Friday, April 11, 2014

ENTRY 1000 UV PUNYA PASAL

Assalamualaikum ....


Korang ingat tak? Last week aku ada buat entry macam mana nak naikkan 1000 UV sehari. Kiranya aku macam bagi tips baik la untuk korang. Bukan main pulun lagi aku bagi tips tu dekat korang, dengan harapan korang ambillah tips tu sebagai satu usaha untuk menaikkan UV memasing. Aku pun pulun juga la sikit-sikit untuk mengamalkan tips yang aku sendiri bagi kat korang. Aku pun nak 1000 UV sehari juga macam korang korang semua.

Dan kerana entry berkenaan, hasben aku asyik dok tazkirah je aku manjang pasal blog. Dia tak marah pun aku blogging sebab dia pun faham, kalau aku dok diam je kat bilik tak pegi teman dia tengok tv kat ruang tamu, sudah pasti dia akan datang pelan-pelan ke bilik tengok aku dok buat apa. Hah, apa lagi ... blogginglah! Kalau tak aku edit gambar. Pulun pulun ... jangan sampai terabai hasben sendiri kerana blog sudahlah. Dosa!

Aku rasa hasben aku ada baca pasal entry aku, entry nak dapat 1000 UV tu lah! Sekarang ni kalau pi jenjalan memana aku macam lembap je nak ambil gambar mesti dia bising. Pot pet pot pet dalam kereta. Macam nak gaduh pun ada. Tapi kadang aku rasa lucu dan happy pulak. Kadang rasa nak sentap juga. Yelah, dia bising aku ni slow bebenor nak ambil gambar kalau dari dalam kereta. Hasben aku selalu cakap "tangkap je gambar apapun yang pelik-pelik dan menarik nanti boleh buat entry. Kenalah rajinkan tangan tu ambil gambar. Banyak gambar nanti boleh buat banyak cerita. Baru boleh dapat sehari sampai 1000 UV. Ni tak kalau asyik cerita sama je, mesti orang tak nak baca blog sayang! Nanti satu gambar dah boleh buat satu entry, macam-macam sayang buat cerita best-best kongsi dengan pembaca. Barulah dorang seronok nak baca". Pheeewwwww .... hasben oh hasben!

Aku tak kisah sangat hasben nak berleter dengan aku, sebab benda ni bukan sehari aku lalui dah bertahun-tahun selama kenal dia. So, aku dah lali. Bila dia berleter, aku rasa dia memang ambil berat dan ambil tahu dengan apa yang aku buat. Kalau dia takde aku rasa sunyi. Yelah, takda sapa nak kesahkan apa yang aku buat. Aku lagi suka dia berleter supaya aku ni cepat sedar tentang apa yang aku salah dan tak leka dalam sesuatu keadaan. Sebab itulah, aku rela je tadah telinga. 

Dah banyak gambar yang aku ambil, nak mengarang cerita yang kadang tak sempat. Nak-nak sekarang ni kekangan masa yang tersangat. So, update mana yang sempat ajelah dulu. Apapun, aku rasa happy sebab aku berblog dengan keizinan hasben. chewaaaaaah!

Korang macam mana ... hasben korang takde ke suruh dapatkan 1000UV macam hasben aku ni? kekekekeke



p/s : rasa comel tengok hasben sendiri berleter. huhuhuhu

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!