Aku ni tak pandai sangat buat goreng pisang. Kadang menjadi kadang tak. Aku suka sangat beli goreng pisang yang ada seredak-seredak yang crispy tu. Tak makan nasi pun takpa kalau dah dapat goreng pisang. Pernah cuba nak buat sendiri, tapi tetap tak menjadi. Pernah buat goreng pisang sampai makan minyak. Nampak sangat ngaaap bebenor. Goreng pisang pun tak reti nak buat!
Kerana keinginan aku yang melonjak nak juga buat goreng pisang crispy, maka aku bodek ilmu ni dari biras aku yang lelaki tuh. Aku ni kalau kat dapur mertua, ada je biras aku tuh ... semua recipe kalau boleh aku nak tanya. Hari tu aku tanyalah dia macam mana nak dapatkan goreng pisang crispy macam dekat gerai tepi jalan. Dia bagitahu aku, bancuh tepung goreng pisang macam biasa (yang ni korang google la sendiri), then masukkan sebiji telur dan juga essen vanilla nak bagi wangi.
Balik je rumah sendiri, terus aku suruh hasben cari pisang nangka dan pisang tanduk. Dah tak sabar nak try recipe yang biras bagi. Recipe ni aku try sebelum aku diet atkins tau. Jangan ingat diet atkins boleh makan goreng pisang pulak. Try punya try .... inilah hasil yang aku dapat!
jeng ...
jeng ...
jeng ...
jeng ...
jeng ...jeng ...
jeng ...
jeng ...
jeng ...
jeng ...
jeng ...
jeng ...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
v
Menjadi jugaklah goreng pisang crispy aku walaupun tak secomey mana. Bolehlah kan untuk makan suami isteri je. Seredak-seredak kasar atas goreng pisang tu la yang aku nak sangat. Nanti aku akan try buat lagi. Sampai betul-betul pandai dan boleh buka gerai goreng pisang crispy secara francais. Sekarang ni, apasahaja ilmu masakan yang biras aku ada ... aku korek sket-sket. Balik rumah je aku terus try. Biar lama terperam dalam kepala nanti boleh lupe plak. Rugilah kan nanti. Nak tanya banyak-banyak kali malu la pulak.
Rasa happy sangat sebab dah reti sikit buat goreng pisang. ha ha ha ha poyo sungguh!!
p/s : Hasben dah tidur, wifey layan blog lagi. Mata tak nak pejam pulak.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)
MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!