Aku dah gemuk! Itu realiti, after 5 months melalui kehidupan berumahtangga yang super ummppphhh, aku telah berjaya menternak lemak dengan jayanye. Within 1 month aku cuba untuk berdiet dengan atkins. Tapi asyik kalah dengan godaan nafsu sendiri. Nak-nak hasben asyik tanya, "sayang nak makan nie ... sayang nak makan tu ... ni nak tak sayang ...!". Pheeewww dogaan terhampir!
Paling tak boleh blah, lengan daku dah macam lengan pemain gusti di tengah gelanggang dan lemak mengelilingi pinggang seperti spare tayar yang sentiasa penuh anginnye. Bak kata boleh buat pelampung dah aku rasa. Kalau pi picnic kat pantai Port Dickson bolehlah buat pelampong. Meh sila tumpang pelampong achik neh. Serius rasa gemuk ibarat dugong terdampar di tepian pantai!
Masa aku sibuk nak pack pakain untuk pergi outing, aku susun la segala kemeja dan blouse aku. Sebelum tu wajib try dulu segala baju berkenaan. Tau apa jadi? Semua baju tu ketat tang perut dan lengan. Rasa nak lempang jepun kat diri sendiri. Pesal makan tak hengat dunia! Sekarang ni menjadi satu masalah pada aku nak turunkan semula berat aku kepada 55kg. Berat aku naik 5-6 kg korang tau dak. Kain baju kurung semua ketat. Sendat. Senak! Dan kerana itu, mulai seminggu lepas ... aku gigih paksa diri aku! Tolonglah diet atkins kembali achik!! Awak dah gemuk okey. Mooontoot dah lebor! Lengan dan betis dah sama saiz, tak tahu mana satu lengan mana satu betis! Kang sesi bersalaman orang ingat aku salam ngan betis pulak kan. kikikiki.
Perempuankan alergic dengan gemuk. So, bila gemuk mulalah hidup tak tenteram. Rasa nak siar-siat lemak kat perut neh. Lemak degil! Dan kerana itu, suka tak suka aku kenalah jaga makan. Tak boleh minum dan makan segalanya yang manis. Senyum biar manis takpa! Aku ni tak sama macam orang lain, tak makan nasi pun berat boleh turun. Macam aku, kena follow rules diet atkins sepenuhnya barulah berat aku akan turun. Kalau tak, melempeng lemak satu badan. Sekarang nie selain jaga makan mengikut rules atkins, kali ini aku ambil supplement dari shaklee. Nak sihat dan kurus punya pasalkan? Berkorban apa sahaja.
Bermula minggu lepas gigih bawa bekal menu atkins ke office. Sayur sejuk. Nak sedap sikit letaklah mayonis dan sosesj grill (kalau induction elakkan process food untuk cepatkan penurunan berat). Simpan dalam fridge bagi sejuk sebab dah nama pun sayur sejuk kan? Tapi sampai office aku tak makan pun bekal yang aku bawa, leka sangat nak order sup ayam! hampeeh .... bawa balik rumah, makan kat rumah je bekal nie. Shaklee sebelah bekal aku tu hasben yang punya. Biasalah hasben aku tu pepagi je mesti nak minum esp campur epal. Dulu aku paksa dia minum, sekarang dia rela dengan sendiri.
Sayur sejuk juga. Ini masa dinner dengan hasben. Dia makan maggi. Sedap kot aku tengok maggi dia. Telan air liur. Hasben masak maggi sendiri. hasben aku kalau hujan, permintaan makan malam dia cukup sonang, maggi sup je! Isteri pasrah je memandang hasben makan dengan selera. Eh, sayur sejuk isteri buat ni pun sedap tau. Campur timun jepun yang rangup. Nampak tak betapa stressnye aku bila dah gemuk, sampaikan menu pun bercatu skang! hukhukhukhuk
Maggi sup air tangan hasben. Hasben sorang je makan, tapi maggi kena masak dua bungkus. Hebat tul selera hasben aku makan. Siap ada ketulan ayam, bebola dan telur! Bila aku diet je mulalah dia masak menu yang aku cepat sangat terliur. Aku ni ngan maggi pun terliur walaupun makan tak pernah habes. Malam tuh, aku cuma cuit ayam ngan telur ajelah. Kuah maggi aku pandang! Kuatkan iman aku. kikikiki. Sebenarnya bergelen ailior aku telan. gulp gulp gulp!! Aku gigih makan sayur sejuk. Nasib baeeek sedap!! #pujuk hati#
Baru seminggu atkins, takmo timbang lagi. Target nak turun 6kg within sebulan. Harap berlaku dengan jayanye!
p/s : Masa makan tak pernah ingat nak jadi gemuk. Balik rumah mertua bedal nasi macam makan jajan je slumber. Sekang berat dah naik .... padan muke sendiri.
Akak belum ada kekuatan....sob..sob...
ReplyDelete