Tuesday, April 8, 2014

ISTERI BELAJAR MASAK SUP TULANG YANG SEDAP

Assalamualaikum ...


Hasben minta isteri masak sup tulang macam dekat kedai tomyam tu. Sup yang ada rasa masam-masam dan manis kuah daging. Sebenarnya isteri ni manalah pandai  masak sup tulang walaupun sup tulang adalah menu femes di sebelah utara sana. Orang kata kalau nak makan sup sedap, try makan kat sebelah utara sana. Sup dia super duper sedap. Ala Thai ko! Masam-masam yang nikmat.

Satu hari tu hasben singgah Pasar Tani dan belikan daging serta tulang. Dengan harapan nak isteri dia masakkan sup tulang ala utara. Siap dengan arahan, "sayang kena masak sedap macam dekat kedai tu ... sup yang ada rasa masam-masam!". Pheeewww menitik peluh isteri dengar arahan suami. Ekau nak menguji skill memasak den ke hape suami? Isteri lalu pasrah. Cuba sebaik mungkin untuk mencuba yang terbaik. Sedang rasa kusut memikirkan macam mana nak buat sup tulang yang sedap, tupp tupp ... terlintas ingatan dekat petua memasak biras aku yang lelaki tu. Dia kata kalau nak masak sup yang sedap, sukat air siap-siap ... renehkan sehingga paras mana kuah yang kita nak. Jangan tambah air lagi dah masa tengah masak. Nanti tak sedap. 

Apa lagi isteri pun terus bersilat kat dapur dan follow petua dari biras lelaki ku itteww! Lepas tu teringat pulak pesan mak aku, kalau nak masak sup tulang ... terus masak dalam rice cooker sebab ia akan cepat empuk dan rasa lebih sedap. Petua lagi! Terima kasih mak. Sayang mak. Saat-saat genting camnie muncul macam-macam petua. Good! Dua-dua petua ini aku follow, letak lah segala ramuan ... dan segala peratuan yang telah dipetuakan.

Dan Alhamdulillah, hasil membanggakan ... walaupun takdelah rasa sebijik dengan kedai tomyam yang kami selalu makan, tapi sedikit sebanyak rasa dia hampir sama. Hasben cuma komen, masam sup tu agak kurang sikit. Masam kurang takde hal, meh kita amek limau nipis kita perahkan. Nak berapa bijik limau ... satu, dua .... seploh??


Sup tulang camni sesuai untuk menu diet atkins. Kuah tu tak perlu pulun hirup sangatlah. Kalau diet ko buat cara diet. Sebabnye kuah dah campur rempah ratus yang aku sendiri tak kira berapa karb nye! Aku masak ni pun atas permintaan suami je. Dia tak diet. Isteri je gigih nak mendiet.


Kuah dia nampak macam pekat-pekat sikit sebab aku letak 2 biji kentang. Kentang tu korang kupas-kupas, basuh dan terus campak dalam kuah sup masa dah nak masak. Tak perlu potong bagai ye. Kita cuma nak manis kentang bercampur dengan manis kuah daging dan bagi ia memekatkan kuah sahaja.

Full recipe nanti aku share ye. Ada kelapangan kita share. Seriously aku rasa teruja bila berjaya masak sup tulang ini dan dapat memenuhi permintaan dia. Cuma aku ada lagi satu menu yang masih menjadi hutang pada hasben. Nanti yek sayang masakkan .....



p/s : Hasben sibuk suruh aku belajar buat kuih muih tradisional. Tapi isteri belum ada kesempatan. Hasben dah nak makan, kenalah belajar. hu hu hu

6 comments:

  1. Awak..
    saya dah tau rahsia dorg masak sup sedap masam2 tu.. dorg letak asam keping tau.. sbb tu rasa dia masam2 sikit.. rasa masam tu bukan exectly dari limau nipis.. rasa masam tu dari asam keping.. saya masak sup sekilo... letak asam keping 2 sclice.. mmg masam sedap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih awak bg tahu rahsianya....nanti kita cuba lagi buat sup letak asam keping. Mesti superb kan!

      Delete
  2. Uishhh...isteri mithali sungguh. Syabbbasss betey.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe baru nak belajar jadi isteri mithali kak....

      Delete
  3. Untung la dapat suami suka makan makanan isteri masak..tahniah..:) akak pun suka buat sup masam2 ni.kalau kat belah johor nun dia punya sup macam berempah..dia pakai daun sup.tapi sup yang masam macam kat restoran thai tu dia tak pakai rempah.daun sup pun dia tak boh.dia pakai daun ketumbar.paling best dia siap letak batang saderi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, walaupun isteri takdelah pandai sangat memasak. Setakat main masak campak-campak je

      Delete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!