Sejak sebulan ni, setiap pagi kecuali weekend aku bangun awal. Sebelum ni pun awal juga, tapi tak seawal sebulan ini lah. Macam pagi tadi, 5.00am aku dah bangun. Itupun sebab semalam kami suami isteri tertidur jam 9.30pm. Penat gamaknya! Yelah, aku sekarang keje dekat office dah bertingkek-tingkek. Hasben pula, dah kena tukar office ... mungkin keje dia pun sama banyak dengan aku.
Memandangkan hasben dah kena tukar office, sekarang ni setiap pagi aku masakkan bekal untuk hasben. Untuk breakfast dan juga lunch. Sekaligus! Hasben sendiri yang buat permintaan macam tu, masak simple-simple sudahlah katanya. Isteri akur yang mampu. Bangun pagi, mata pun antara pejam dengan celik ... susah jugalah nak siapkan masak lomak cili api, asam pedas ke ... ayam masak merah ke ... kan? Jadinya hasben minta menu simple tapi mengenyangkan. Office baru dia takde cafe. Sangat melecehkan. Nak keluar pula jauh sikit katanya, kena bawa kereta or motor. Itu yang dia rasa macam malas. Apa kata sayang je masak? he he he ... aku ok je kalau bangun awal. Kalau terbabas tidur, bye bye la bekal ke office tu! Pernah sekali aku terbabas tidur, sedar-sedar dah 6.45am. Mana sempat nak masakkan? Nak senang punya keje, aku beli je dekat kafeteria rumah aku. Balik malam aku tanya la hasben, sedap ke bekal breakfast kedai bawah tu? Jawapannya tidak sodap! Nampaknye kenalah masak hari-hari. hu hu hu
Ini bekalan untuk hasben aku pada hari Ahad dan semalam, Isnin. Hari Ahad hasben kena keje jugak. Aku cuma masakkan bihun goreng untuk breakfast dan juga lunch. Cumanya untuk breakfast aku letak segulung tortilla. Malas nak letak dalam banyak bekas, aku letak je tortilla tu sekali dengan bihun goreng untuk breakfast. Sonang kojo den. Untuk lunch pulak aku cuma tambah sambal sardin. Hasben aku suka makan bihun goreng dengan sambal sardin, isteri masaklah apa yang suami suke makan kan. Walau takdelah pandai sangat masak pun. Main campak je. Kadang hari ini sedap, esok pula kurang rasa .... uiks langsung tak konsisten!
Untuk hari Isnin pula aku cuma buatkan nasi goreng. Breakfast and lunch menu yang sama juga. Nasi goreng biasa + ikan bilis goreng dan telur dadar. Korang nampak 2 bekas nasi goreng tu ... bukannya satu untuk aku dan satu untuk dia. Tapi dua-duanye untuk dia. he he he. Aku masakkan untuk suami je, tapi aku sendiri breakfast dekat kafe office. Aku kan makan nasi weekend je, itu pun kadang-kadang. Bihun goreng pun aku tak makan sangat sekarang nie. Kat office biasanya aku makan sup-sup tak pun kuih muih. Diet sangat kononnye! Tapi still bam bam .... hukhukhuk
Untuk hari Isnin pula aku cuma buatkan nasi goreng. Breakfast and lunch menu yang sama juga. Nasi goreng biasa + ikan bilis goreng dan telur dadar. Korang nampak 2 bekas nasi goreng tu ... bukannya satu untuk aku dan satu untuk dia. Tapi dua-duanye untuk dia. he he he. Aku masakkan untuk suami je, tapi aku sendiri breakfast dekat kafe office. Aku kan makan nasi weekend je, itu pun kadang-kadang. Bihun goreng pun aku tak makan sangat sekarang nie. Kat office biasanya aku makan sup-sup tak pun kuih muih. Diet sangat kononnye! Tapi still bam bam .... hukhukhuk
Bekal hari ini pula, mee siput goreng for breakfast dan nasi putih berlauk sambal burger untuk tengahari! Simplekan? Biasanya tengahari buat satu lauk je, takdelah sampai 3-4 jenis lauk macam makan dekat rumah ataupun kedai. Yang mana mampu kita buatkan? Resepi mee goreng siput tu aku share kemudian yek.
Harap hasben aku suke dengan menu hari ini. Isteri masih tengah nak belajar masak lagi. So, mesti ada kurang sana sini. Biasalah tu. Ada yang kurang kita lebihkan. Mana yang lebih kita kurangkan! Setiap kali masak, pastinya aku tanya hasben ... ok ke tak? Sedap ke tak?
Walaupun penat kadang, tapi aku rasa macam seronok pulak masak pagi2. Sekurang-kurangnya dapat ajarkan aku untuk lebih hargai masa .... kadang ada masanya dulu, aku tidur tak hengat doooonia! ekekekeke
p/s : Semua isteri mengejar title isteri mithali, tapi aku cuma mampu mencuba dan terus mencuba untuk jadi yang terbaik. Itu sahaja!
eish! sedap!
ReplyDeletebekal ap pon sedap jnji si pembuat bekal buat dgn penuh ksih syg :)
biasa2 je. sedap pada yg makan. pada yang pandang ... xtau sedap ke idak. he he he
Deletehuaaa best nya kalau gini selalu kak! saya suka!
ReplyDeletehehehe memang best, tp ngantuk sikit la....
DeleteAkak sangat suka masakkan bekal untuk hubby, tapi dah lama sangat tak masak. Duduk asing2 ni macam ni lah. Dulu masa duduk sekali, sama juga. Cuma bekal untuk lunch jer sbb breakfast dah kat rumah.
ReplyDeleteMasak bekal utk office boleh jimat sikit kak....cuma kadang je la rasa penat. apapun, kena biasakan....lelama ok la. cuma sy tak pandai lagi nk pelbagaikan menu
Deletehehehe terus rasa lapar nie...kan kan
ReplyDeleteakk tq datang menjegah ke blog sy yang hidup pun tak berapa sangat tu kekeke
ReplyDeletesy pun buat bekal untuk husbnd ke sekolah, sarapan pagi mcm biasa, kadang2 tu letih kadang2 tu sampai tak tahu nk masak apa....
selalunya apa yang husbnd bawak bekal itu lah makan sampai tgh hari n malam hehe