Assalamualaikum ...
Cerita 2-3 hari lepas semasa aku bergelut menyiapkan kerja. Jam dah hampir 7.00pm. Dah terdengar suara orang mengaji Al-Quran di Masjid Sultan Mizan. Cuma aku sorang-sorang kat office ... dan kemudian handphone putih aku berbunyi. Ada orang call la teeeew!!
Phonemarketing : Hello ... boleh cakap dengan puan xxxx? *bila masa aku dh kahwin siap berpuan bagai!*
Aku : Ya saya ... siapa nie??
Phonemarketing : Saya dari syarikat insuran XYZ. Saya nak offer satu polisi insuran terbaik untuk puan. Nama puan memang terpilih untuk diofferkan polisi insuran nie. So, bukan semua orang yang dapat. Kiranya puan memang bertuahlah! Bla ... bla ... bla ....Polisi nie memang murah cuma RM35++ dan puan cuma perlu mencarum untuk tempoh 15 tahun. Kalau puan accident ke ... ini minta dijauhkanlah, tapi kita tak tahu yedak? Kita akan bayar kepada puan sebanyak RM100,00.00 kemudian kalau masuk hospital melebihi 6 jam, pihak kami akan bayar bil hospital terus pada puan. Sehari RM200.
Aku : ermmmm ....haaaa ....ermmmm! Then kalau sepanjang 15 tahun tu saya sihat walafiat, duit yang saya carum tu mcm mana?? Saya akan dapat semua ke??
Phonemarketing : Kalau puan sihat sepanjang tempoh tu, kami akan pulangkan 50% daripada keseluruhan yang puan carum sepanjang 15 tahun tu.
Time nie, jari jemari aku ligat je tekan calculator ... RM35 x 12 bulan x 15 tahun = RM6,300. Then kalau aku sihat, syarikat insuran ini akan bayar balik kat aku 50% daripada caruman. Bermakna cuma RM3,150.00!!
Aku : Takpelah lagipun ... saya dah ada life insurans dah. *memang aku dah lama ada life insurans bila abang aku sendiri galakkan aku berbuat demikian. rasanya dalam 5 tahun dah kot. Abang aku cakap anything happen kat aku, at least akan dicover. Apapun minta dijauhkan segala yang buruk itu. Amin!*
Phonemarketing : Puan, polisi yang ini tak sama macam polisi yang puan ambil. Lagipun kalau apa-apa jadi puan bleh guna 2-2 sekali untuk claim. So ... puan pakai kad kredit ke? Saya akan bantu puan untuk buat pendaftaran mudah.
Aku : Eh! saya tak buat keputusan pun nak beli polisi nie? Lagipun kalau bab guna kredit card melalui call nie, saya tak berminatlah! Saya tak percaya.
Phonemarketing : Kalau macam tu ... puan ada kad maybank yang ada buah cherry tu?? Kalau dengan kad maybank pun boleh. Janji setiap bulan puan kena masukkan duit RM35++ tu jelah.
Aku : Ermmm ... takpelah. Saya fikir dululah macam mana.
Sedap-sedap si minah insurans nie bercerita, MB sms aku. So, aku minta excuse sekejap sebab nak reply sms. Masa tu aku tengah jalan nak masuk lift dan ke kereta. Tiba-tiba call tu terputus. Aku ingat selamatlah dia tak akan call balik. Rupanya tidak! Masuk kereta tak sampai 5 minit call berdering dan aku terus angkat sebab tak tengok dah nombor yang appear kat screen hp. Ingatkan MB yang call.
Phonemarketing : Eh ... kenapa putus tadi??
Aku : Saya masuk lift tadi ... nak balik kerja. *jam dahh = 7.15pm...dah lah kat basement parking sorang-sorang. Seram giler!!*
Phonemarketing : Ok ... puan bagi data, saya bantu puan buat pendaftaran mudah dengan maybank.
Aku : Terima kasihlah, saya rasa tak berminat. Lagipun saya tak boleh buat keputusan dalam keadaan mendesak macam ni.
Phonemarketing : Laaa kenapa puan tak nak?? Tak rugi pun. Cuma RM35+++ je sebulan. Belum apa-apa jadi puan boleh cakap mcm nie. Kalau ada benda jadi, puan menyesal tak beli polisi nie.
Aku : Kan saya cakap tadi, saya dah ada polisi insurans. Jadi buat masa sekarang kewangan saya tak da lagi nak peruntukkan lebih dari satu insurans. Terima kasihlah call saya dan beri penerangan.
Phonemarketing : Oklah .. terima kasih! *Terus letak telefon tanpa kata-kata mesra macam 30 minit yang lepas. Hampeh je aku rasa!!*
Sepanjang perbualan, aku banyak berdiam dan menggunakan nada perbualan yang sopan. Dia terus bercerita tanpa beri aku peluang untuk aku bertanya lebih detail dan dia terus membuat persetujuan sendiri tanpa aku buat keputusan untuk beli atau tidak. Terus-terus minta data tanpa memikirkan aku nie nak ke tidak! Semuanya dengan paksaan! Aku memang tak suka manusia jenis memaksa tak tentu hala. Aku pula species yang tak boleh dipaksa. Lagipun aku tidak berapa suka penggunaan credit card atau debit card dengan hanya call semata-mata. Hidup dah banyak berhutang jadi aku tidak mahu menambah hutang sedia ada lagi. Cukuplah tu!
Lagipun aku dah jadi adik yang mendengar kata, bila menerima pendapat abang aku untuk membeli life insurans 5 tahun lepas. Kemampuan aku hanya untuk beli satu polisi insurans sahaja buat masa sekarang. Duit yang aku ada sekarang untuk simpanan bagi pernikahan aku, beli rumah, beli susu pampers anak-anak dan buat mak ayah sorang sikit.
Tak semestinya kau takda calon suami, tak boleh nak menyimpanan untuk tujuan berkenaan ye dak? Niat di hati yang ikhlas mesti ada! Bila akak ipar aku cakap ... "bila jumpa orang yang sesuai, tepat pada masa dan ketikanya, Insya-Allah segalanya dipermudahkan!" hu hu ... detik nie aku rasa menyesal gila sebab membelanjakan duit yang aku simpan untuk pernikahan aku dulu sesuka hati. Walaupun jodoh tu tak ada, sepatutnya duit tu aku simpan je! Kan dah nak kena kumpul balik ... Eh! tersasar dari cerita pasal si minah insurans tu plak. Apahal termasuk cerita bab nikah kahwin nie. hu hu ....
Rasanya dah berjela panjangnya aku taip! Ada ke yang baca entri ini sampai noktah terakhir? Kalau ada thanks tau. Salam Jumaat untuk korang semua dan hati-hati dengan panggilan yang tidak dikenali hokeh!
CK : Kerana nasi lemak semalam, aku kekenyangan sampai hari ini! Ada sapa-sapa lagi nak cakap aku kurus??? Silakan ...