recipe nie. Sedap tau, minta halal ye recipe berkenaan :=)

Ayam merindu yang dah siap dikepal bujur ... tapi belum kukus lagi!




RESEPI : AYAM MERINDU
RESEPI ASAL : DAPUR IBUNDO
CUBAAN : CIK KAMOO


Bahan:

200 gm daging ayam di kisar halus (boleh guna ayam kisar ramli kalau malas nak kisar sendiri)
2 keping tahu dihancurkan halus
1 biji bawang besar bersaiz sederhana didadu halus
segenggam daun saderi dan daun bawang yang telah dihiris halus
1 sudu besar serbuk stok ayam knorr
1 sudu besar lada hitam ajishio
2 sudu besar tepung jagung
1 biji telur
sedikit garam

bahan salut: - yang ini aku tak buat ... telur dan nestum dah habis. Telur cukup2 ada sebiji je pun.
1 biji telur dikocok
1 cawan nestum  dikisar


Baru diangkat dari kuali


Cara membuatnya ;
  1. Masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk.   Gaul rata. Bentukkan melonjong
  2. Susun di dalam kukusan dan kukus selama lebih kurang 10 minit.
  3. Keluarkan dari kukusan dan panaskan sedikit minyak dalam kuali leper tidak melekat.
  4. Golekkan satu persatu di dalam telur dan salutkan dengan nestum. Goreng sebentar sehingga kekuningan.



Lagi sedap kalau aku dapat cicah ayam merindu nie dengan sos. Tapi sos yang kurang carbo takde kat rumah. So, aku macam saja je. Dengan 2 ketul tauhu aku dapat dalam 20 ketui ayam merindu nie. Kena 5 ketui dah rasa kenyanglah sangat. Alhamdulillah ....




Aku rasa korang patut cuba, anak-anak pasti suka. Lagipun recipe nie sangat mudah disediakan dan berkhasiat. Aku ambil masa dalam 30 minit untuk siapkan. Boleh dikirakan cepat jugalah. Kalau dalam 30 minit boleh dapat 20 ketui ... kira cukuplah untuk satu family yang ada dalam 4 orangkan. Sorang 5 ketui. Oklah tu ... ye dak??



Bulan puasa nie ... kena fikir menu apa yang sesuai untuk atkins!!







CK : Kembali ke landasan Atkins ....